Pages

agoda.com INT Lazada MY

Refleksi diri di hari lahir yang ke 29

Tiada apa yang lebih mengujakan daripada melahirkan rasa syukur dan  rendah diri kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t menjejakkan usia yang ke 29 pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah.. Semoga pintu rezekiku terbuka dengan luas, semoga amalanku diterima dan semoga kesihatanku sentiasa diberkatiNYA.

Refleksi diri...29 tahun yang sudah.

Lahirnya insan bernama Mohamad Halif bin Mohamad Yusof di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tanggal 28.12.1983. Merupakan anak tunggal lelaki pasangan Mohamad Yusof dan Khatijah. Ibu-bapa yang dikasihi semenjak kecil. Terima kasih kerana telah membesarkan aku sehingga menjadi insan yang berguna.  Walaupun dulu aku agak nakal sehinggakan terpaksa dipindahkan ke kampung.  Jika tidak, sudah tentu aku sudah jadi ketua gangster satu Malaya... he he he
Tersenyum aku lihat gambar ini

Sudah 29 tahun rupanya aku hidup didunia ciptaanNYA.  Memang tidak pernah kusangka yang hidup aku rasa begitu cepat perjalanannya. Bila aku celikkan mata keesokkannya, aku sudah ada seorang anak dan isteri. Dan bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada tahun hadapan. Indah. Semuanya takdir yang tuhan sudah tentukan.

Selama 29 tahun aku hidup, mungkin ada beberapa perkara yang aku rasa signifikan yang menyebabkan aku menjadi aku seperti sekarang. Aku catitkan semula semuanya untuk aku ingati jika aku masih hidup di umur 70 tahun (sekiranya masih ada lagi) yang mana ketika itu ingatan aku sudah tidak begitu baik..Sesungguhnya blog ini adalah peringatan untuk aku. Hanya aku yang memahaminya.. Berikut adalah events yang berlaku:

1.  Aku dihantar ke kampung 
Bersama rakan-rakan yang sempoi
 Kerana kenakalan aku yang agak melampau sehinggakan aku sukar memberi tumpuan kepada pelajaran di kelas.  Memang aku nakal, tapi aku tidak merokok dan mengganggu perempuan. Bahkan perempuanlah yang suka nak berkenalan dengan aku (ini kisah dulu..tak berniat membangga diri. takde maknenye pun). Mungkin perempuan sukakan lelaki yang 'nakal'. Mcm cerita Lagenda Budak Setan. Aku ketagih dengan permainan video di Bandar Baru Sg Buloh (BBSB), tempat aku dibesarkan sehingga berumur 13 tahun sebelum di hantar ke kampung di Taiping. Hinggakan tookey Cina kedai video arcade tu sponsor aku untuk sentiasa ada di kedainya sebabnya aku handal dalam bermain The King Of Fighters... Tiada siapa yang mampu kalahkan aku.  Ramai duit budak cina yang lagi kaya habis semata-mata nak kalahkan aku yang hanya bermodalkan 20 sen. I am legend. Bangga.

Di kampung, gian aku terhadap permainan video memang tak pernah surut..tapi apakan daya, apa ada di kampung waktu tu... lembu arwah atuk aku adala..nak ke pekan punyalah jauh, takde kenderaan lagi..nak tunggu bas?? lecehla.... Aku seorang pengawas waktu sekolah dulu (sekolah petang), pernah terjadi sewaktu aku dan ketua pengawas sebelah petang yakni kawan baik aku kantoi bermain game waktu solat jumaat, dan aku dikantoikan oleh seorang budak bernama Rabiatul Adawiyah yang merupakan penolong ketua pengawas yang tewas waktu undian jawatan Ketua Pengawas (sebelah petang). 
Another health awareness activities involved
 Aku ingat nama budak perempuan tu sampai sekarang. Disebabkan dia tewas waktu undian, memang sah dia rancang nak kenakan kitorang yang memang nakal walaupun pengawas. hehe.. Natijahnya, aku disebat di perhimpunan di Sekolah Men. Bandar Baru Sg. Buloh. Dan kawan baik aku tu lucut jawatan kepada pengawas biasa tanpa dirotan.. Dahla guru disiplin adalah imam solat jumaat di Masjid Fasa 2 BBSB ketika itu.  Sebab kena rotan, aku tak mahu dilucutkan pangkat pengawas, nanti mak aku tahu sebab sekiranya dilucutkan, pakaian seragam aku sudah tentunya bukan biru lagi. Lagi nahas aku dengan ayah aku. 
Sedang beri Consultation ke gelak?? Aku pun konpius

