Pages

agoda.com INT Lazada MY

Syukur Itu Satu Nikmat


 
Manusia ke sana ke sini tanpa henti dan tak pernah tahu erti letih dan lelah di kota ini.  Ada yang berpusu seawal pagi dan ada yang bermula dari kamar tidur.  Mereka yang masih berkejar seperti tikus berebut labu.  Ada yang hebat menjadi yang menghulur daripada yang menerima.  Atas Bawah, Hitam Putih. Semuanya seperti pusingan roda.  Roda yang tidak pernah rosak yang pastinya isi dalamnya akan sentiasa bergerak dari atas ke bawah dan sebaliknya.

Itula perumpamaan babak cerita kisah hidup manusia di kota ini.  Cuba perhatikan dengan teliti.

Yang terjadi di alam maya.

Ramai yang berlagak pandai, seolah-olah dialah yang merajai alam maya. Seolah-olah dialah yang patut didamba oleh pucuk baru. Baru yang masih mencari-cari hala tuju. Ingin menambah rezeki diri.  Alam maya seperti lubuk emas, siapa yang rajin dan tawakkal kepadaNYA akan beroleh kesenangan.  Walaupun ianya cuma sampingan.

Gigihlah berusaha di alam maya, mencatit seribu coretan untuk aku dan dia.  Teruslah mengajar insan baru yang masih hijau dengan ikhlas, kerana ikhlasmu itu pastinya dibalas oleh Tuhan yang satu. Allah s.w.t.  Pastinya rezekimu bakal berlibat ganda.

Ajari aku mengenal lawan dan kawan.  Lawan yang punya hasad, kawan yang punya ihsan. Rapati aku seperti kau rapati dia, dari itu cubalah mengerti aku hanya insan yang perlu sokongan. Baik di alam maya dan alam realiti.

Rezeki itu sentiasa ada dimana-mana. Cubalah mencari dan kerjakan yang sesuai dengan ajaran agamamu.  Biar upahnya sedikit, cukup-cukup makan, asal ianya penuh dengan keberkatan. Kerna keberkatan itulah yang paling utama. Syukur dengan apa yang kita ada, usaha jika ingin lebih maju jaya. Bersyukur itu indah kerna syukur itu satu nikmat.

Indahnya Islam. Senangnya memperoleh pahala. Hanya syukur saja boleh tebalkan wallet pahala anda. Itupun jika engkau perasan.

Aku hanya mampu tersenyum. Gembira

5 comments:

  1. Betul tu,kita kenalah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dan jangan pula kita kufur nikmat.

    http://www.al-muwaffaq.my/p/blog-page.html

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kalau hati kita sentias dekat dengan Allah, kita tahu tujuan kita dijadikan dekat bumi Allah ni..insyaAllah kita akan cuba untuk belajar syukur utk setiap perkara yg kita lakukan

    ReplyDelete