Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Keriangan & Kesedihan

Rasanya dah hampir 2 minggu kot blog ni tak di update.  Memang serius ada pelbagai dan bermacam-macam benda yang boleh ditulis.  Sebenarnya aku begitu teruja untuk buat entri pengalaman isteri bersalin di Hospital Putrajaya.  Bahagian Full Paying Patient, kiranya macam wing swasta dia.  Memang kelahiran anak perempuan aku yang baru menggembirakan aku.  Aina Maisarah namanya.  Tapi kegembiraan itu untuk seketika disebabkan selang 4 hari selepas kelahirannya, ayah aku telah pergi menghadap ilahi.  Al-fatihah.  Sekaligus membantutkan usaha aku untuk hadir ke SBB2013 yang dianjurkan oleh Denaihati di Hotel Singgahsana, PJ.  Mungkin ada hikmahnya.  Aku redha dan teruskan hidup seperti biasa.

Itulah, hidup ini ada sumpahannya.  Bila tiba masanya, kita tidak boleh lari dari ketentuan Allah.  Itulah yang menguji kepercayaan kita kepada rukun iman dan rukun Islam yang sedari kecik telah diajarkan.  Memang ujian yang datang kepadaku ini agak berat untuk aku tanggung tapi insyaAllah akan datang bantuan dari NYA jika DIA berkehendakkan.  Aku dan famili yang masih hidup ini hanya dapat meneruskan hidup dan sekiranya ada perasaan rindu dan sayang pada arwah ayah, hanya Al-Fatihah dan Bacaan Yassin yang dapat aku sedekahkan. 

Tak dapat aku bayangkan, ketika aku nak bergolot mendaftarkan kelahiran Aina Maisarah, aku  dikehendaki Allah untuk daftarkan kematian arwah ayah aku.  Ketika aku sedang 'bedung' Aina Maisarah,  ketika itulah aku mengkapankan arwah ayah.  Semuanya menjadi penyebab untuk aku menginsafi betapa kerdilnya aku disisi Allah.   Sesungguhnya aku tak punya apa-apa kuasa pun.  Yang aku ada adalah nikmat-nikmat tuhan yang masih belum ditariknya kembali.  Aku pasrah dengan apa yang terjadi.  Dalam hiba aku ada rasa syukur,  dalam riang aku ada rasa sepi.  Akhirnya, seperti tiada apa yang dapat aku rasakan.

Cumanya tugas aku semakin bertambah,  harta arwah yang ditinggalkan perlu diuruskan sebaik mungkin.  Ibu dan adik-adik aku perlu dikasih dan dijaga sampai terlepas dari tanggungan aku.  Rumah arwah yang dulunya ingin dijual di Bandar Baru Sg Buloh kini aku akan tadbir sebaik mungkin agar sewa daripadanya dapat aku tampung pelajaran adik perempuan aku di Mesir.  Semoga beliau berjaya mengejar cita-citanya bergelar doktor dari Universiti Al-Azhar.  Sedikit daripada sewa rumah itu, akan aku salurkan pada akaun ibu aku untuk kelangsungan hidupnya dan adik bongsu ku.

Untuk melihatkan rumah itu tidak terjual sudah melegakan hati aku sebenarnya.  Sebab rumah itulah aku mengenal erti kehidupan dan erti betapa ruginya menjadi budak nakal. Rumah yang meninggalkan seribu satu kenangan dan nostalgia.  Baru je tadi aku hubungi pengurus KFC yang menjadikan rumah itu sebagai tempat berteduh pekerja-pekerjanya.  Mujur kontrak yang telah ditandatangani pada 2 tahun lepas akan tamat bulan April ini.  Boleh lah aku naikkan kadar sewanya mengikut kadar semasa untuk perbelanjaan adik beradik aku yang lain.

Aku harapkan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang.  Jika Allah ingin menguji kesabaran aku, aku pasrah.  Mungkin akan ada hikmah yang besar selepas ini.  InsyaAllah.  Aku rasa memang ada.  Itulah kebiasaannya. Harapnya selepas ini tidak lah aku menyepi dari menaip bait-bait ayat di blog ini.  Aku dapat rasakan semua yang disusun dan ditakdirkan oleh Allah kepadaku.  Bila aku fikirkan setiap apa yang berlaku memang ada pengajarannya.  Itulah yang membuatkan aku berasa sangat bersyukur kerana mampu membantu adik beradik aku ketika saat genting seperti ini.  Diharapkan agar Allah sudi menghadiahkan pahalanya kepada aku supaya bila tiba masa aku dipanggilNYA, aku ditempatkan dikalangan golongan yang istimewa.  Dan memang itupun tujuan hidup kita didunia ini sebenarnya.  Betul?

7 comments:

  1. Alfatihah untuk ayah bro dan mudahan rohnya bersama2 orang yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat arwah ayah US..harap bro US lebih cekal dan tabah menhadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah..Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini..Amin.

    ReplyDelete
  3. al-Fatihah utk arwah ayah.. yg hidup teruskan beramal dan berusaha..

    in shaa Allah, setiap yg Allah takdirkan terjadi ada hikmahnya.. insaf baca entry ini

    ReplyDelete
  4. Sabar bro...besar dugaannya ni..
    Semoga arwah ditempatkan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  5. Patut lama tak update... intai juga blog ni kadang2... Semoga tabah ye dan semoga roh arwah ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman...

    Semoga dipermudahkan semuanya untuk Halif dan keluarga inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
  6. Alfatihah..semoga kuat dn tabah menempuhnya..

    ReplyDelete
  7. Thanks untuk semua yang mendoakan kesejahteraan roh arwah

    ReplyDelete