Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Rezeki Tambahan Dari Ilahi

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, ingin aku memanjatkan kesyukuran kepada ilahi yang telah mengurniakan dua rezeki kepada aku sepanjang minggu ini.  Sebenarnya bukan hanya 2 sahaja, tetapi lebih daripada itu.  Daripada udara yang aku bernafas, daya penglihatan yang baik, tenaga untuk menjalani kehidupan seharian sehinggalah keupayaan deria rasa aku terhadap makanan-makanan yang aku makan.  Sesungguhnya, perkara ini memang sentiasa membuatkan aku memanjatkan lafaz Alhamdulillah setiap hari. Itu sahaja sudah cukup aku rasakan yang aku ini sangat kerdil dan tidak berupaya melainkan dengan pertolongan rahmat tuhan.
Tahniah kepada semua pemenang

Aik, kenapa jiwang sgt nih...ok, back to reality. Rezeki yang aku maksudkan ini adalah rezeki tambahan daripada tuhan.  Rezeki yang pertama adalah peluang yang diberikan oleh saudara denaihati bersempena kejayaan menjadi pengomen ke 200k blog beliau.  Yang kedua adalah kejayaan terpilih menjadi mentee kepada bro pie2020 untuk seminar hartanah anjurannya.  Alhamdulillah.

Tak terbayang dan masih aku tidak percaya kuasa blog yang dapat menarik 'mereka' yang aku hendakkan.  Blog merupakan satu leverage untuk apa jua tujuan dan matlamat anda berblogging.  Jika anda ingin jadikan blog sebagai sumber pendapatan? Anda boleh. Jika anda ingin lebih kenalan? Anda boleh. Jika anda  nak rapatkan silaturrahim antara ahli keluarga anda yang berada diluar negara? Anda boleh. Jika anda nak asah skil penulisan anda? Anda boleh.  Selepas asah dan asah, jika anda nak terbitkan e-book dengan memiliki copyright berserta royalti? Anda boleh. N that is how the idea of having blog evolve.  

One day, maybe akan ada e-book daripada blog ini.  Just tak pasti lagi apakah topik yang sesuai.  That is the long plan action.  Intermediate and short plan is just menimba ilmu yang dihajati dan mengasah skil penulisan sehingga menjadi senjata ampuh dalam menarik lebih ramai membaca dan menulis.  Akhirnya, i think i found a hobby at lastN that is also a type of nikmat dari ilahi.

Kepada mereka yang baru terbaca blog ini aku ucapkan terima kasih.  Jika ada sebarang komen bolehla komen dan beri tunjuk ajar.  Kepada yang hanya membaca, saya fikir anda kena mula menulis dari sekarang. Seriously, potensi blog ini sangat besar.  Kuasa internet ni seumpama magnet yang akan menarik objek yang anda ingini. Tak percaya??

Contohnya adalah saya.  Tak pernah terlintas untuk bertemu dengan penderma hati saudara khai yang saya baca kisahnya dulu di surat khabar.  Tak pernah terlintas untuk mendapatkan bimbingan ilmu hartanah yang proper dari mereka-mereka yang mahir dan arif.  Tak pernah terlintas nak sertai peluang pertandingan seperti blogger Masterchef Malaysia suatu masa dulu dan i just cant wait untuk melihat potensi blog ini pada masa depan. InsyaAllah.

6 comments:

  1. tahniah. permulaan tahun baru yang amat baik & hebat. rezeki berganda :)

    ReplyDelete
  2. Semoga akan bertambah rejeki yang lainnya sahabat aamiin..aamiin

    ReplyDelete
  3. Thanks Encik Din dan Ferry Nurse

    ReplyDelete
  4. huwaaa!!! rezeki rezeki!! hehehehe. tahniah ya

    ReplyDelete
  5. wah congrats abg!bila nak pergi tu?dapatla tambah ilmu hartanah lagi ye :)

    ReplyDelete
  6. Ntah. Nak tgk dulu jadual seminar bro tu dulu. Dia ajak this saturday tapi xbolehla. sebab kita pun ada byk benda nak buat kan.

    ReplyDelete