Pages

agoda.com INT Lazada MY

Rebranding Blog Untuk Semua


Jika yang dah lama ikut perkembangan blog untuk semua ini mesti perasan template blog ini telah berubah. Ini adalah antara impian aku setelah aku berpindah ke KL. Dahulu aku ada gunakan domain .com yang mana aku tak fully utilize sebab pengetahuan aku yang masih cetek dalam arena dan ilmu blogging.  SEO tak master, entri malas berupdate, template yang mual (free) dan serba serbi tidak merangsangkan.  So, setelah selesai urusan jual beli rumah aku yang memang banyak makan masa aku.  Akhirnya, berjaya juga aku ubahsuai blog dengan template baru yang lebih segar, mesra SEO dan 'individualized'.
Rebranding Blog Untuk Semmua
Sengaja aku letakkan logo sekolah di header blog ini, supaya mengenangkan kembali dari mana asal usul aku, jika bukan sekolah-sekolah ini yang telah mencurahkan ilmu kepada aku, maka aku takkan menjadi aku yang sekarang ini.  Itu adalah untuk menyedarkan aku bahawa aku bukanlah end produk sekolah berasrama penuh yang gah, ataupun sekolah sains yang menjadi benchmark pada zaman aku dulu. Aku cuma bersekolah kampung daripada sekolah rendah sampailah menengah. Sempat jugakla bersekolah di SMK BBSB untuk setahun sebelum ditukarkan ke kampung iaitu Sek Men Tengku Menteri.
Miniatur askar-askar kecil tu memang nostalgik pada diri aku. Bermula dengan permainan itulah, kini aku boleh memakai uniform tentera yang memang aku impikan dari dulu.  Senang, setiap hari tak payah nak fikir nak pakai baju apa.  Hehe, ini tidak, hari-hari korang sure pening nak pilih baju apa n terpaksa gosok banyak baju.  Aku pula just pakai uniform sama patternnya hari-hari. huhuhu...
So kengkawan, aku harap. Korang sukalah dengan perubahan yang aku lakukan di blog ini.  Harga untuk make over ini amat murah, cuma RM 100 sahaja. Jika korang berminat, msg aku. Nanti aku bagitau kat mana dan siapa yang design template ini. Ok. Chow!!

2 comments:

  1. hurm... semuanya bernostalgiakan??? :) semoga success selalu k... happy blogging

    ReplyDelete