Pages

agoda.com INT Lazada MY

Nikmat Berhenti Kerja

Agaknya..inilah rasa blogger yang sudah berjaya dan tidak bekerja seperti orang-orang biasa.  Nikmat bangun lewat, breakfast di cafe yang lengang, tidak perlu terkejar-kejar dan punya banyak masa yang boleh dihabiskan. Ramai jutawan merasai nikmat sebegini.  Ada juga blogger yang sudah mencapai apa yang diorang panggil 'kebebasan kewangan'... Lari daripada 'rat race'..
Dapat juga aku bawa Giant tinggalkan jejak di Putrajaya

Untuk orang seperti kau dan aku, perasaan itu hanya akan hadir bila kita bercuti panjang.  Sekarang ni musim cuti sekolah.  Tadika anak aku pun tutup sebab nak buat persediaan untuk tahun 2013 katanya.  Terpaksa aku ambil cuti untuk jaga dia dirumah. Sepanjang tempoh cuti ni aku cuba hayati perasaan orang-orang seperti mereka.

Bagi aku agak nikmat..

Kenapa aku katakan agak?? Mungkin sebab aku seorang workaholic kut. Aku rasa cuti yang diperuntukkan kepada aku selama 36 hari tak luak pun lagi.  Cuti yang di carry forward daripada tahun lepas pun tak habis lagi. Siap dah masuk dalam Golden Hand Shake Scheme pun masih ada lagi.  Ada yang hangus begitu sahaja.  Aku tak suka cuti terlalu lama sebenarnya.  Nanti aku tak boleh catch up dengan pace kerja aku yang sememangnya dinamik.  Hanya untuk kes-kes kecemasan je yang aku guna cuti yang diperuntukkan. 

Aku cuba nak mengajak anda semua berfikir sejenak.  Memang nikmat jika kita 'tidak' bekerja tetapi masih mendapat income setiap bulan. Boleh ke sebegitu? Ntahla..aku agak tidak mempercayainya.  Tapi mungkin korang mendambakannya... Aku tak pasti sebab aku tak merasainya dan tak pernah merancang pun sebenarnya. Adakah aku orang yang gagal..Mungkin..bergantung kepada apa yang korang percaya.. Subjektif.

Duit takkan datang bergolek dengan begitu sahaja.. 

Orang yang nampak macam tidak seperti manusia lain di hari bekerja tetapi bekerja disebelah malam, hujung minggu dan sebagainya tetap kena berusaha dan bekerja.  Cuma takrifan bekerja itu sahaja yang lain daripada manusia lain.  So, takdela pelik sangat kalau ada yang mewar-warkan keindahan tidak bekerja seperti manusia lain.  Macam orang yang bekerja di plantar minyak misalnya..rutin kerja mereka berlainan.  Blogger famous pun terpaksa kekalkan pelawat setia mereka dengan cara sebaik mungkin. Jika tidak, mahu tiada income mereka pada bulan-bulan tertentu. Mereka yang punya banyak rumah dan aset, masih perlu bekerja menguruskan 'mesin-mesin' ATM mereka tu. Itukan kerja namanya.

Kerja dan Hobi? Apa perbezaannya..

Aku ada seorang bos yang juga komited dengan tugasnya.. sampai ada yang katakan he's married with his profession. Itulah konotasi membandingkan dia dengan kerjanya. Dia memang seorang yang pandai menguruskan urusan pentadbiran. Kerja sungguh-sungguh dan enjoy pun sungguh-sungguh.  Dan dia pernah berpesan, 'jadikan kerja anda sebagai hobi'. 

Masalah orang sekarang...

Belajar hanya untuk dapatkan kerja. Bila dah dapat, rethink semula keputusan yang diambil.  Itu sebab ada yang join MLM, skim cepat kayap dan sebagainya.  Dan ramai yang terpengaruh dengan kejayaan orang lain.  Bila tengokkan mereka yang seolah-olah dah berjaya keluar dari kepompong kesesakan rutin kerja harian, mula mencari jalan keluar dan ada yang mencari jalan pintas..

Hidup ini penuh desakan...anda sedar atau tidak?. Manusia sanggup berbuat apa sahaja.  Untuk senang.  Sudahkah anda bersedia? Tepuk dada tanya iman.

Apa jadi sekiranya kita jadikan kerja kita sebagai hobi?

