Pages

agoda.com INT Lazada MY

Melihat dunia dari kacamata burung

Hmm..jangan lak korang tanya aku burung apa pulak.  Ni burung yang berterbangan di langit yang tinggi dan luas.  Bayangkan jika korang semua sebebas burung di atas sana. Indah bukan? Tiada tekanan mengahrungi kesesakan jalan, tiada pencemaran udara dan hati lapang selapang-lapangnya. 

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan berimiginasi.  Itulah kekuatan diri manusia yang Allah anugerahkan.  Yang takde kat binatang lain walaupun manusia ni kita belajar dulu dalam group yang sama. Soalannya? pernahkah kita fully maximise kemampuan dan keupayaan otak kita berfikir. Hatta genius seperti Albert Einstein pun hanya baru menggunakan tak sampai separuh keupayaan sel-sel otaknya. Bayangkan jika mendiang berjaya menggunakan kesemua kemampuan otak dia.  Sure dia akan menyusahkan kau dan aku sebab banyak rumus-rumus yang terpaksa kita pulak belajar dalam subjek pembelajaran kita. hahaha.. Padahal rumus tu bukan sesuai untuk semua orang pun. Apa punya Einstein la. Nyusahkan orang je.
                                    
Berbalik kepada kemampuan otak kita berfikir, manusia diberi pilihan sama ada hendak menggunakannya secara baik dan positif atau jahat dan negatif.  Inila yang membezakan seseorang manusia itu.  Walaupun kita di ajar jgn judge the book by its cover. Tapi itula lumrahnya, jika kita selalu berfikiran negatif, maka semua yang tidak baik akan selalu dekat dengan kita, dan begitu juga sebaliknya. 

Melihat dunia dari kaca mata burung memang satu kenikmatan.  Seolah-olah kita yang mengawal apa yang terjadi di bawah sana. Bukan bermakna kita bertindak sebagai tuhan, tidak sesekali boleh terjadi begitu.  Cumanya bila kita di atas ini, kita boleh melihat apa yang bakal berlaku dengan baik. Seperti polis traffik menilai tahap kesesakkan lulu lintas, mestilah menggunakan helikopter, baru boleh bagi maklumat jalan mana yang jem dan sebagainya.  Contoh ini la yang cuba utk aku sampaikan. Bila kita boleh melihat dengan lebih luas lagi, maka kita boleh hindar aspek negatif yang boleh merasuki fikiran kita.

Kita ada pilihan samaada nak biarkan negativiti masuk mengawal fikiran kita atau tidak. Itu kuasa kita. Manusia pun berkuasa sebenarnya. Cuma ramai yang tidak sedar akan kemampuan diri. Tewas dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini.  Arus deras modenisasi yang tak mampu dikawal dan info2 media massa yang entah betul entahkan tidak menyebabkan kita jadi tak berkesempatan nak bezakan yg mana positif dan negatif.

Maka karamlah kita dalam arus propaganda mereka yang berkepentingan.  Baik jahat atau baik. Jahat (mungkin fitnah dajal) dan baik (mungkin servis, perkhidmatan dan lain-lain).  Itula nikmat yang tuhan bagi kepada manusia jika kita boleh sedar. Jangan mudah terpengaruh dan selalula menggunakan otak anda supaya bergerak sentiasa agar licin sentiasa.  Kata orang, nak tajamkan fikiran, banyakkan membaca. Aku pulak berkata, nak tajamkan fikiran banyakkan pemerhatian, belajar dari kesilapan orang lain dan bersederhana.  Sebab tak semua bahan bacaan tepat dari segi kandungannya. Ada juga dakyah2 yang tidak benar di akhir zaman ini. 

Semoga korang dapat manfaat dari entri ini dan sedarlah agar korang boleh buka 6th sense anda tu iaitu boleh melihat sesuatu yang terjadi in advance (seperti dari kaca mata burung). I think you got what i mean.

p/s: Selalu pandang ke bawah, jangan selalu pandang ke atas. Sebab banyak yang perlu diperbaiki di bawah daripada di atas. Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment