Pages

agoda.com INT Lazada MY

Respons Terhadap Seminar Subsale Abang Ensem??

Setiap dari kita sudah semestinya telah memasang niat dan matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2013 ini. Sudah semestinya azam demi azam dibina supaya kehidupan kita semua ada hala tuju dan tidak membosankan.  Walaupun azam ataupun impian itu memenatkan, membebankan dan juga menyusahkan, kita tetap boleh tersenyum kerana itulah target kita pada tahun ini dan susah penat lelah itu adalah usaha kita ke arah tujuan tersebut.  Setuju?
Terima kasih AE
Azam aku pada tahun ini adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh especially dalam bidang hartanah ini.  At least, minda aku boleh lari dari tugas rutin harian yang 'biasa' pada diri aku.  Walaupun tugas aku mencabar, tetapi excitement yang aku cari sudah kurang kerana 'terbiasa' dan 'lali' dengan tugas rutin yang telah jadi habit aku.  So, untuk menambahkan ilmu aku yang cetek dalam bidang hartanah ini, aku telah menghadirkan diri ke seminar sembang subsale bersama Abang Ensem (AE) pada hari Sabtu lepas.  Korang nak tahu apa pendapat aku pasal seminar ini?  Teruskan membaca.
Sebenarnya aku telah lama mengikuti blog AE ini dari aku di Lumut lagi.  Tapi disebabkan tempat kerja aku yang jauh dari KL, maka setiap kali ada seminar anjuran beliau tidak dapat aku ikuti.  Kini tidak lagi selepas aku ditukarkan tempat kerja ke KL, memang peluang yang aku takkan lepaskan kali ini.  Aku pernah register untuk talk AE ini tetapi terpaksa aku batalkan sebab komitmen kerja di saat akhir.  Selepas 3 bulan berada di KL barulah aku boleh mengatur jadual semula dan berpeluang ke seminarnya yang ke 14 dan yang pertama pada tahun 2013.
Apa yang aku boleh huraikan tentang seminar AE ialah :-
1.  AE seorang yang amat bertentangan dengan 'perwatakannya' di Time Line Facebook dan blognya.  Seorang yang down to earth sampai kadangkala dalam hati aku berkata; 'What happen to this guy, takkan dah jadi macam ustaz pulak?' . Penerangannya yang teratur dan tersusun demi memastikan anak muridnya faham tentang apa yang dibincangkan.  Aku hampir tertidur tapi nasib baik awek disebelah dan belakang aku tolong cuitkan supaya bagi tumpuan.. hehe
2.  Ilmu yang diperturunkan adalah pengalaman beliau yang sememangnya berhak dibayar oleh sesiapa yang ingin mengetahuinya.  Belajar dari pengalaman seseorang lebih mudah daripada pembacaan sendirian.  Kebanyakkan ilmu yang dikongsikan oleh AE banyak yang sudah aku tahu melalui pembacaan diblog dan e-book2 hartanah yang ada.  Cuma dengan menghadirkan diri mendengar sendiri semacam double confirmation tentang apa yang korang faham dan sekaligus mendatangkan rasa confidence tentang ilmu yang kita ada.
3.  Tak ramai penceramah hartanah mempunyai slot bersama peguam.  Yang ini aku boleh katakan legend.  Mendengar sahaja talk yang disampaikan oleh Saudara Rosaidy selaku peguam dan kawan beliau di ITM dulu (betul ke nama dia ni, aku tak catit) membuatkan otak dan minda aku terbuka luas dan memahami cara kerja peguam bersama klausa-klausa yang penting yang perlu kita faham sebelum melaksanakan pelaburan hartanah.  Tidak semestinya selepas mendengar talk ini kena melabur, apa yang lebih penting adalah ilmu sebelum kita di kencing oleh insan-insan yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan individu itu sendiri.  Sesi bersama peguam ini memberikan aku first inside insight in advance sebabnya adik iparku kini masih dalam usaha chambering beliau.  Mungkin akan datang aku juga ada khidmat peguam dari kalangan ahli keluarga sendiri yang mungkin lebih mudah bagi aku nanti. 10/10 rating yang aku boleh bagi pada saudara peguam ini.

4.  Penganjuran yang superb.  Dengan yuran serendah RM 88, anda boleh mendapatkan ilmu dari pengalaman seorang yang telah lama bergelumang dalam arena ini dan juga santapan kudapan yang sangat sedap.  Tahniah pada pihak penganjur yang memilih lokasi yang menyediakan kemudahan yang baik dengan kudapan yang sedap.  2 thumbs up!!

