Pages

agoda.com INT Lazada MY

Sayu Hati Jantan Aku

Beginilah.  Aku xtahu macam mana nak ceritakan hal ini.  Perasaan aku bercampur-campur.  Aku keliru dengan perasaan aku sekarang ini.  Confuse. Dah lama rasanya aku rasa bersalah kepada si dia.  Yerla, yang selalu menemani aku, menjadi pembantu kehidupan aku dan keluarga.  Aku rasa telah lama aku tidak berlaku adil dengan si dia.  Entahlah...
 
Hampir 6 bulan dia dipinggirkan.  Selama itulah segala perhatian aku bukan terarah kepadanya. Aku tak sedar ianya berlaku.  Sedar-sedar saja, sudah 6 bulan aku mementingkan diri sendiri.  Hanya aku sahaja yang mengerti. Aku pelik walaupun dia sentiasa menemani aku sepanjang masa, tapi tidak sekalipun aku berpeluang untuk menunjukkan penghargaan aku kepadanya.  Bukan aku tak usaha, cuma aku tak tahu dimana nak mula. Dimana tempat yang sesuai untuk aku tunjukkan penghargaanku itu.
 
Otak aku jem. Seakan terkena brain damage.  Salur-salur darah ke otak aku berhenti mengalir.  Hanya jantung aku sahaja yang masih berdegup kencang, risau si dia akan mula menunjukkan protes.  Protes terhadap tingkah laku aku yang mementingkan diri sendiri.  Atau mungkin protesnya kali ini membuatkan hidup aku lebih sengsara. Oh..jangan lah itu berlaku.  Tak sanggup aku hidup tanpa dirinya. Aku dah bersamanya lebih daripada 6 tahun.  Dialah buah hati aku yang pertama dan aku harap yang terakhir.

Baru semalam aku temuinya.  Temui bagaimana cara untuk menghargainya.  Tempatnya sangat esklusif.  Diharap si dia dapat memaafkan aku seadanya. Aku tak pasti adakah dia telah memaafkan aku.  Aku hanya mengharapkan yang terbaik  daripadanya.  Yang penting aku sudah tahu dimana lokasinya.  Lokasinya di Presint 14 (kawasan perindustrian).  Tempat dimana Wiraku dimandikan. Dicuci. Dimanjakan. Dikilatkan dan sebagainya. Sayu hati aku melihatkan satu-satunya buah hati aku di'gasak' oleh mereka-mereka yang bencikan kekotoran.
 
Lega. Upahnya pun murah. RM 10 sahaja tak macam di Alamanda yang cekik darah. Kepada korang yang baca, maafkan aku juga jika entri ini mengganggu gugat perasaan korang. #Maaf

p/s:  Jangan ingat manusia je ada hati dan perasaan, benda pun ada juga tau.  Kalau mereka yang duduk di Ampang merungut tiada air nak mandi, minum dsb. Kereta aku dah lebih 6 bulan tak mandi. Serabut tengok.

4 comments:

  1. punyalah beremosi beromentik awal2, last2 kereta rupanya. cit.

    ReplyDelete
  2. oh..murah eh situ.... boleh la suruh hasben ke situ nanti... kitorang pernah sekali basih di Alamanda juga sebab memang dah kotor sangat...tu yang pergi aje.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. baik pergi situ je. RM 10 murah je

      Delete