Di kampung, demi nak habiskan masa aku, aku mengembala lembu arwah atuk aku.  Pagi-pagi selepas ucapakan selamat pagi pada lembu tersebut, aku bawa diorang pergi meragut di bendang yang terbiar.  Cukup masa petang, aku akan tarik bawa balik ke kandang dan beri minum air garam.  Itu jerla kerja aku sehingga aku rasa kasih dan sayang pada lembu tu. 

N one fine day, Allah nak tunjukkan kuasanya kepada aku. Lembu betina yang aku bela tu bunting dan bila tiba dia hendak bersalin (betul ke perkataan aku ni, sesuai ke), waktu tu hujan lebat. Almaklumlah rumah atap zinc, bunyi bising. Tapi aku dengar bunyi suara lembu tu nak keluarkan anaknya. Aku kejut arwah atuk aku, arwah atuk aku kata bunyi mengerang tu sebab dia nampak babi hutan.. dalam hati aku (atuk aku ni mengigau ke)... Aku terus gapai torch light arwah atuk aku dah suluhkan ke kandang. Aku lihat sendiri proses lembu tu 'bersalin'. Di kala dan saat itu juga, macam ada lintasan rahmat kesedaran yang aku sendiri tak faham tetapi membuatkan aku menangis hanya teringatkan muka mak aku. 
Bersama rakan-rakan yang mendapat Anugerah Dekan!

Jika mak aku sebegini sengsara melahirkan aku, takkan aku nak balasnya dengan kenakalan aku yang memeningkan mereka. Semenjak dari tarikh itu, aku tidak toleh belakang lagi. Belajar dan terus belajar, catch up semula dengan kawan-kawan yang dah ke depan dulu lagi dari aku... Penat weh kejar..

2.  Result SPM dan keputusan ke matrikulasi.

Aku cemerlang dalam keputusan SPM walaupun cukup-cukup makan dalam UPSR dan hanya 6A dalam PMR sehinggakan nama aku terukir di Sekolah Menengah Tengku Menteri, Changkat Jering as a best student overall untuk SPM. Hadiah anugerah tu aku tak sempat ambil sebab aku di matrikulasi di Londang, Melaka. 

Ketika ini, konflik melanda diri. Sebab aku tak pernah duduk di sekolah asrama dan jarang pernah bersaing dengan budak-budak produk MRSM dan SBP. Aku terkena culture shock! sebabkan diorang semua aim ke oversea. Aku waktu tu tak tahu lagi nak jadi apa. Tapi sebabkan result SPM aku gempak (gempak la sangat), aku nak gak apply engineering di Korea tetapi ditentang hebat oleh ayah aku. Aku akur dan pasrah, hanya mampu melihat kapal terbang di tingkap bilik matrik ku sahaja. Tp aku tak sedih sgt sebab aku tak sure nak jadi apa.  Yang aku tahu aku nak jadi seperti di entri INI.

