Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Nak jual ke, Nak refinance?

Dapat maklumat daripada seorang member yang dulunya drug rep promote ubat di hospital aku.  Kini dah jadi member sebab minat ktorang yang sama. Dia juga seorang agen insuran (kesihatan, income builder, investment dsb).  Baguslah ada kawan-kawan yang macam ni.  Baru-baru ini ada diskus tentang nak refinance rumah aku di Bukit Jalil. Apartment @ kondo yang dibeli pada harga RM 143k kini dah menjadi RM 250k mengikut daripada survey yang dilakukan di Mudah.my.  Sekali tengok memang masyukkan jika dijual dan dapat ekstra RM100k.



Very tempting tapi itulah aset pertama aku daripada gaji tentera aku ni.  Taman LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) lak tu.  Aku sayang. Benda yang pertama dalam hidup aku memang aku sayang.  Tak kisahlah apa sahaja, baik dari laptop, handset, kereta dan isteri. Hehe.. Sayang bangat seh!.  So sekiranya valuation daripada pihak bank memang dalam area itu apa salahnya kan? Refinance n dapatkan sedikit cash untuk duit muka aset seterusnya.  Cuma matlamat utama aku hanyalah untuk mendapatkan kembali kelebihan kelayakkan loan government tu.  Sebab rumah tu aku beli gunakan loan government.  Agak rugi sebenarnya sebab tak fully maksimumkan loan tu.  Kalau kelayakkan dalam RM 500k, baik aku beli rumah yang agak selesa untuk anak bini dudukkan? Tapi pelan-pelan la. Itu semua dalam perancangan.  

Jika berhasil, insyaAllah. Aku just nakkan installment dapat dikurangkan daripada sekarang dan lebih positif cash flow daripada hasil sewa kondo tu. Duit banyak-banyak pun satu hari habis juga. hehe..

So, muktamad. Nak refinance and dapatkan balik kelayakkan loan government. Cumanya nak kena tanya bro Dzirfans Ffd yang ada pengalaman macam aku nak buat ni.  Just untuk security dan confirmation

p/s : Jika korang berminat untuk tahu tentang HLA income builder. boleh bagitau aku. Nanti boleh aku rekemen kan kat kawan aku ini. Dengar cerita produk ini macam pisang goreng panas.

4 comments:

  1. Yup..saya setuju utk refinance juga...

    ReplyDelete
  2. Itula. Rasa nak refinance. Sebab banyak pula tawaran rumah dalam budget.

    ReplyDelete
  3. Salam Bro, kelayakkan pinjaman adalah jumlah entitlement berdasarkan basic salary minus the amount taken from the previous govt loan. Walaupun rumah tu dah jual, ia tak akan reset kpd zero.

    Katalah gaji basic 5k, entitlement 400k (cth shj).
    Kalau dah ambik loan 100k sebelum ini, entitlement seterusnya hanyalah 300k.

    Tapi dgrnya ada juga member resign from govt masuk universiti dpt balik full entitlement tu.

    ReplyDelete
  4. Itula. nak kena tggu gaji naik naik lagi kot biar entitlement meningkat

    ReplyDelete