Pages

agoda.com INT Lazada MY

Nadi Blog Untuk Semua

Pernah lihat graf di bawah ni? Itu namanya ECG (Electro cardio gram). Graf yang menunjukkan degupan jantung manusia. Dulu aku belajar semua ni time masih di Fakulti Farmasi UiTM.  Sekarang ni banyak yang sudah lupa. pasal medical ni nak kena harapkan wife. Tp wife pun dah duduk admin, tapi dia masih ingat skill klinikal. Nasib badan. Tu sebab aku ingin sambung belajar semula. Kerja admin yang aku lakukan ni banyak sedut ilmu klinikal aku waktu zaman menuntut dulu.  Dahla aku paling minat tahun klinikal aku di Hospital Selayang.  Bukan sebab awek stuff nurse yang cun.  Tapi preceptor yang cun dan baik-baik belaka di sana. :P



Alhamdulillah, selesai temuduga biasiswa ATM untuk program Master in Clinical Pharmacy next year. InsyaAllah boleh start belajar di Fakulti Farmasi, UKM di Hospital Kuala Lumpur.  Nostalgia sungguh hospital ini pada aku. Tempat aku dilahirkan. Setelah hampir 29 tahun, aku mungkin jadi pekerja cum pelajar disini.  Aku harap sangat diterima masuk ke sini.  Biasiswa dah secure, tinggal nak cari tempat belajar je lagi. Kelas start bulan 9 next year. O yeah, boleh survey-survey lagi.
Acute MI - Myocardial Infarction

Berbalik kepada nadi blog untuk semua.. umum dah maklum yang trafik ke blog ini tidaklah banyak mana, paling tinggi pun 200 views sehari je. Itupun jenuh ping sana sini. Lenguh. Belajar dari bawah. Belum lagi berjumpa guru yang sesuai dan sudi perturunkan ilmu blogging.  Ni pun banyak ekperimentasi diri dan ilmu bacaan di internet.  So, korang tgk jerla graf ECG blog ini...

Very Spiky - Unstabble
Nazak...nasib takde garis lurus..... itu tandanya aku malas update ler tu. hehe. Graf Blog US sekarang ni adalah graf orang sedang ke heart attack.  Kejap naik kejap turun..kejapkan naik gila-gila...

p/s: Tolonglah stabilkan 'jantung' blog ini ya.. :) 

5 comments:

  1. Dapatkan rawatan dari doktor yg pakar ttg blog. Insya allah kesihatan blog akan stabil..selamat maju jaya untuk tahun 2013

    ReplyDelete
  2. hahaha... tapi, nurse hospital selayang memang cun2!

    ReplyDelete
  3. hehe..boleh plak perumpamaan macam tu..

    ReplyDelete
  4. vimax terima kasih untuk sharingnya, artikel yang menarik, di tunggu artikel selanjutnya

    ReplyDelete