Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mentor

Dalam hidup seseorang individu yang ingin berjaya, kewujudan insan bernama mentor, cikgu, pensyarah dan guru sangatlah diperlukan.  Mereka bukan sahaja menjadi sumber inspirasi  malah menjadi 'nadi' yang dapat menggerakkan prestasi diri kepada yang lebih berguna dan berjaya.

Terpanggil untuk menulis perihal mentor ini disebabkan rasa teruja dan tertarik dengan tajuk sebuah akhbar tempatan yang mengatakan Shah Rukh Khan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad mentornya.  Bukanlah satu masalah bagi SRK menjadikan Tun Mahathir idolanya, malah ia adalah sesuatu yang dapat ditelah kerana ketrampilan, kewibawaan, kebijaksanaan dan persona Tun Mahathir.  Pada pendapat aku, memang Tun Mahathir adalah idola aku.  Aku rasa beliau adalah satu-satunya pemimpin yang benar-benar aku kagumi, baik dari segi kelulusan akademik, cara fikir dan cara mentadbir.  Beliau memang banyak mempengaruhi cara fikir aku selama ini.  Mungkin sebab aku adalah hasil produk daripada polisi dan buah fikiran beliau.
Individu kedua yang aku jadikan idola adalah Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United. Aku sangat terpegun dengan cara dia menguruskan kelab terbesar di dunia itu.  Sudah banyak generasi pasukan yang beliau telah cipta, reinvent dan urus.  Semuanya membuahkan hasil yang memberangsangkan.  Dia adalah sebab utama mengapa aku menjadi pengikut setia Manchester United.  Bukannya disebabkan pemain seperti sesetengah individu lain yang lebih menyokong pemain daripada pengurus.
Satu persamaan antara dua individu hebat iaitu tempoh perkhidmatan yang lama dan matang.  Bila sesuatu individu memerintah dan mentadbir dengan lama seperti mereka berdua, memang kita dapat melihat hasilnya walaupun ratio kegagalannya kadangkala lebih banyak daripada kejayaan.  Tetapi kejayaan yang signifikan itulah yang akan diingati sampai bila-bila. Begitulah hakikatnya.

No comments:

Post a Comment