Pages

agoda.com INT Lazada MY

Oh Kuala Lumpur : Hina disisi Tuhan

Setiap hari aku menggunakan MEX (Maju Expressway) daripada Putrajaya ke Kuala Lumpur, bandar metropolitan sumber rezeki utama warga tanah bertuah ini.  Ramai yang sanggup berhijrah kerana peluang pekerjaan dan sebagainya yang begitu banyak jika pandai mencarinya.  Lega akhirnya aku kembali ke tempat dimana aku dilahirkan.  Kini, barulah aku boleh justify no. 14 di tengah-tengah nombor kad pengenalan aku. 
Subhanallah

KUALA LUMPUR

Begitu banyak yang boleh diperkatakan. Hampir kesemua yang terjadi berpunca di Kuala Lumpur.  Sehinggakan menjadi benteng terakhir jika peperangan tercetus.  Sumber komunikasi, sumber ekonomi, sumber tenaga, sumber anggota dan sebagainya menjadikan ianya strategik dan perlu dipertahanankan walaupun dengan apa cara sekalipun.

KUALA LUMPUR

Jika kita hanya melihat daripada sudut yang tipikal, KL bukanlah ada makna.  Hanya dipenuhi dengan kesesakkan, ketamakkan, kebiadapan, penting kendiri dan hal-hal negatif yang lain.  Disinilah yang kaya menjadi ketua, yang kuat menjadi raja. Yang lemah mencacai dan yang miskin melarat. Seperti hukum rimba perhubungan manusia disini.  Namun, KL, tetap memiliki sisi yang jarang kita hargai.

KUALA LUMPUR

Indah sungguh suasana disini, dari kelibat manusia rakus mencari rezeki hinggakan pengemis yang sering susah hati. Cantik sungguh potret Kuala Lumpur, tempat termatrinya bangunan-bangunan kebanggaan dan  cinta. .......

Menyusuri MEX dipagi hari....dikala cantik pagi.

Subhanallah..Subhanallah...Subhanallah...cantik sungguh permandangan Kuala Lumpur dari sini. Aku bersyukur dikurniakan pancaindera mata untuk melihat keindahan sebegini. Yang pastinya, kecantikan itu tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata kepuasan. Hatta, DSLR pun tidak terbanding dengan hebatnya mata ciptaan tuhan.  Baru aku sedari, terlalu banyak benda yang baik terjadi di sekeliling  walaupun di KL. 

Hanya perlu memerhati, mencari dan mensyukuri. Barulah nikmat tuhan terasa di benak hati.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Seluruh terima kasihku hanya untukmu...tidak terperi kebaikan yang telah KAU berikan. Aku segan bila mendengar Azanmu... Segan aku bilamana memikirkan telah banyak kebaikan yang diterima, hanya menunggu sahaja jasa dan amalku di sejadahmu. Malu. Hina.

Aku sungguh hina disisimu.......

Selamat Menunaikan Solat Jumaat. 

4 comments:

  1. Langit yang cerah dan membiru. Kita ini insan yang kerdil.

    ReplyDelete
  2. tempat jatuh dan bangun, sentiasa dikenang dan sangat bermakna dalam hidup.

    ReplyDelete