Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Melihat Dunia Dari Perspektif Yang Berbeza

Setiap insan yang dilahirkan didunia punya hak untuk bersuara.  Punya hak untuk mempunyai prinsip yang menjadi teras jatidiri dan personaliti.  Semakin kita menginjak ke usia senja, semakin kita menjadi matang dan lebih terbuka memikirkan masalah dunia dengan lebih berhemah.  Tetapi kebanyakkan daripada kita juga masih tidak menyedari bahawasanya kita boleh menjadi lebih matang dan bijak dengan lebih cepat dari yang disangkakan.

Bagaimana?  Pernah tak kita perasan orang-orang yang pernah hidup susah lebih bersifat 'kebal' dan tidak mudah senang mengaku kalah dan putus asa.  Mengapa?  Sebab kehidupan mengajar mereka agar tidak pernah mudah rasa malas dan complacent.  Jika tidak, mereka akan dilanda kesusahan dan kepayahan dengan lebih lama.  Bayangkan jika mereka ini tidak mempunyai semangat untuk meneruskan apa yang mereka impikan?  Mereka mungkin kekal dalam kondisi status mereka sedia kala.  Atas sebab ingin mengubah nasib diri atau keluarga, mereka 'terpaksa' menjadi 'luar biasa' supaya mendapat hidup yang biasa ataupun luar biasa.

'Luar Biasa' ini adalah menjadi lebih berdedikasi, lebih cekal, lebih bersemangat dan tidak mudah mengaku kalah.  Ianya adalah perkara yang luar biasa bagi orang-orang biasa seperti aku dan kamu.  'Terpaksa' pula adalah apabila mereka seakan tiada alternatif lain untuk mengubah nasib dan terpaksa menjadi orang yang lebih dari segala segi aspek.  Aku respek orang-orang seperti ini.  Tabik hormat pada mereka yang tidak tewas dengan arus dunia fana yang hanyalah sementara dan tidak punya erti jika tidak dituai dengan amalan urusan akhirat.  Ada yang berubah menjadi 'orang lain' apabila sesuatu perkara berlaku.  Seperti contoh kehilangan insan tersayang dan sebagainya.

Aku merasai fasa itu kini.  Memang berat tanggungjawab yang 'terpaksa' dipikul.  'Terpaksa' menjadi 'luar biasa' untuk sementara waktu.  Masih mencari rentak bagaimana untuk sync kesemua yang dibawah kawalan aku.  Apa yang lebih penting adalah, bagaimana aku gunakan 'peluang' ini untuk menambahkan pahala dari 'amal ibadah' yang dihadiahkan tuhan kepada aku.  Bila kita kehilangan sesuatu seperti seorang bapa dan menjadi satu-satunya anak lelaki yang ada dalam keluarga, anda akan mula melihat dunia dari perspektif yang berbeza walaupun aku agak 'lain' daripada kawan-kawan aku dari segi cara berfikir.  Bukannya apa, memang itulah doktrin yang telah meresap dalam fikiran aku daripada pengalaman hidup aku yang sebelum ini.

Aku doakan semua pembaca mendapat manfaat dan kebaikan daripada amal ibadah yang kita lakukan.  Terima kasih

No comments:

Post a Comment