Pages

agoda.com INT Lazada MY

Getaran PRU13 yang menyesak jiwa

Kebelakangan ini banyak perang psikologi di antara parti pemerintah dan juga pembangkang. Masing-masing cuba meraih sokongan hanya hendakkan undi yang maksima mungkin.  Masing-masing ingin manjadi pemerintah dan dapat melunaskan janji-janji pilihan raya.  Terdesak dengan paksaan dan tanggungjawab janji yang dibuat sendiri.  Komitmen penting yang perlu dibuktikan secara zahir.  Kehulu-kehilir mereka menabur janji dan taat setia.  Ketika ini rakyatlah berkuasa, rakyatlah penentu segalanya. 
Kelakar. Kedua-duanya kelakar.

Jujur aku dapat rasakan PRU ke 13 ini yang paling sengit dalam sejarah.  Ketua Pembangkang yang sangat berkaliber berdepan dengan Ketua Kerajaan yang sukses tetapi ada kelemahan tersendiri.  Rakyat sudah tidak peduli apa yang orang dalam katakan pada Ketua Pembangkang.  Sebab keliru dengan maklumat yang entah direka ataupun benar.  Rakyat terdesak untuk hidup bebas tanpa cengkaman kedua-dua pihak yang penuh dengan ketidakikhlasan.  Jika ikhlas untuk memimpin negara ini ada, rakyat tidak kira siapa pun yang memerintah.  Asalkan hormat menghormati sesama kita masih terpelihara.  Hormat menghormati maknanya, Orang Cina faham sensitiviti Orang Melayu, Orang Melayu faham masalah orang Cina dan India dan sebagainya.

Rakyat sudah jelak dengan perang psikologi umpama cubaan membersihkan pemikiran rakyat baik dari parti pembangkang dan juga kerajaan.  Rakyat hanya mahukan kesederhanaan, kemakmuran dan keamanan agar masing-masing dapat menjalankan aktiviti dengan selamat, dapat mempraktikan amalan agama dengan tenang dan dapat melihat anak-anak membesar dalam suasana yang baik.  Bukannya dalam suasana yang penuh dengan ketidaktentuan.  

Risau dengan masalah yang akan dihadapi anak-anak aku nanti.  Adakah mereka akan memberontak.  Aku perlu bendung.  Tapi untuk membendungnya, aku perlu sediaakan suasana yang positif sepanjang masa.  Tapi untuk sediakan suasana itu ada ongkosnya.  Adakah aku mampu?  Itu persoalannya.

Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus melarat.

Terkadang aku terfikir kemanakah wang-wang zakat yang dibayar?  Kenapa masih ramai anak melayu mohon sedekah di stesen-stesen minyak dengan berbekalkan wajah tidak bersalah, minyak wangi atau urut serta resit dengan alasan untuk pembinaan madrasah, masjid atau tahfiz.  Aku sangat terkesan dengan keadaan ini.  Aku marah dari dalam.  Marah sebab aku tak mampu betulkan keadaan.  Mampu untuk menjadikan semua orang Melayu menjadi rajin berusaha dan tidak hanya mengharapkan sedekah.  Bukan aku nak hina orang begini, cuma aku terdetik, jika mereka perlukan bantuan, tidakkah mereka tahu yang mereka antara golongan yang dengan wang zakat boleh bantu?  Adakah pengurusan wang zakat tidak memandang masalah ini?  Atau adakah ini hal terpencil? 

Sekarang wakil-wakil rakyat sedang berperang, cuak dengan sambutan sokongan yang bakal diterima.  Tapi selepas mandat diberikan, kemanakah insan-insan yang mengundi ini.  Tak pernah aku kenal wakil rakyat yang benar-benar membuat kerja amal dengan ikhlas.  Yang aku tahu adalah Tan Sri Lee Lam Thye.  Memang beliau disokong oleh konglomerat pemaju hartanah terkemuka, tapi usahanya sebelum itu yang buatkan aku kagum.  Dan yang paling utama, dia bukanlah politikus.  

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Rakyat bercakaran hanya ingin parti pilihan mendapat kuasa.  Mengapa tidak kita bersama-sama berjuang untuk kesejahteraan hidup bersama-sama.  Sistem politik kebanyakkannya penuh dengan muslihat.  Diberi sesuatu, hendakkan sesuatu.  Kedua-duanya pun sama.  Menyampah.  Mungkin politik itu tidak bersalah.  Tapi orang-orang yang menjunjungnya mencoraknya sehingga seakan-akan politik itu kotor.

Islam itu sebaik-baik guru kehidupan.

Apa Islam ajar ramai yang tak amalkannya.  Atau mungkin lena diulit bayangan kesenangan selepas menang nanti.  Asalkan menang.  Tak kira jalan yang macam mana.  Adakah benar semangat demokrasi yang cuba kita praktikkan ini? Tidakkah kita sedar istilah dan konsep ini direka oleh musuh kita.  Kita amalkannya jadi sebati dan anggap ianya penting lebih penting dari apa yang diajar oleh Islam.  Sebabkan politik,  sesama Islam bercakaran.  Sesama kita bermusuhan.  

Sedih betul.  Sedih sebab tiada pemimpin sejati yang muncul.  Nampak gaya kena tunggu Imam Mahdi jawabnya. Tapi bila masih tidak ketahuan.  Banyak sangat pancaroba yang merungsingkan jiwa.  Menyesakkan jiwa.  Menyakitkan hati.  Kita semua hamba yang Esa.  Berbaliklah kepada suruhan dan ajarannya. 

Aku bukannya alim.  Ini pendapat saja.  Untuk luahkan rasa sesak di jiwa.  Buat yang terkesima dan marah.  Maaf diucapkan.  Cumanya aku ingin kehidupan yang lebih 'hidup'. Salam sejahtera untuk semua.  Semoga kita dilimpahi rahmat dan keberkatannya.  Ku doakan supaya Allah memberi petunjuk kepada semua pemimpin-pemimpin beragama Islam agar paksi kompasnya meniti dijalan yang lurus dan penuh kebenaran.
 

7 comments:

  1. hmm, pangkah itu otak bukan ikut hati yang bengkak kot2 ada permintaan kita pada pihak tertentu yang tak diberi. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Itula, semua ni dunia yang sementara sahaja. Tapi jika setiap kerajaan yang diberi mandat dapat mentadbir negara tanpa prejudis, alangkah indahnya Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya jika kita bingung pihak mana yang nak kita pilih, kita kecilkan skop untuk kawasan undi tempat kita je. Antara dua atau tiga orang yang bertanding di tempat anda, mana yang layak menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. tp yg satu tu boleh menentu sgalanya

      Delete
  4. ingat lagu getaran jiwa tadi. dah tak dekat nak pilihanraya macam tulah, cuma kali ni boleh kata kenpen yg panjanglah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. semoga yg menang berjasa yg kalah berbudi bahasa

      Delete
  5. Politik will always be politik...sana kutuk sana,sini kutuk sini..Gajah sama gajah bergaduh, rakyat yang menjadi mangsa..for me, both parti politik lebih kurang sama je..kepentingan peribadi lebih diutamakan

    ReplyDelete