Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Professional Yang Di Salah Ertikan

Bagi sesetengah antara kita, perkataan professional adalah khusus diberikan kepada mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi.  Seolah-olah hanya eksklusif pada mereka yang bergelar doktor, peguam, eksekutif, akauntan dan pegawai-pegawai kerajaan.  Atau mungkin aku seorang yang berperasaan macam tu kot.  

Diluar negara orang 'biasa-biasa' pun menganggap diri mereka profesional walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi asalkan mereka melaksanakan tugas yang diberikan dengan ikhlas dan amanah.  Lihat sahaja pemain bola sepak, mereka menganggap diri mereka professional.  Jika ada satu kelab lain yang inginkan khidmat mereka sedangkan mereka masih ada kontrak dengan kelab semasa, mereka masih memberikan persembahan yang tidak kurang kualitinya walaupun mereka ingin ke kelab yang satu lagi.

Di London misalnya, pencuci bilik air ataupun bilik tidur memberikan khidmat sama sahaja seperti penjawat yang sama di Malaysia.  Cumanya, orang Malaysia segan menganggap diri mereka professional hanya kerana tiadanya kelulusan dan masih menganggap diri mereka tidak setaraf dengan mereka yang cerdik pandai.  Di dunia yang sementara ini sahaja orang membeza-bezakan manusia mengikut taraf-taraf.  

Taraf kedudukan, taraf kesihatan, taraf kekayaan dan taraf akademik. Mengapa?  Sedangkan dalam Islam tidak pula dikatakan yang kaya itu lagi mulia, yang pandai itu lagi mulia atau yang professional lagi terbaik.  Apa yang diajar dalam Islam hanyalah, mulianya seseorang itu disisi Allah adalah mereka-mereka yang bertakwa.  Tetapi secara logiknya, untuk menjadi mulia disisi Allah perlulah berdisiplin, kaya, pandai dan professional yang mana kesemuanya diniatkan kepada keredhaan Allah.  Pandai kita tidak akan lama jika tidak menjada hubungan dengan Allah. Dan begitulah seterusnya.

Jadi, janganlah gerun gelarkan diri anda professional dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Baik anda seorang penulis mahupun bekerja kerajaan. Kerana perkataan professional itu bukan hanya khusus untuk golongan tertentu. 

2 comments:

  1. btl2...

    mentaliti rakyat malaysia dah di dedahkan dengan keadaan yang mcm tu semenjak dari dulu. tak boleh nak ubah. sebati. kalau la boleh di ubah mentaliti tu, rasanya akan lebih toleransi.

    kdg2 kat shopping kompleks tu, org tengah cuci or sapu, org yg berjalan boleh wat derkkk je. tak da rasa hormat langsung. sedangkan org tu sdg jalankan kerja dia dgn tungkus lumus... silap ari bln org yg menyapu tu yg berhenti menyapu sbb bg laluan pada org yg berjalan. diorang lebih profesional dari org yg berjalan tu. ada rasa hormat kat situ....

    ReplyDelete
  2. itula..mentaliti kita dah di setting mcm tu dari dulu lagi

    ReplyDelete