Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Sunyinya Bila Di Atas ; Dilema Pemimpin

Entri ini lebih sesuai kepada mereka yang memegang posisi penting dalam syarikat, kerajaan ataupun universiti dimana anda perlu memimpin orang bawahan.  Entri ini aku tujukan khas buat mereka yang baru dinaikkan pangkat ataupun yang sudah lama memimpin tetapi sering terasa 'sunyi' dengan konflik dalaman yang tidak pernah habis.  Ramai sahabat-sahabatku yang masih bergelumang dengan masalah personaliti apabila memegang posisi penting di atas. Ia juga adalah peringatan untuk diri aku sendiri.


Kita bermula....

Aku sering dimomokkan dengan frasa 'keep a distance' dari mereka yang lebih lama makan garam dari aku.  Baik di pejabat mahupun dimana sahaja. Frasa inilah yang membuatkan aku berlawan dengan personaliti aku yang gemar bergaul dengan orang-orang disekeliling aku. Selalunya, daripada pergaulan itulah aku lebih mudah memahami dan mengarahkan staf bawahan aku melaksanakan tugasan tanpa ada rasa takut dan tertekan.  Tetapi itulah... banyak buku-buku pengurusan mengajar agar pemimpin tahu batas-batas pergaulan dengan staf bawahan. Tetapi masalahnya ialah... bagaimana hendak mengetahui bahawa pergaulan anda sudah melebihi batas atau bukan??

Sunyi bila di atas... dilema seorang pemimpin.

Sepanjang lebih 6 tahun aku dicampakkan dalam bidang pengurusan, aku sudah melihat kesunyian di pelbagai peringkat pangkat dan jawatan.  Baik daripada mereka yang paling atas, pertengahan, hinggalah yang paling bawah.  Kesunyian ada disemua peringkat pengurusan. So, bolehla disimpulkan disini bahawa kesunyian ini bukanlah masalah kepimpinan.  Ia adalah masalah personaliti. Personaliti individu yang berbeza dan berlainan.

'Taking people to the top is what good leaders do'

Perkara-perkara yang perlu anda tahu mengenai pemimpin:

1.  Tiada seorang pemimpin berjaya ke posisi tertinggi berseorangan.

There is no oneman show. Kata Mat Salleh. Setiap pemimpin terpilih daripada sekumpulan pemimpin.  Tiada pemimpin yang berjaya tanpa sokongan dan galakkan daripada orang-orang sekeliling.  Tapi apa yang menyedihkan adalah ramai pemimpin yang apabila diatas, gemar menyingkirkan 'pencabar-pencabar' mereka. Cantas mencantas... Lumrah hidup kini.

2.  Cakap tak serupa bikin.

Ramai manusia diluar sana yang suka memberi nasihat walaupun terhadap isu yang mereka sendiri belum pernah alami. Ciri-ciri tidak boleh ada pada seorang pemimpin. Pemimpin yang baik adalah mereka yang sering memantau prestasi tugas anda. Pencapaian anda dan yang rela berbincang secara berdepan dengan anda jika sebarang masalah atau penambahbaikan diperlukan. Kredibiliti seorang pemimpin hendaklah bermula dengan kejayaan peribadi. Untuk mendapatkan kredibiliti itu.. seseorang hendaklah menunjukkan inisiatif, pengorbanan dan kematangan.  Semakin seorang pemimpin itu menunjukkan 3 perkara disepanjang perjalanan karier dia ke atas, semakin ramai pengikut yang akan mengikutnya dengan ikhlas!

3. Seorang pemimpin tidak pegun.

Seseorang pemimpin yang baik adalah mereka yang sering mencari dan memotivasikan mereka yang lain agar menjadi pemimpin yang baik.  Mereka bukan hanya memikirkan diri mereka tetapi menambah nilai hidup orang lain.  Itulah ciri-ciri pemimpin yang cemerlang.

Nasihat jika anda mula berasa 'sunyi' di alam pekerjaan.

1.  Hindari pemikiran 'dominasi dan bossy'

Sekiranya anda mempunyai ciri diatas maka anda akan cepat terasa keseorangan dan sunyi kerana anda telah cuba menjauhkan diri dengan orang-orang di sekeliling anda. Jangan menggunakan pangkat dan posisi anda untuk mengarahkan staf bawahan anda. Jika anda tetap lakukan, anda di dalam kategori 'positional leaders'. Seorang yang sering merasakan orang bawahan patut laksanakan arahan anda walaupun ya, anda benar.  Tetapi anda akan hanya menjarakkan diri anda dengan staf bawahan anda lebih jauh lagi.  Berbeza 'relational leaders', lebih mudah untuk bergerak dan maju sebab ikatan ukhwah itu sudah terbina daripada pergaulan dan hormat.

2.  Ketahui wajah disebalik kejayaan dan kegagalan.

Adakalanya kejayaan adalah sesuatu yang bahaya.  Bila anda sering berjaya anda akan merasakan yang anda sahaja yang betul. Lebih baik anda merendah diri jika kejayaan sering menjadi milik anda. Orang-orang bawahan anda akan lebih menghormati anda.  Kegagalan juga kadangkala ada kebaikkannya, tidak semua kegagalan sesuatu yang negatif.  Cuba lihat tokoh-tokoh yang sudah berjaya sebelum ini, kejayaan utama mereka tercipta daripada kegagalan demi kegagalan.  Jgn mudah putus asa.

3.  Ketahui limitasi staf bawahan anda. Jaga kebajikan mereka.

Bagaimana mungkin anda boleh melaksanakan tugas dengan baik jika anda mempunyai masalah peribadi ataupun keluarga yang perlu diselesaikan. Pemimpin yang baik perlu berbincang dengan staf sebegini tetapi jangan pula beri muka tanpa kawalan.  Perlu ada check and balance disitu.  Kebiasaannya, utamakan kebajikan manusia dahulu ya.

4.  Work with me not for me..

Macam biasa dengar frasa tu kan..tapi jika mereka yang faham. Amat besar makna tersirat didalamnya. Anda sudah nampak? Bagus...


'It's lonely at the top' to 
'If it's lonely at the top, i must be doing something wrong' to
'Come on to the top, join me' to
'Let's go to the top together' to
'It's not lonely at the top'

No comments:

Post a Comment