Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Setiap Kejayaan Perlukan Pengorbanan

Agak cliche tajuk entri di atas bukan?. Tapi berapa ramai yang mengerti makna pengorbanan itu sendiri.  Ada yang mengatakan bahawa mereka telah cukup berkorban demi sesebuah kejayaan.  Benarkah?  Aku malas nak komen tentang pekerjaan masing-masing atau taraf akademik yang pernah kita ada.  Aku just nak concentrate kepada eksperimentasi blog ini untuk kemajuan aku pada masa hadapan.

Kata orang tua-tua, bila kita sudah merasakan 'senang' dan 'tidak susah', kita mula akan complacent.  Makna complacent disini kita sudah semacam settle down daripada target-target yang sepatutnya kita lakukan.  Teringat aku discussion antara aku dengan bos aku dimana beliau pernah berkata; 'Always put yourself in a situation u r not comfortable with, then you will move to be a better person' Aku faham maksud yang hendak disampaikan tu sebenarnya.  

Memliki kerjaya yang baik dengan gaji yang 'selesa' membuatkan ramai dikalangan rakan-rakan aku settle down.  Sudah tidak hendak mencabar diri mencari peluang yang mungkin terhidang dalam situasi yang tidak selesa itu.  Aku tak mahu hidup sebegitu, ianya hanya membuatkan aku rasa lebih cepat tua dan lemah je aku rasa.  Aku try untuk jadi yang berbeza.  Try to be different.

Aku menyertai askar pun sebab aku tak mahu hidup dalam keadaan yang selesa.  Seorang pharmacist dengan skim kenaikan pangkat dan gaji time based membuatkan ramai yang akan complacent.  Ada sesetengah je yang berfikiran ingin lebih maju kehadapan dengan mengexposekan diri kepada peluang-peluang yang ada.  Ini adalah sebab kenapa aku berblog.  Aku dapat mengenali mereka yang lebih baik dari aku dalam apa-apa sahaja bidang termasuklah hartanah, perniagaan, kejuruteraan, perbankan dan sebagainya.  

So, aku challenge diri aku untuk memerhati blueprint setiap daripada mereka yang lebih baik dari aku ini dan try install it into my body computer.  Adakah aku akan produce kejayaan yang sama seperti mereka producekan?  Ini sahaja dah buat aku rasa trill dan ingin mencuba.  Aku harap aku berjaya kecapi sesuatu dengan berblog.  Semoga aku boleh menyampaikan perkara positif dan baik kepada yang pembaca.  Itu juga satu pahala. Tak ke gitu? Fikir-fikrikan dan mulalah menulis wahai sahabat.

9 comments:

  1. hai,
    moga tahun ini lebih banyak kejayaan yang kita kecapi. mudah-mudahan dan tq diatas perkongsian di atas.

    ReplyDelete
  2. setuju. setiap kejayaan, memang perlukan pengorbanan..

    ReplyDelete
  3. memang tengah complacent sangat ni..tu yang berharap dapat sambung tahun ni juge phd nya.. doakan ye :)

    Halif pharmacist kat kem mana? ke wangsa maju?

    ReplyDelete
  4. Setuju. Kadang2 bila kita selesa, kita hilang momentum..itu jugak yg hampir berlaku pada ambe...fuhh...

    Benar, utk berjya mmg perlukan pengorbanan..

    moga berjaya dalam setiap langkah yg diatur!

    #salam SBB2013

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha bro..rakan² blogger pasti menyokong anda..

    ReplyDelete
  6. Tanpa pengorbanan manakan dapat haisl yang hebat... kejayaan...

    ReplyDelete
  7. betul tu mana munkin senang senang nak dapat kejayaan kan

    ReplyDelete