Pages

agoda.com INT Lazada MY

Lega, tiada hutang jahat.

Baru je tadi pergi bayar maintainance servis apartment aku di Bukit Jalil.  Semuanya berjumlah RM 1076.00. Tertunggak lebih 6 bulan rasanya. Inilah padahnya sebab tak belajar selok belok hartanah. Main redah je, dah beli ingatkan boleh disewakan je dan setel masalah.  Rupa-rupanya banyak hidden cost yang perlu diteliti sebelum menyewakannya agar sewa yang diterima cover semua hidden cost tersebut. Apartment tu disewa pada kadar RM 800 sebulan.  Memang coverla installment bulan-bulan.  Cumanya tak sedar yang servis maintainance perlu dibayar every month juga bayaran indah water and what not.

It's a lesson learnt untuk aku sebenarnya. Tapi alhamdulillah penyewa aku adalah awek-awek yang bekerja bank seperti di Kuwait Finance dan Standard Chartered.  So, sewanya tak pernah sekalipun culas bak kata Abang Ensem. Sebabkan 2 faktor ini la, aku cair bila nak upkan sewa rumah tersebut. Ciss...kenapa aku baik sangat ni... Tapi semua itu akan berubah bila aku renew tenancy agreement mereka bulan depan. At least aku nak naikkan RM 100 selepas 2 tahun mereka bergembira duduk disitu. Maintainance fee adalah RM 160 sebulan, aku masih terpaksa bayar RM 10 extra setiap bulan. Okla tu. At least i do justice for my financing planning. Remember 1st rule in property investment, no emotional attach baik pada rumah dan juga penyewa-penyewa. 

Lega di hati sebab dah bayar semua hutang-hutang jahat baik hutang kad kredit dan juga hutang-hutang kecil seperti maintainance fee ni.  Ini pun hasil pulangan yang aku dapat daripada pembelian flat di Putrajaya. Next job adalah nak secure penyewa yang bakal duduk rumah teres double storey yang di Sri Manjung yang tak sempat pun kami sekeluarga duduk.  So, at least dah bertampal la hutang rumah disana. Walaupun masih short RM 100 (negatif flow), but at least tidakla seserius mana dan lopong tu boleh ditampal dengan kenaikan gaji tahun hadapan, InsyaAllah. Itulah planning property investment aku dan famili.

Yang pastinya, pada 5 Jan 2013 ni aku akan sedut seberapa banyak ilmu daripada blogger hartanah yang mengaku ensem iaitu Abang Ensem agar aku boleh emulate kejayaannya dalam bidang ini.  Aku boleh mengagak yang anak-anak aku akan sukar untuk dapat biasiswa pada masa akan datang, that is the worst case scenario. Terpaksa aku fikirkan begitu dengan bersebab. So, dalam membuat investment dalam hartanah ni at least adalah pelaburan untuk anak-anak aku nanti.  Boleh let go je bila terdesak nanti. In meantime, aku boleh petik hasil sewa yang akan mekar ranum tersebut.

Bila memikirkan harga hartanah di Malaysia ini makin hari makin mahal, itula yang menyedarkan aku supaya aku perlu lakukan sesuatu supaya ada asas yang kukuh dari sudut kewangan.  Memang sekarang ni hidup cukup-cukup makan je. Tak boleh bermewah sana sini, but that is the strategy. Semoga dipermudahkan oleh yang maha esa. InsyaAllah. 

9 comments:

  1. yup..betul tu
    masa beli rumah kawasan Serdang dulu, dah berkira² nanti anak sambung belajar kat kawasan tu dah ada rumah.

    anak betul² belajar kat Bangi sekarang..tapi tak duduk pula sebab kawasan hot spot, ada penyewa lain.

    Mantenance fee tu pun dulu masa beli rumah flat kat Ampang tak faham juga, sekarang dah faham.

    Beli rumah memang kena tau macam² cukai itu cukai ini.

    ReplyDelete
  2. Itula, kalau mengharap dengan biasiswa kerajaan, 50-50 kut sekrang ni. Kena lebih beringat dalam bab ni.

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah dah settle..susah jugak ye nak urus hartanah bagai ni..adededeh..

    ReplyDelete
  4. Post terbaik. Dalam perancangan yang sama invest untuk masa depan anak2 :)

    ReplyDelete
  5. syukur boleh belajar dari pengalaman
    ada kesempatan tu sedut lah abis2an dari seminar hartanah yang dianjurkan abang ensem, sementara ni sedut je dulu siput sedut... i Like siput sedut

    ReplyDelete
  6. kalau tunggak setahun cecah lebih 2k juga. tak boleh claim penyewa ke...heee
    apa pun moga bro succes dgn pelaburan hartanah.

    ReplyDelete
  7. Tak boleh bro..semuanya kena start dari TA tu. Kadang2 terpaksa buat mcm ni sebab tenant tak pernah gagal membayar

    ReplyDelete