Pages

agoda.com INT Lazada MY

Urusan Jual Beli Rumah - Part 1


Credit : Google
                       


Antara banyak-banyak perkara dalam fikiran seorang suami dan ayah seperti aku adalah nak pastikan yang famili aku dapat 'ketenangan' dalam menjalani kehidupan seharian.  Basically tugas utama aku yang aku sedar tuhan anugerahkan adalah selesaikan masalah.  Baik masalah kecik hinggalah masalah besar.  Pada aku tiada yang besar dan yang kecik, semuanya sama sahaja.  Ada masalah kena la fikir cara nak overcome dia.
Baru-baru ni, diarahkan pindah ke KL sebab aku dah lama bekerja di Lumut. So, aku ikutkan sahaja arahan majikan aku.  Sampai di KL, mencari tempat tinggal adalah masalah yang paling utama. Alhamdulillah, aku ada famili in law yang ada rumah di sekitar Setapak.  Bolehla kalau terdesak tumpang rumah diorang.  Tapi sampai bila?  That question yang menjengah fikiran aku sebaik sahaja aku jejakkan kaki ke opis baru aku.  Ye tak ye jugak. Sampai bila nak tumpang duduk rumah mereka.


Sekitar bulan puasa tahun 2012, aku berusaha untuk cari rumah sewa disekitar KL. Planning nak sewa sebab arrangement isteri dan anak yang akan ikut aku posting ke sini.  Banyak pengorbanan yang diorang terpaksa lakukan sebenarnya.  Isteri terpaksa bertukar ke hospital area sini.  Memandangkan tiada hospital yang sesuai dengan minat isteri, aku cadangkan agar isteri bekerja sahaja di KKM.  Kerja pejabat macam aku walaupun dia seorang doktor.  Lagi ada masa dengan famili dan diri sendiri. So, berbalik kepada mencari rumah sewa di KL memang agak susah.  Boleh katakan sewa yang mahal dan juga lokasi yang tak elok.  Maksud aku jem, jem dan jem.  Stress betul dgn keadaan mcm tu kan?

So, selepas puas mencari, akhirnya tuhan temukan aku dengan owner di Putrajaya yang ingin jualkan rumahnya kepada aku.  Memang perjalanan mencari rumah tidaklah sesukar mana.  Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membantu aku.  Adakah bantuan ini semuanya disebabkan amal-amal aku? Kalau benar dan semestinya benar, aku akan gandakan lagi amal aku dan berbuat baik dengan orang disekeliling aku. InsyaAllah.  Mulanya aku buat site viewing rumah pertama yang ingin dijual oleh owner tersebut di Flat Hijau Putrajaya, Presint 9.  Tetapi sudah ada yang bertanya sebelum aku.  So, aku terpaksa tunggu je la keputusan owner tersebut.  Malam lepas balik tarawih, aku kol owner tersebut dan dia kata bakal pembeli tadi dah letak downpayment.  Sebenarnya terpaksa sebab aku insist nak bayar dulu kat owner.  Tp owner pun seorang yang amanah dan bagi keutamaan kepada bakal pembeli yang pertama.
Credit : Google
                                      
Aku hanya pasrah je la ketika tu. Dlm hati aku, apa pula yg aku nak buat sekarang?? anak dan isteri dah nak hampir datang ke KL.  Takkan isteri nak tinggal di Setapak dan bekerja di Putrajaya?.. Kembali la aku mencari dan mencari kawasan untuk isteri dan anak tinggal. Antaranya adalah di Bandar Putra yang agak outskirt. 30 minit ke Putrajaya kut tapi keadaannya tak berapa nak matang. Kawasan baru dan masih ada debris2 pembinaan sana sini.  Agak tidak sesuai, tapi sekiranya terpaksa, aku tetap akan menyewa disitu.

Sekali lagi nasib menyebelahi aku, owner tersebut kol aku dan offer aku untuk tgk homestaynya yang hendak dijualkan.  Aku pun layan je la. Ternyata rumah yg kedua ini lebih luas, tenang (surau bawah rumah je), n dekat dengan tepat kerja wife, 10 minit sampai kut. Itupun sebab ada traffik light. Yerla, wife dah biasa dengan tempat kerja yg dekat dgn dia.  Dulu di hospital Manjung pun just walk in je ke hospital sebab duduk kuarters hospital.  Sekarang ni kenala drive sket or aku drop kan sahaja.  Lepas buat site viewing, aku putuskan yg aku nak beli rumah tersebut.  Downpayment dah dibayar tanda bersetuju untuk membeli. 

Samb ke Part 2 

No comments:

Post a Comment