5.  Penyertaan di talk sebegini membolehkan korang mengenali satu sama lain bukan sahaja sesama blogger malah makcik pakcik yang asing bagi korang.  Aku masih ingat lagi antara rule untuk memperoleh peluang adalah talk to stranger next to you.  Betul, kadangkala kita tidak tahu apa dan bagaimana orang yang baru anda kenal itu boleh membantu anda dalam apa sahaja masalah ataupun kerja.  Apa yang aku dapat adalah silaturrahim dengan saudara Khariri (seorang penderma hati, boleh baca kisahnya di blog Denaihati.com), akak Ayu dan Nadot (walaupun tak dapat sembang lama). So, takdela kawan-kawan aku dari ruang lingkup perkerjaan aku semata-mata. At least terbuka mata dan minda aku sedikit. Refresh!

6.  Talk ini disediakan nota.  Ini juga penting sebab ramai yang hadir terpukau dengan keensemen AE sampai tak sempat yang mencatit sebab kelu dan kaku menatap wajah AE yang bagi aku takdela pulak mcm AA.  Tapi manis tu tetap ada. Muhehehehehe...... ensemnya AE adalah point no. 1 aku tadi. That is serious...  So, dengan ada nya nota ini, boleh balik baca dan cuba ingatkan kembali nostalgia terpukau dan ternganga melihat AE tadi.  Kalo ada awek-awek yang agak extreme, korang boleh letakkan bedak J&J dan bayangkan nota itu adalah nota cinta dari AE. Muehehehhe... sure korang akan tersenyum tersengih macam kerang busuk tapi pandai dalam bab hartanah ini nanti.

7.   Sebabkan talk ini diadakan di Shah Alam, memang nostalgic bagi ex-UiTM seperti aku.  Lebih-lebih lagi Seksyen 7 tu tempat aku menyewa dulu.  Nasib aku tak jadi tenant AE, mahunya aku dihalau selepas 2 bulan miss duit sewa.  Miahahahaha...  Shah Alam pada aku always be my second homeTarget memang nak ada sebiji rumah di Shah Alam.  InsyaAllah.  Aku suka bandarnya yang matang dan membangun.  Masuk je bandar Shah Alam terus terbayangkan jalan-jalan yang pernah aku lalu dengan motor kapcai Yamaha Sport dengan minyak 2T yang menghasilkan asap tebal dari Seksyen 6 (Kolej Cendana) ke Seksyen 2 (Kampus Utama) sebelum dihalau keluar oleh pihak pengurusan UiTM sebab nak bagi peluang adik-adik baru duduk kolej.  Nostalgic.  Jiwang.

8.  Peluang bersalaman dengan blogger famous dan Otai Hartanah.  Ini applicable untuk lelaki sahaja.  Jgn lah korang awek-awek nak bersalaman pula.  Ustaz AE ini.  Habis je talk ditutup dengan Tasbih Kaffarah dan Sural Al Asr.  Takkan la korang tergamak nak batalkan air semayang AE tu. hehehe

9.  Tempat shopping dan makan yang pelbagai di sekitarnya... go and see for yourself.  Berbaloi.

10.  Respect for AE and co. Salute!


Aku kepingin nak bergambar dengan AE sebenarnya supaya aku boleh upkan gambar tu dalam entry ini tapi masa tak mengizinkan sebab wife sudah call suruh balik sebab nak pi collect ice cream cake daripada Heaven Premium Ice Cream Cake di Puchong  sebelum aku melawat awek-awek tenant aku di Bukit Jalil.  InsyaAllah next time mungkin boleh mengeteh dengan korang. 

p/s : Seriuosly AE takde masa nak layan semua 'peminat-peminat'nya.  Sebabkan tu, aku lebih banyak sembang dengan Saudara Khariri dan Kak Ayu. #terkilan (tiru style AE, ada hashtag)
p/s/s : In conclusion, tak rugi pergi seminar ini. Ayuh, gandakan ilmu hartanah anda semua.  Entri ini bukan advertorial dan tiada sebarang insentif daripada AE. Hanya pandangan ikhlas dari aku yang telah menyertainya.

9 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah.. ukhwah yang sedia ada sesama insan menjadi penyebab untuk kita bertemu pada hari Sabtu lepas..

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam saudara.. kisah anda memang menyentuh hati saya. Siapa sangka, kisah yang dulu saya baca dari surat khabar kini telah saya bersua muka. Syukur.

    ReplyDelete
  3. mudahan bro capai matlamat untuk tahun 2013.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. masih panjang perjalanan hidup ini. Masih berusaha untuk perbaiki diri dan keluarga

    ReplyDelete
  5. Tahniah. berjaya juga pergi seminar AE. Azam kita sama tahun ni. heheh

    ReplyDelete
  6. Yup, semoga kita berjaya mencapat target tahun ini

    ReplyDelete
  7. hahahaha...lawak gak..hehehe.. InsyaAllah jumpe lagi bile2 nanti!
    Good luck eh untuk capai target tahun ni.. kot boleh rembat lagi rumah 3-4 biji... insyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. ini yang teringin betul nak pergi tahun nih..

    ReplyDelete