Tentu indah bukan.. Setiap hari datang kerja tanpa Monday Blues, tanpa rasa menyampah dan malas.  Kerja pun bersungguh-sungguh.  Jangan difikirkan Anugerah Khidmat Cemerlang atau sebagainya. Yang paling penting balasan tuhan.  InsyaAllah tuhan akan membalasnya.

So, apa titik persamaan antara kita yang berkerja seperti rutin biasa dengan mereka yang rutinnya aneh dari kita?  Keseronokkan bekerja..keikhlasan...ketenangan.. Aku rasa ini sahaja. Jika kita rasakan yang kerja kita ini tidak berbaloi atau setimpal dengan gaji yang diterima. Sedarlah wahai teman, jangan jadi hipokrit. Jangan sebabkan angan-angan, kita abaikan amanah pada tugas hakiki kita.  Kita dibayar (walau sedikit) untuk melakukan kerja.  Bukannya berangan ingin menjadi kaya yang akhirnya terjerumus kepada masalah kewangan yang lagi rumit. Ramai yang tidak bekerja diluar sana menunggu tempat anda dikosongkan.

Di luar sana tu ramai yang ingin ambil kesempatan.  Dengan hanya menjaja 'idea' kemewahan dan kesenangan.  Jangan beli idea mereka. Jika mereka kata anda gagal kerana tidak mencuba atau sebagainya, janganlah percaya bulat-bulat.  Sebenar-benar kejayaan bukanlah dengan memiliki berapa banyak kereta dan rumah atau isteri.  Tapi betapa amalan baik (kerja yang ikhlas) bertukar menjadi pahala yang tidak pernah kering. 

Idea-idea gila ini kadang-kadang mengganggu...manusia semakin terdesak.  Sosioekonomi tidak seimbang, yang oppurtunis selalunya berjaya.  Mereka sedar 'masalah' kita ini, dan mereka capitalize kannya.  Seperti syarikat pengutip sampah.  Mereka sedar masyarakat Malaysia menghasilkan banyak sampah yang pada orang lain adalah masalah.  Tapi mereka lihat masalah itu sebagai rezeki.  Tapi ini dengan cara yang baik. Tidak seperti sesetengah MLM.

So, sedarlah wahai teman..  ianya apa yang anda fikir yang menjadi perlakuan anda yang akhirnya menjadi habit sekaligus menjadikan asas diri anda. Pilihan sentiasa di tangan anda.





 

13 comments:

  1. Kalau perkhidmatan yang ditawarkan tidak banyak player dan high demand lagi cepat kaya. :-)

    ReplyDelete
  2. Hurmm...macam xbaca habis je bro. ahaks

    ReplyDelete
  3. betul juga tu. kita akan berubah keputusan bila dalam keadaan terdesak. tanpa fikir kesannya. lumrah manusia.

    ReplyDelete
  4. Disaat itulah kena berhati-hati sekali. Bukan setakat hasutan manusia malah makhluk halus sekali

    ReplyDelete
  5. kalau buat yang kita suka mesti la best..
    Tambah plak dpt income melaluinya.. mmg satu bonus..

    ReplyDelete
  6. Yup, tapi berapa ramai bersyukur dgn kerja yang sedia ada? Itu yang merisaukan

    ReplyDelete
  7. lebih nikmat lagi kalau kerja dari rumah saja menghasilkan uang dari blog setiap bulannya

    ReplyDelete
  8. Itula. itu juga kerja. kalau dpt job. stil kena attend event. last2 cam wartawan pula.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..

    dengan menjadikan blogger sebagai kerjaya dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga.

    Walaupun relax tak terkejar2 macam rakan2 yang berkerja makan gaji.

    Kadangkala ada masanya nazak juga, bila payment lambat diterima.

    ReplyDelete
  10. Itulah..setiap kerja akan ada pro dan kons nye. Jika kita sentiasa bersyukur..insyaAllah sentiasa dipermudahksn.

    ReplyDelete
  11. sy suka kerja yg berdasarkan hobi....

    penat tp layannn... ;)

    ReplyDelete
  12. Bro.. Baru jumpa balik url blog ni..

    Keep up a good work!

    ReplyDelete
  13. Thanks bro dzirhans...

    @Ummi Hanie.. yup, kena ikhlaskan diri bila lakukan sesuatu.. baru lah datangnya minat tuh

    ReplyDelete