Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Debaran Penantian Bakal Berakhir

Baru kejap tadi telefon Pusat Pengajian Siswazah UKM bertanyakan bila tawaran kemasukan ke pengajian peringkat Sarjana akan dibuka. Dah tak sabar rasanya nak belajar semula setelah berkerja hampir 7 tahun.  Nak fikirkan benda yang lain dari rutin kerja harian semasa.  Nak ada masa untuk diri sendiri lebih dari yang telah ada sekarang.  Ada kawan bertanya, 'Kenapa hendak sambung belajar?' Aku dengan selambanye jawabla.  Nabi pun pesan, 'Belajar la sehingga ke liang lahad'.  Sahabat bertanya lagi,  'Jika begitu belajarlah ilmu yang boleh memberi kekayaan kepada diri'.  Aku pun jawab, 'Kekayaan ini adalah sesuatu yang subjektif, penilaian terhadap kekayaan seseorang itu boleh dinilai melalui 2 perkara iaitu dari aspek fizikal dan aspek rohani'.
Harapnya diterima masuklah
 
Jika kaya dinilai dengan wang ringgit dan harta benda, memangla aku bukan tergolong dari golongan itu.  Cuma hidup aku sekarang ini tidaklah susah dan tidaklah senang.  Sederhana adalah perkataan yang paling tepat untuk terangkan status sosioekonomi aku.  Memang betul bila difikirkan semula, buat apa aku hendak belajar benda yang tak boleh kekayaan kepada aku. Tapi jika difikirkan semula, adakah aku tahu yang ilmu yang disangkakan tidak memberi kekayaan itu memang tak boleh berikan aku 'kekayaan'? Aku sendiripun tak pasti dan tahu.  Untuk menilai semuanya terletak pada matlamat dan tujuan hidup seseorang.  Asalkan aku gembira sudahlah.  Abaikan sahaja apa orang lain nak kata.  Hanya kita yang tahu kesusahan, masalah dan kekuatan diri kita sendiri.  Betul?
 
Oleh itu, 7 April 2013 adalah tarikh penantian aku bakal berakhir.  Tarikh dimana aku akan apply kemasukan pengajian ke peringkat Sarjana Farmasi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Status biasiswa Alhamdulillah tiada masalah.  Cuma nak surat tawaran daripada pihak univerisiti sahaja.  Insya Allah.

4 comments: