Pages

agoda.com INT Lazada MY

Adakah anda perlu jemput, iring atau tunggu bakal PRA?

Ini adalah contoh salah satu soalan yang sering ditanya oleh pembaca entri Panduan Cara Memohon Journey Performed Visa yang lalu dimana adakah perlu kita sebagai bakal majikan menjemput, mengiringi atau hanya menunggu bakal pembantu rumah asing (PRA) di lapangan terbang ataupun pintu pelabuhan (port) kemasukan utama ke Malaysia seperti Pelabuhan Klang.
Aku kongsikan soalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca entri tersebut.  Jawapannya aku kongsikan untuk panduan pembaca yang budiman.  Selepas ini didoakan agar urusan kalian untuk mendaftarkan PRA anda berjalan lancar mengikut saluran yang ditetapkan.

Sebabkan Pn. Fazliana di atas tidak mempunyai pengalaman, maka beliau khuatir tentang prosedur yang sepatutnya dilakukan.

Jawapan:

1.  Sekiranya beliau sudah mempunyai calon yang diyakini ikhlas dan tidak mempunyai niat menipu sementelah Puan Fazliana pulang ke Malaysia selepas berakhirnya urusan di Bandung seperti shopping, holiday with family atau tugas out station yang membolehkan beliau terjumpa dengan seseorang yang ingin bekerja dengan beliau, maka tidak perlulah beliau pulang semula ke Bandung semata-mata ingin mengiringi bakal PRA tersebut.  Tetapi, kebanyakkan kes yang dikongsikan oleh pihak imigresen adalah kes penipuan yang berlaku terhadap bakal majikan warga Malaysia yang telah memberikan sejumlah wang untuk bakal PRA tersebut untuk menguruskan pembuatan passport dan visa yang akhirnya senyap sepi bersama wang tersebut selepas bakal majikan pulang ke Malaysia.  Sejujurnya, kita perlu ada rasa was-was terhadap urusan pengambilan PRA ini agar tiada kes penipuan yang terjadi terhadap kita.  Seperti contoh pengalaman aku yang telah aku kongsikan di entri Tips Nak Selesaikan Masalah Pembantu Rumah Warga Asing.

2.  Bukan senang untuk mempercayai seseorang.  Nampak seperti mudahkan, kita pergi ke Indonesia, jalan-jalan terjumpa seseorang yang ingin bekerja dengan kita, dan kita terpanggil untuk jadikan dia pembantu kita.  Disuruhnya kita berikan wang untuk sediakan passport dan memberitahu kita suruh tunggu sahaja di Malaysia.  Aku agak skeptikal juga, lebih-lebih lagi kita tak tahu hati budi orang tersebut betul-betul.  Melainkan bakal PRA itu memang sudah kita kenali bertahun-tahun lamanya.

3.  Senario sekarang adalah ramai pekerja warga Indonesia masuk ke Malaysia sebagai pelancong.  Bukan hanya Indonesia malah China, Vietnam, Sri Lanka, Myanmar and the list go on and on.  Mereka awal-awal lagi sudah faham yang permit bekerja boleh dibuat sekiranya sudah mempunyai contact dengan bakal majikan di Malaysia dan boleh dibuat dalam tempoh visa sebagai pelancong yang kebiasaannya dalam tempoh 30 hari.

4.  So, untuk Pn Fazliana. Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Jazzakallahu khair. Amin

2 comments:

  1. terima kasih perkongsian ni bro. bukan dapat bantu Pn Fazliana saja, ramai lagi rasanya.

    ReplyDelete