Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kenapa Saya Perlu Dapat Tiket Percuma Seminar Hartanah PIE 2020

Entri kali ini bukanlah bersifat mengampu, mengipas apatah lagi mengugut blogger cum Jutawan Hartanah PIE 2020 ini.  Percubaan kali ini adalah lebih kepada merebut peluang mendapatkan tiket percuma seminar hartanah PIE 2020 yang bernilai RM 390 tersebut.  
Rasa teruja dan menarik bila memikirkan bagaimana dengan hanya berblog membuka banyak peluang dan keistimewaan seperti peluang menimba ilmu hartanah ataupun hadiah-hadiah daripada contest yang dianjurkan oleh syarikat mahupun orang perseorangan.  Dan memang itulah tujuan aku berblog sebetulnya. #terawang-awang :p

OK, berbalik kepada perihal tajuk entri yang agak panjang tersebut iaitu kenapa aku berhak mendapat tiket seminar percuma oleh PIE 2020 adalah seperti berikut:

1.   Aku ingin mendapatkan 'second opinion' dan 'counter checking' tentang ilmu hartanah yang telah aku perolehi daripada blogger hartanah yang juga famous iaitu Abang Ensem (AE).  Aku berkesempatan menhadiri seminar yang dianjurkan dan banyak juga ilmu baru yang perlu aku tahu kesahihannya.  Bukan hendak mengecilkan keupayaan dan ilmu yang AE berikan, cumanya aku mahukan ilmu yang paling up to date dari 'cikgu' aku.  Aku tak mahu jadi seperti zaman aku belajar farmasi dulu.  Belajar ubat-ubatan macam nak pecah kepala daripada buku yang dah outdated 5-10 tahun kebelakang.  Grad je terkejut beruk bila ubat-ubatan yang digunakan kini totally berbeza daripada yang diajarkan atau aku baca.  Sebabkan ilmu hartanah adalah seperti ilmu perubatan yang dinamik dimana sentiasa berubah-ubah, maka mendapatkan second opinion ini adalah langkah yang bijak untuk diambil.  Sama seperti kita minta second opinion tentang rawatan seseorang doktor ataupun kita minta 2 quotations untuk sesuatu urus niaga.  Yang penting apa tadi?? Yup: Double Checking and Second Opinion.  Faktor AE dah bersara dari arena urus niaga pemilikan hartanah membuatkan aku teruja nak berguru dengan PIE 2020 yang baru sahaja close deal dengan future owner unit kondonya di Melaka.  Ni dia entri perihal urusniaga beliau tersebut. Klik SINI
2.  Walaupun aku tahu PIE 2020 dan AE merupakan seorang sahabat yang kemungkinan besar ilmu mereka hampir sama, tapi prospek untuk mengetahui cara-cara pengurusan homestay yang betul membuatkan aku kemaruk hendak masuk seminar beliau.  Sebabnya ialah rumah sewa teres 2 tingkat aku di Manjung berpotensi untuk dijadikan homestay yang terbaik kerana berdekatan dengan Lumut dan Pulau Pangkor.  Tempat percutian seperti di Port Dickson.  PIE 2020 juga memiliki banyak homestay disana.  Dengan ilmu homestay tersebut maka mudahlah aku switch portfolio sekiranya perlu daripada hanya sewa kepada homestay.

3.  Dalam seminar sembang subsale AE tidak diterangkan bagaimana untuk memiliki rumah lelong secara terperinci.  Mungkin disebabkan masa yang tidak mengizinkan kerana hanya separuh hari sahaja diperuntukkan, maka seminar hartanah daripada PIE 2020 yang berlangsung selama sehari mungkin dapat menampal lobang-lobang ilmu hartanah yang aku masih kurang.  Lagipun seminar AE hanya tertumpu kepada subsale.  Memiliki rumah lelong memang antara target aku pada tahun 2013 kerana ianya lebih murah dan aku ingin merasai sendiri membida rumah-rumah tersebut sekiranya berpeluang.  Adik iparku tewas membida kondo yang dilelong di Bukit Jalil tempoh hari.  Dengan adanya ilmu pasal lelong daripada PIE 2020, maybe akan tinggikan chances aku dan ahli keluarga aku untuk memang satu hari nanti.
Screenshot sahaja

4.  Aku terhutang dengan PIE 2020 sebab malu nak tegur beliau ketika beliau sedang menikmati breakfast di restoran Naz Maju di Putrajaya walaupun aku hanya duduk disebelah meja beliau.  Rasa kerdil dan kekok sebab tiada point untuk memulakan bicara.  Tapi dengan penyertaan sebegini ianya lebih formal dan ada sebab aku bertegur sapa dengan beliau sekaligus menjadi mentee seterusnya kawan dan seterusnya tokey kepada bisness-bisness yang beliau ada.  Eh..terlebih-lebih pulak....Sori ye bro PIE 2020.  Hehehe

5.  Selepas aku menghadiri seminar hartanah yang dianjurkan, bolehlah aku buat satu entri respons seperti entri respon aku INI terhadap seminar subsale AE tempoh hari.  Supaya anda semua yang ingin mendalami ilmu hartanah mendapat insight tentang apa yang bakal anda perolehi dengan menghadiri seminar sebegini yang sememangnya memerlukan anda mengeluarkan sedikit kos.

6.  Aku nak belajar dari seseorang yang kini pelajar Master in Business (maybe, aku tak pasti yang sebenarnya apa) kerana mesti ada satu kelainan dan input tambahan kerana ianya bukan hanya dari pengalaman tetapi dari aspek teori mainstream semasa. Aku suka menilai.

7.  No.7 sesuai dengan no jersey David Beckham ketika di Man United.  Aku nak engage dengan Melayu yang sudah berjaya supaya aku juga boleh berjaya seperti mereka.  Buat apa engage dengan yang taknak mengambil peluang dan tak mahu belajar.  Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina atau tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Ilmu itu pelita hidup. UiTM Sentiasa di Hati... terlebih lagi sekali.

p/s : Kepada anda yang nak mengenali siapa PIE 2020 ni boleh layari blog beliau di http://www2.pie2020.com/blog/  dan kepada sesiapa nak menyertai seminar yang dianjurkan boleh melayari http://www.seminarjutawanhartanah.com/.

No comments:

Post a Comment