Pages

agoda.com INT Lazada MY

Secawan Cappucino Pencetus Inspirasi

Alhamdulillah. Segar kembali

Rehat. Segarkan minda sejenak. Sumber inspirasi pengubat lesu dinihari.

Pernah terdengar sahabat mengatakan meminum kopi adalah salah satu sunnah nabi.  Benarkah? Hanya makklumat yang entah benar entah tidak.  Tidak pula aku ingin cari kesahihannya di alam maya ini. Tak penting sangat bagi aku. Getus hati.

Tapi....

Cuba fikirkan sejenak....

Berapa banyak kedai-kedai kopi terkemuka dunia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan?

Starbucks, Coffe bean, Black Canyon etc...

Mengapa mereka, caucasion suka sangat minum kopi.  Pengalaman aku tinggal bersama mereka, tidak dipandangnya teh, hanya bertanyakan 'Where is my coffee for today?'  Kopi sana sini. To start my engine running, i need a cup of coffee... Huh, sampai mcm tu sekali.

Aku.  Suka Milo. Sampai buncit minum Milo. Ingatkan kekal cergas, jadi buncit pula. Ceh....

Ramai cerdik pandai minum kopi.  Katanya caffein boleh meningkatkan tahap kecergasan. Tahap alertness  sekaligus lebih banyak input boleh di proses dalam CPU minda mereka. Ada kebenarannya.

Fikir kembali... Mereka disana mengkaji Islam lebih daripada kita sendiri.  Sudah tentu ada connection dengan apa yang kita faham tadi. Benarkah Nabi Muhammad S.A.W menghirup kopi mencetus inspirasi?? 

Tolong sampaikan pencerahan itu kepada aku. Terima kasih teman.

p/s : Caffein diperlukan oleh badan kita. Tapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Ingat tu.

3 comments:

  1. ya Allah sedapnya tengok gambar atas ni.hahahaha!!!

    ReplyDelete
  2. Cikgu saya pun cakap minum kopi tu sunnah Nabi s.a.w.& saya suka kedua-duanya;kopi & milo *sedapnya* ahaha XD

    ReplyDelete
  3. Itula pasal. Kopi sememangnya digalakkan minum. ada antioksidan juga. tapi biarla bersederhana that's mean..berpada2.. byk sgt pun xguna.

    ReplyDelete