Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Tips Nak Selesaikan Masalah Pembantu Rumah Warga Asing

Aku pernah tulis entri Panduan Memohon Journey Performed Visa untuk Pembantu Rumah Asing untuk maklumat dan tindakan para pembaca yang inginkan seorang pembantu rumah dalam membantu menguruskan rumah tangga pembaca semua.  Untuk makluman, pembantu rumah yang baru aku pohonkan permitnya itu didapati tidak serasi dan tidak berkeupayaan hendak menjalankan tugas-tugasnya seperti mana kehendak majikan (aku dan famili la tu).

Masalahnya ialah:

a.  Dia rupanya seorang yang buta huruf.  Tak boleh membaca dan menulis.  Manakan hendak mengarahkannya melakukan tugas-tugas rumah pada masa yang ditetapkan.  Tengok jam pun tak tahu dan terkebil-kebil.

b.  Attitudenya yang tidak ngam dengan keluarga mertua dan maybe mak aku juga.

c.  Dia ada masalah peribadi iaitu telah hamil 4 bulan sesampai sahaja ke rumah aku.  Itupun setelah diselidiki kenapa dia ada tabiat makan yang agak berselera dari aku.  Ok, aku taknak salahkan dia.  Mungkin dia terlanjur dengan kenalannya atau dengan bekas suaminya.  Komplikated sangat.

Ok, ini masalahnya.  Aku akan selesaikannya sebaik mungkin. Caranya ialah:

a.  Pergi semula ke kaunter di mana aku menghantar permohonan permit di Jabatan Imigresen Putrajaya dan hasilnya adalah aku kena ke Tingkat 4 di cawangan penguatkuasaan disebabkan tempoh visa maid aku tu pun dah expired.

b. Sampai di tingkat 4, anda kena beratur di kaunter pertanyaan untuk semakan borang permohonan yang telah anda batalkan di tingkat 2 tadi (Bahagian Permohonan). Perlu diingatkan bahawa anda kena bawa bersama maid anda untuk tujuan finger print/scan untuk mengesahkan bahawa maid anda akan dihantar/keluar dari negara Malaysia.  Jika anda tidak bawa, makanya anda kena balik semula dengan hati yang kecewa sebab masa disia-siakan begitu sahaja.

c. Jika borang-borang anda lengkap (Ic majikan, salinan pasport dan tiket pulang maid anda), anda akan diberi nombor dan tunggulah anda dipanggil di kaunter 3 atau 4 iaitu kaunter semakan.

d.  Selepas penyerahan dokumen di para C tadi, anda dikehendaki membayar kompaun berjumlah RM 100 kerana membatalkan permohonan permit anda. Ini mestilah diuruskan oleh majikan.  Sekiranya bukan, maid anda akan dikenakan denda sebanyak RM 400.00.

e.  Selepas bayar, kena tunggu lagi dan apabila nama dipanggil, anda akan diberikan sesalinan memo/notis pengusiran dan special pass dalam tempoh 7 hari.  Ini bermakna maid anda tadi kena tinggalkan negara ini tidak lewat daripada hari ketujuh tadi.  So, macam aku. Aku belikan tiket feri yang open date.  At least dia ada la masa nak shopping ke kat Malaysia ini untuk souvenir famili di kampung.  

Selesai.  Ini adalah urusan batal permohonan permit yang bekas majikan uruskan.
Kaunter tingkat 1 untuk pendatang yang nak balik dan dikenakan denda RM 400

Untuk kes warga negara asing yang menduduki Malaysia melebihi tempoh dalam visa.  Anda kena ambil no temujanji di kaunter tingkat 1 yang akan berikan anda nombor angka giliran dan tarikh temujanji.  Temujanji ini perlu anda hadir dan bawa bersama tiket pulang maid anda dan bayar kompaun RM 400.00.  Denda ini dikenakan kepada pendatang yang terlalu komlikated masalahnya dan ingin pulang ke negara asal secepat mungkin tanpa perlu takut rush atau tindakan penguatkuasaan.  Tarikh temujanji biasanya pada tempoh 3 minggu kehadapan.  

Oleh yang demikian, sekiranya maid anda ditangkap, anda hanya tunjukkan tarikh temujanji pada dokumen yang telah dicop rasmi oleh Jabatan Imigresen sebagai bukti yang maid anda ada intention meninggalkan Malaysia.

Kes ini adalah lebih relevan pada pendatang asing itu sendiri yang ingin pulang dengan cara yang lebih 'bersih'.

Diharapkan info ini membantu.

Untuk aku, kena ajar semula maid yang telah digantikan oleh agen aku.  Hopefully yang ini ok.  Sebab purposely aku cakap kat agen, aku nak maid yang sembahyang.  Jaga sembahyang, insyaAllah yang lain akan terpelihara.

21 comments:

  1. Bro..one of my previous maid buta huruf..tapi kira duit n tgk jam pandailah pulak..tapi aku ambik juga sbb kerja tip top n suka budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. pengambilan maid ni memang tgk nasib. ada kala dapat yg serasi dan adakala tidak

      Delete
  2. terima kasih berkongsi tips...

    ReplyDelete
  3. maid dekat rumah pun buta huruf. kalau dia dapat sms, ktorg yg bacakan. hahaha comel betul. tapi kerja dia bagus n lincah.

    ReplyDelete
  4. kalau maid dah balik indonesia dan baru saya nak batalkan permit? apa perlu say buat?

    ReplyDelete
  5. Pergi aja imegresen n declare je maid lari. byr denda n rekod kat imigresen nnt diorg pdm

    ReplyDelete
  6. macam-macam kerenah maid ni kan..bersyukurlah kalau dapat yang baik

    ReplyDelete
  7. Salam, saya nak tanya bagi Journey Performed Visa berapakan jumlah kompaun akan dikenakan dan apakan soalan-soalan yang bakal ditanya apabila membawa maid ke Imigresen. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salaam... Nak tanya... Permit maid saya dah tamat 5 Feb 2015... Baru sedar hari ni... Ingatkan bulan April baru tamat... Camna nak buat...? Terus gi Immigresen Putrajaya nak kena bawak maid ker...? Kena kompaun kan..? Pls help....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena kompaun. Last saya tanya diorg kata kalau nak renew kene at least 3 bulan dr tarikh tamat permit. Mcm saya dulu kene kompaun. Tp itu waktu majikan boleh berurusan sendiri dgn imigresen. Skrg ni kene lalu agen

      Delete
  9. Salam... kalau maid tu dah balik melalui 'special pass' ni .. dia boleh masuk Malaysia balik ke?

    ReplyDelete
  10. salam nak tanya..klu maid saya masuk guna passport and tak de permit, dah dua tahun kat malaysia, nak hantar balik kena kompaun ke kat imigresen? lebih kurang berapa ye ? terpaksa ambik maid tanpa permit sebab situasi mendesak dan kekurangan simpanan utk dapat maid yg mahal - mahal tu? harap dpt penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kes saya jg ni. Kalau nak buat permit, kompaun kesalahan saya kene RM 5K plus maid RM 2K. Sebab overstay. Tp boleh buat rayuan. Terpulang kepada peg imigresen bagi 50% or 70%

      Delete
  11. Salam puan...sy nak tanya
    Sy dah tanya imigresen kalau nak buat permit kna melalui agen...bahagian apa sahaja yg agen urus n bahagian mana yg boleh kita uruskan sendiri..contohnya fomema

    ReplyDelete
  12. Boleh recommend kan agent yang boleh legalise maid, baru masuk few wks ago

    ReplyDelete