Pages

agoda.com INT Lazada MY

Halal Tourism - Menarik sekali

Minggu lepas jika ada siapa perasan, telah diadakan minggu halal ataupun Halal Week yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Memang meriah dengan para peserta, pelabur dan juga pengunjung.
 
Aku telah diberi peluang untuk menjadi delegasi minggu halal anjuran dan tajaan bersama salah sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia yang merupakan syarikat pertama di Malaysia berstatus patuh syariah, CCM Pharmaceutical Sdn Bhd.  Korang pernah guna Eye Mo kan? itu salah satu produknya selain yang popular seperti Flavettes, Natberry, Champs dll. Sebenarnya isu halal dalam industri farmaseutikal di Malaysia ini masih cetek dan belum meluas.  Ini disebabkan terdapat beberapa regulasi yang tidak friendly terhadap konsep halal dalam industri ini.  Kami memang bekerja keras untuk pastikan muslim di Malaysia mendapat jaminan halal terhadap ubat yang mereka ambil.  Fardu Kifayah.
 
Biarkan cerita itu disitu, mari dengar cerita berkenaan halal tourism.
 
Kenapa Halal Tourism? Sebabnya aku terpikat dengan cara presentasi dan penerangan yang disampaikan oleh Chief Comercial Officer (CCO) FireFly iaitu En. Azman kalau aku tak silap.  Dikongsikan bahawa industri pelancongan yang melibatkan masyarakat muslim bernilai RM 1 billion setahun.  Sebab utama adalah, ramai masyarakat Islam adalah seorang traveller.  Kenapa? Lihat saja saban tahun akan ada yang kerjakan umrah dan haji. Ini tak termasuk yang melancong ke negara-negara Islam.
 
Disinilah timbulnya Halal Tourism.  Jika ada agen pelancongan yang dapat buat satu pakej pelancongan muslim atau halal, maka portion daripada 1 billion itu adalah untuk mereka.  Dikatakan agen pelancongan berbangsa Cina hampir semuanya menawarkan pakej islamik tersebut.  Mereka bukan sahaja memastikan para peloncong muslim ini ada kemudahan untuk melakukan solat malah memastikan makanan yang dimakan ketika melancong juga halal.
 
Disinilah tarikannya, tidaklah perlu menyusahkan para pelancong bertanya atau membawa bekal sendiri.  Dan dengan maklumat-maklumat yang sebegini, tidak mustahil ramai muslim akan tertawan dengan tawaran yang ditawarkan.  En. Azman juga ada kongsikan Hotel De Palma adalah hotel yang patuh syariah. Bermakna hotel yang tidak menghidangkan arak dan babi serta masa mandi di pool juga berbeza dan diasingkan jantina.  That's great rite?
 
N for my surprise, baru aku tahu yang FireFly juga the only airline yang patuh syariah. Tiada langsung serving beer dan juga pork.  Mereka ini memastikan semuanya teratur sedari dari vendor dan caterer yang terlibat.
 
Selepas terlibat mendengar persembahan dari para penceramah. Industri halal ini memang benar-benar boleh berkembang sekiranya anda pandai untuk menggunakannya.

2 comments:

  1. tahniah bri jadi delegasi minggu halal ni. semoga akan datang makin bertambah, sebolehnya semua ubatan kat m'sia berstatus halal.

    ReplyDelete