Pages

agoda.com INT Lazada MY

Peri Pentingnya Pemahaman Tentang Hartanah

Sekarang ni harga rumah semuanya mahal-mahal, sehinggakan boleh menyesakkan nafas bila sahaja melihatkan angkanya.  Tak mudah nak dapat harga rumah teres di area KL dengan harga RM 500k ke bawah. Kesedaran tentang peri pentingnya kepentingan memiliki aset diusia muda nampaknya ada peningkatan dikalangan generasi muda.  Mungkin hasil didikan dan usaha orang-orang seperti Abang Ensem and co yang sentiasa membimbing golongan muda seperti aku untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan kebebasan kewangan. 
Kesedaran yang semakin meningkat dikalangan generasi muda


Cumanya, aku belum lagi mendaftar menjadi anak murid Abang Ensem.  Aku pernah mengikuti mini seminar di agensi seorang lagi otai hartanah, cumanya bayaran untuk mendalami dengan lebih mendalam agak mahal pada aku disamping aku tiada masa untuk berikan komitmen seperti yang diminta.  Kadangkala aku rasakan yuran sesi pengenalan yang murah serendah RM 50 itu hanya untuk menjadi umpan kepada setiap peserta supaya sign up ke peringkat yang lebih advance dengan yurannya bermula dengan RM8***.00 . Mahal. Tapi aku percaya hasilnya juga hensem.

Ramai peserta yang sekali dengan aku ketika itu merungut disebabkan yuran yg sememangnya mahal. Tapi memang diakui tentang kehebatan agensi tersebut untuk membimbing dan menunjuk ajar penuntut yang menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka. Bagusla jika ada seorang doktor yang memiliki aset bernilai jutaan ringgit.  Mereka yang melabur dalam bidang hartanah memang kena nekad dan berani. Kena sanggup makan roti bun pagi, petang, siang dan malam untuk kumpul duit modal memiliki rumah. Fuh!
Ada idea nak beli jenis hartanah mana?

Tapi aku masih percaya yang setiap orang ada hak mereka juga.  Jgnla bila mana mereka refuse untuk sign up, maka dikatakan mereka ini mempunyai sikap melayu yang cliche, tak mahu keluar dari rasa takut untuk berubah, ataupun nak kan ilmu dengan harga yang murah sahaja.  Semuanya yang negatif ditujukan kepada mereka.  Setujukah anda? Aku tak setuju langsung.  Memang mereka ingin dapatkan ilmu sebenarnya, dengan hanya yuran RM 50, maka ilmu bernilai RM 50 itula yang mereka dapat.  Jangan harap akan dapat lebih daripada itu.  Aku juga sangkakan otai hartanah itu sendiri yang berikan talk, rupanya hanya proksi yakni studentnya yang sudah berjaya. Syukurlah buat mereka.

So, aku fahamlah bahawa untuk berguru dengan mereka yang benar-benar berjaya, maka kena melabur lebih sedikitlah.  Itu sahaja. Di sinilah kesempatan yang diambil oleh otai tersebut, melihatkan permintaan untuk belajar tentang hartanah saban hari meningkat, ini adalah peluang untuk mereka menjana keuntungan.  Hanya dengan memberikan talk dan seminar, ataupun coaching sampai berjaya.  Betul la tu. Tapi yurannya agak mahal dan pulangannya bukanlah serta merta. Entahlah, lain orang lain pendapatnya.  

Selepas selesai menghadiri sesi seminar tu, aku rasa macam hampir terkena brainwash ala-ala MLM pula, hahaha.. Aku tak salahkan agensi tersebut, mereka nampak di mana mereka boleh membuat keuntungan, maka diorang capitalize on that prospect. Dengan hanya RM 50, aku dapat jugalah ilmu-ilmu basic yang aku boleh dapat percuma dengan menjadi pembaca setia blog Abang Ensem.  Di situla aku rasa perbezaan Abang Ensem dengan otai yang satu lagi tu.  But, no offense, setiap orang ada caranya.  Mungkin sebab Abang Ensem budak sekolah Izzuddin seperti yang dia selalu banggakan maka diberikan ilmunya sedikit demi sedikit secara percuma di Timeline Facebook nya. Mungkin itu strateginya.  Mungkin pahala di akhirat yang dikejarnya.  Tapi mana tahu Abang Ensem juga akan kenakan charge yang mahal untuk mendapat coaching sebenar daripada nya.  Itu tidak mustahil.

p/s: Apa-apa hal pun, kepada pelabur-pelabur muda seperti aku, tepuk dada ikut kemampuan. Jangan tamak sudahla. 

 

No comments:

Post a Comment