Pages

agoda.com INT Lazada MY

2 Kali Kena Saman - Padan Muka Aku

Ceritanya macam ini, 2 hari lepas aku dan adik ipar merewang ke Plaza Low Yat dengan tujuan mencuci mata dengan gadget-gadget dekat situ.  Matlamat aku adalah untuk beli webcam wireless untuk surveillance pembantu rumah aku. Taknak la apa yang berlaku kat baby di Johor baru-baru ini berlaku kat aku pulak.  A big NO to that.
 
Lepas dapat apa yang dihajati, maka plan kedua adalah mengenyangkan perut yang memang dah lapar sebab belum dinner.  Sebabkan ini adalah kali sekala punya outing ngan adik ipar aku, aku offer nak belanja makan la. Off course la kan. So tempat yang dituju adalah Restoran Pelita Sebelah KLCC.  Pergh..ramai gila orang beratur nak makan nasik kandar walaupun jam dah tunjuk pukul 10.  Siap dia goreng lagi ayam untuk top up ayam yang dah semakin berkurangan.  Kari kepala ikan pun masih ada lagi!!!!! Arghhh...tidak..... sungguh laku dan superb la.
 
Sampaila turn aku pilih lauk dan nasi.  Macam biasa aku suka just a plain nasi putih ditambah dengan kuah campur bersama telur masin, sayur dan ayam goreng.  What?? biasa-biasa je menu aku? Ok, untuk menambah nilai outing aku dengan adik ipar aku, kitorang pun order la sotong goreng sebesar piring kuah kedai mamak.  Gila, memang puas kunyah, kenyal tu. Kenyang tak ingat. Harga nya RM 35 seekor, amik ko....
 
Selesai menikmati makan malam tu, ape lagi balik la pulak, sampai-sampai je kat kereta, ada surat saman. What? Bukan aku dah bayar ke tadi - getus hati aku. Hampeh betul ulat-ulat parking kat sini. Ingatkan dah bayar legalize la. Hampeh tul.  So kena la hati-hati lain kali.  Diorang ni mengambil kesempatan terhadap kesibukan orang yang berpusu-pusu nak masuk makan kat kedai mamak tu. Ceh!  Ini dah kali kedua aku kena paw la kiranya.  Yang dulu dekat Petronas Danau Kota.
 
Nasib badan.
 
Saman kedua waktu aku pi Jabatan Pedaftaran Negara di Putrajaya.  Selamba je aku parking kat baris kuning.  Lepas je amik my kid anak aku tu, baru perasan ada penguatkuasa sedang menulis sesuatu.  Sah, memang kena saman lagi.  Ahaks.  Nasib-nasib.  Tapi memang aku akui salah aku la.
 
Aku tegur pakcik yang sedang menulis tu.  Aku sapa dia, lantas pakcik tu terus gelabah seraya berkata ' Ni anak punya kereta ker?, Sori pakcik dah tertulis'.  Aku jawab semula, 'Takpe pakcik, salah saya.  Lg pun pakcik dah tulis. Tak mengapa, saya akan bayar.  Bayar di Perbandaran Putrajaya kan?'  aku senyum sebab ada lagi insan yang ada sifat konsiderasi.  Aku takmau double standard berlaku.  Walaupun aku pakai uniform, tak bermakna aku terlepas dengan saman atau undang-undang.  Tak perlulah nak ego di sini.
 
So, minggu ni dah ada 2 saman aku.  Dah sekotak kut saman aku. Hahahaha....

2 comments:

  1. dah kena saman kena bayar lah nampaknya

    ReplyDelete
  2. Nampaknya macam tu la eiela.. hehe

    ReplyDelete