Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pengalaman servis Honda di Global Amity Sdn. Bhd, Bangi

Very Spacious
Macam biasa, bila sebut sahaja berpindah mesti banyak perkara yang perlu difikirkan. Daripada mencari rumah kediaman, tadika anak hinggalah dimana hendak diservis kereta. Yerla, ditempat lama senang sebab sudah biasa. Kita pun dah arif kat mana dan di mana kedai servis yang baik untuk kita.

Alhamdulillah, urusan rumah dan tadika anak sudah selesai. Kini nak cari tempat servis kereta yang baik untuk proton aku dan Honda isteri. Pening juga bila 1st time jejakkan kaki di Putrajaya. Tak tahu dimana nak servis kedua-dua kereta tu. Takkan nak ke Shah Alam untuk servis proton dan ke Sri Kembangan untuk Honda. 

Hari ni aku di pusat servis Honda yang baru di Bandar Baru Bangi. Lalu jalan belakang dari Presint Diplomatik. Senang. Mudah. Tanggapan pertama aku waktu hantar kereta tu memang mengujakan. Belum pernah aku dilayan macam aku ni pemilik BMW or Merc or Ferrari. Mungkin sebab aku datang seawal jam 8 pagi aku dilayan sebegitu. Tapi tidak, dari pengamatan aku, semua pelanggan dilayan sama macam aku. Diberi welcome drink. Mango juice lagi. Pagi2 tentulah terasa macam hotel.

Siap boleh baring-baring lagi minum susu
Di sini ada pelbagai kemudahan. Surau disediakan. Tempat kanak-kanak bermain juga ada. Water dispenser yang banyak kali aku pau tu pun ada. Paling best cafe dia. Di tingkat 2. Cantik. Makanan? Boleh tahan. Sebabkan aku servis disini. Dapat kupon diskaun RM 5. So, dapatla makan breakfast yang cuma aku bayar lagi RM 2. 

Suasana yang bersih dan selesa ni memang impian setiap pemilik kenderaan yang datang untuk servis. Takdela panas kalau bawa kanak-kanak. Kereta proton aku tu memang aku selalu servis di kedai bawah pohon ceri jer. Tahan lasakla katakan. Nama pun dah WIRA.




Dari Mooka Cafe

So, kepada pemilik Honda yang menetap di area Bangi dan Putrajaya. Jgn lupa datang servis Honda korang disini. Terbaik. Layanan tip top. Harga servis faham2 la kan. Ikut masalah kereta masing-masing.


Ni alamatnya jika ingin tahu:
Global Amity Sdn. Bhd
11A, Jln P/9B,
Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

6 comments:

  1. Agreed....sini mmg TERbaekkkk

    ReplyDelete
  2. Sparepart dan bodypart ada jual x kt sana

    ReplyDelete
  3. Berapa ye cost utk service kereta bg 10000km. Sy guna jazz. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada barang yang hendak ditukar ganti

      Delete