Pages

agoda.com INT Lazada MY

Nikmat Kad Kredit

Dah lama rasanya aku guna kad kredit untuk urusan jual beli terutamanya jual beli gajet (3 buah laptop, 1 smartphone, 1 peti sejuk, 1 tv 43 inci) dan isi minyak yang aku sendiri tak pasti dah berapa kali aku isi semenjak tahun 2008. Kini, aku terpaksa berpisah dengan kad kredit yang banyak me'nambah' nilai kehidupan aku dan sekeluarga.  Kini aku dah tak mampu nak membayar hutang piutang yang aku cipta sendiri. Aku terpaksa memotong kad kredit tercinta untuk memastikan yang aku tidak berhutang dengan begitu banyak sekali.  Benarlah kata sesetengah orang yang kar kredit membuatkan kita terperangkap dalam jerat berhutang.

Abistu, siapa yang nak membayar hutang kad kredit aku tu? Hmm... entah.

Selamat Tinggal yang lama. Selamat dtg yg baru
Cerita di atas adalah bukan cerita benar.  Cerita sebenarnya ialah, aku baru sahaja mohon kad kredit baru bagi menggantikan kad kredit lama yang sudah tamat tempoh.  Pada aku kad kredit ada kebaikannya dalam diri aku.  Misalnya, dengan kad kredit Maybankard Visa Petronas, aku dapat menggunakannya sewaktu mengisi minyak, sedar tak sedar, selama 4 tahun aku menggunakannya, aku dah collect treatpoints sebanyak 150k lebih yang aku boleh tebus atau redeem di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk orang mcm aku, aku memang tak suka nak bawa duit yang banyak dalam wallet.  Beg dompet aku pun bukannya besar, lagipun aku tak suka wallet yang 'gemuk' dan 'sendat' dengan isi.  Tak selesa.  So, dengan kad kredit bolehla aku meminimakan saiz wallet aku.  Biar orang tgk aku tak berduit dalam kocek. Tapi korang kena ingat, berbelanja dengan kad kredit perlu disiplin dalam membayarnya.  Jika korang gagal nak bayar, nanti data CCRIS dan CTOS korang boleh menjadi tak cantik. So, payahlah nak apply loan rumah atau sebagainya.  Ingat, dengan menggunakan kad kredit juga boleh membantu korang dalam memohon pinjaman perumahan. Tapi sudah semestinya dengan rekod bersih yang baik, yakni at least membayar jumlah minimum yang dikenakan tanpa gagal.

Kelebihan kad kredit yang lain adalah bila anda gabungkan dia dengan kad ahli kedai barangan elektrik tersohor Sengheng iaitu kad ahli Plus One.  Bukan sahaja korang boleh redeem Treatpoints dengan barangan di kedai Sengheng, korang juga boleh dapat point untuk ahli kelab Plus One dan juga boleh dapatkan barang-barang yang ditawarkan dengan percuma.

Aku dah gunakan kedua-duanya.  Tadi, baru sahaja aku beli peti sejuk untuk rumah baru yang aku baru beli ni, dan tebus treatpoints tersebut di kedai Sengheng yang sama.  Maka dapatlah aku Vaccum Panasonic yang aku tambahkan jangka hayat warantinya kepada 2 tahun dengan hanya membayar RM 11.  Kelebihannya? Jika vaccum tu rosak kecuali pecah dan patah, korang boleh tukarkannya dengan yang baru di mana-mana kedai Sengheng. Bestkan? Memang berbaloi-baloi.


So, apa lagi. Apply la kad kredit sekarang. Biarlah Maybankard Visa. Amaun maksium janganlah tinggi sangat.  Nanti korang tak boleh kawal nafsu membeli pula.  Biarla berpada-pada. Letak maksimum RM 7k pun dah cukup. Bagi aku, memang puas hati bila dapat kelebihan-kelebihan yang aku cakap tadi.  Cuma kena kawal nafsu dan sikap tamatla.  Jangan terikut-ikut dengan orang lain.

Dapat percuma selepas redeem tadi. Harga RM 305
Tapi seriusly, dengan menggunakan kad kredit, anda akan ada sejarah anda menguruskan kewangan anda dan jika sejarah anda baik, maka anda di mata bank juga baik dan berkemungkinan tiada masalah untuk meminjam untuk membeli sebuah hartanah.

Ini adalah pendapat aku semata-mata. Apa pendapat anda pula?? 

2 comments:

  1. kad kredit ni sebenarnya bagus .. kena pandai bajet..

    ReplyDelete