Pages

agoda.com INT Lazada MY

Resah Menanti......

http://shamhardy.com/wp-content/uploads/2011/01/Untitled-12.jpg
Setiap Masalah Akan Ada Kuncinya. Fikir & Cari



Aduh.  Bilala agaknya penantian ini bakal berakhir.  Seksanya rasa menanti benda yang tidak kunjung tiba.  Fikiran asyik memikirkan benda ini.  Benda yang amat penting dalam diri aku ini.  Penting kerana inilah perjalanan yang aku pilih.  Memantapkan ilmu yang telah ada, dan cuba menggunakannya demi kebaikan bersama. Cepat-cepatlah hadir.  Tidak boleh bersabar dah rasanya.  Banyak benda lagi yang aku kena rancang lagi.  Jiwa aku terasa 'tidak bebas' dan 'lepas'.  
2 benda yang aku sedang tunggu sekarang ini.  Satunya adalah menunggu keputusan rayuan untuk mengerjakan haji menemai ibu dan adik aku pada tahun ini.  Ini adalah satu benda yang amat besar dalam hidup aku.  Perlu aku tahu adakah aku layak atau hanya layak pada tahun 2058.  Sekarang ini, walaupun duit simpanan tabung haji sudah cukup, belum tentu dapat pergi mengikut tahun yang kita inginkan. Itu memang pasti.  Bayangkan barisan mereka yang sudah mendaftar dan menunggu hampir 20 tahun untuk merasa dan melengkapkan salah satu rukun islam yang ada 5 kesemuanya itu.  Erm.. jom imbas apa rukun Islam yang patut kita tahu:

1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
2. Sembahyang 5 waktu sehari semalam.
3. Berpuasa Di Bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan Zakat.
5. Mengerjakan Haji jika berkemampuan.

Rasanya lama sudah tidak mengingatkan diri ini tentang rukun-rukun dalam agama islam ini.  Bila ingat, baru rasa diri kembali ke landasan perjalanan hidup yang betul.  Macam checklist la kiranya.  Tick saja pada mana yang telah buat dan tidak. Satu lagi rukun yang penting adalah rukun Iman yang ada 6 kesemuanya. Kan? Inilah dia intipati rukun Iman yang jika kita lakukan dan kawal dapat mengukuhkan tahap keimanan kita yang memang sentiasa ada pasang surutnya. 

1. Percaya kepada Allah s.w.t.
2. Percaya kepada Malaikat.
3. Percaya kepada Nabi dan rasul.
4. Percaya kepada Kitab Al-Quran dan kitab-kitab wahyu.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada & Qadar.

Rukun Iman ini pada aku untuk memastikan kita punyai rasa kepercayaan yang teguh hatta kebanyakkannya merupakan hal-hal ghaib.  Jika kita ada iman, ada lintasan yakin dan percaya, maka perlakuan kita akan dipimpin ke arah akhlak Islam.

Itulah dia Qada dan Qadar nya aku ketika ini.  

Penantian kedua adalah aku sedang menanti Universiti Kebangsaan Malaysia membuka tawaran pengajian peringkat Sarjana untuk bidang Klinikal Farmasi.  Tunggu punya tunggu masih belum ada di website Pusat Pengajian Siswazah nya.  Walaupun katanya hujung bulan ini atau awal bulan April.  Aku tetap resah sebabnya aku nak setelkan cepat-cepat perkara yang pada aku akan menghantui aku sampai perkara tersebut selesai. Hmmm... hanya mampu berdoa jela.

Doakan aku ye rakan-rakan.  Jika kedua-dua penantian aku ini berakhir seperti yang diinginkan, perlu aku uruskan penangguhan memulakan pengajian untuk mengutamakan ibadah haji itu tadi. 

Ah..banyaknya benda yang hendak difikirkan.  Solat dulu lah.. Jom!

No comments:

Post a Comment