3.  Dapat pointer CGPA 3.75 untuk matrikulasi dan mangsa undi dekan di Fakulti Farmasi UiTM.

Kisahnya, mak ngan ayah aku nakkan anaknya menjadi seorang doktor, tapi aku selalu rebel sebab kenapa hanya doktor yang menjadi benchmark. Kenapa bukan engineer or akauntan dsb. Aku 'merajuk' sebab aku tak dapat pergi ke Korea dulu. Tapi sebabkan peristiwa 'lembu' tu tadi, aku turutkan sahaja kehendak mak ngan ayah aku. Di borang permohonan kemasukan ke universiti aku apply semua universiti yang menawarkan jurusan kedoktoran di Malaysia. Tapi Allah merancang aku jadi sebaliknya.  Sebabkan aku baru tahu apa itu farmasi ketika aku ditawarkan bidang itu. Aku layan sahaja sehingga aku berjaya grad mengikut masa yang ditetapkan.
Tahun Klinikal Farmasi di Hospital Selayang
Aku tanya kepada prof aku.. 'Mcm mana saya boleh masuk UiTM jurusan farmasi sedangkan waktu saya apply takde pun universiti ini tawarkan jurusan ni dan saya tak minta langsung pun'.  Dengan selamba prof aku jawab balik... ' Saya ke Kementerian Pengajian Tinggi, dan disana mereka lelong calon-calon yang berkeputusan baik tetapi tak dapat masuk bidang yang dipilih disebabkan tempat penuh' (Diingatkan, ketika aku matriks, aku batch yang hanya setahun, keluar grad dengan batch senior yang buat 2 tahun, so persaingan untuk kursus yang baik sangat tinggi)
Bersama bekas dekan yang 'kutip' aku dulu

So, aku layan je...

4.  Aku terbaca iklan biasiswa ATM di Utusan Malaysia

Ketika ini aku apply je dan tak mengharapkan apa-apa dari ATM sebab aku takdela fit sangat pada waktu tu. Yang aku target adalah biasiswa JPA. Tapi selepas temuduga, aku berjaya terpilih dan mendapat biasiswa ATM yang sememangnya lebih bagus daripada JPA (in term of bayaran sara hidup yang sentiasa on time, siap boleh bayar advance sewa di flat Seksyen 7 tu, bila member dapat biasiswa JPA, aku collect dengan bunga-bunga sekali..muhehehe)
Dinaikkan pangkat dari Kapten ke Mejar tahun ini

Aku grad pada 2006 setelah 4 tahun menghadap buku Farmakologi, Klinikal Farmasi dan sebagainya. Poning kepala!

5.  Diwatikah oleh Agung sebelum memasuki Angkatan Tentera Malaysia oleh Tuanku Mizan.

Ketika ini tiada apa yang lebih fullfill daripada memikirkan cita-cita aku sewaktu kecil menjadi kenyataan. Sesungguhnya perancangan tuhan itu lebih hebat. Syukur sebab apa yang aku terima sekarang dan akan datang.
With my international army colleagues in Singapore
p/s : Entri ini mungkin ada iktibarnya, sentiasalah menghormati ibu-bapa anda, ingat, syurga seorang anak lelaki adalah dibawah tapak kaki ibunya..syurga anak perempuan adalah di bawah tapak kaki suaminya.. Jika kita hormat ibu-bapa kita, nescaya Tuhan akan perkenankan segala impian kita walaupun mengikut jalan yang tidak pernah kita terfikir..

p/s/s : Tak usah dipertikai kesahihannya. Memang macam lucu. Mana yang baik korang ambillah, mana yang korang rasa aku 'kencing', korang tolong basuhkan ye..
 

8 comments:

  1. selamat hari ulangtahun ke-29. semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  2. waaahh... cerita yang best.. betul2... doa n restu mak yang saye rase tentukan kat mane kita sekarang ni.. Dah mejar dah... best best..

    selamat hari jadi juge.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. sebab tu sy percaya redha seorg ibu tu sgt penting. walau kita xbersetuju ke apa. lepaskan tanggungjwb kita sbgi anak dgn menuruti kemahuan mereka

      Delete
  3. Happy birthday, syg! semoga panjang umur dan terus berjaya di masa akan datang..

    ReplyDelete
  4. sebagai emak yang punya dua orang anak remaja 21 tahun dan 17 tahun, memang terharu lah jugak baca n3 ni, harap2 adalah pengajaran yang Allah tunjukkan kat anak2 akak ni sebagaimana Allah tunjukkan "lembu beranak" kat halif...sentiasa berdoa dan berharap agar anak2 menjadi anak2 yang cemerlang di sisi Allah SWT... amin

    untuk halif all the best ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..redha seorg ibu tu sgt ptg. hati2 bila gunakannya..itulah sakti yg tuhan anugerahkan utk para ibu

      Delete