Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Hutang Baik Hutang Jahat

Baru lepas buat semakan akaun maybank secara online tadi. Seronok tengok statement transaksi maybank aku yang sangatla aktif dengan aktiviti keluar masuk duit, hutang tutup hutang dan invest secara kecil-kecilan.  Lega sikit bila dapat tgk yang hutang ansuran bayar laptop dan peti sejuk baru tinggal lagi sebulan.  Ni kaedah beli barang cara hutang, swipe kredit kad dengan 0% installment.  Kira okla tu. Lepas ni boleh beli barang lain cara ni pulak. hehe.

Ada tolakan investment untuk anak-anak juga.  HLA Income Builder untuk mereka gunakan nanti bila sudah dewasa or sekiranya tidak dapat biasiswa atau pinjaman pelajaran.  Yang ni aku kena bayar secara berterusan selama 6 tahun.  Tak mengapala, janji masa depan anak-anak ada jaminan sedikit.  Lagipun boleh tolak cukai juga ni.  

Itulah, ada yang kata kredit kad ini tak baik, ada yang kata baik.  Personally pada aku memang baik jika kita pandai kontrol.  Selalu aku guna untuk collect point.  Dah banyak barang aku beli tak payah bayar hanya dengan tebus point tersebut.  Antaranya aircond dan vaccum cleaner.  Yang bestnye jika beli di SengHeng.  Jika barang rosak, korang boleh tukar one to one basis.  Janji waktu korang beli tu korang beli juga waranti sekali.  Barang elektronik aku beli waranti at least 3 tahun.  Air cond Samsung yang aku beli tu waranti 5 tahun sebab katanya tahan lasak dan energy saver. So, aku panjangkan waranti tu.  Bila aku nak sewakan rumah ni bolehla aku gunakan waranti tu jika aircond tu rosak.

Memang ke arah nak melabur dalam hartanah.  Cuma belum sampai masanya.  Ada urusan yang lebih penting perlu diuruskan.  InsyaAllah

2 comments:

  1. bagus, bijak dah simpan untuk anak2 bila diorang dah besar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula..nak kena beringat jgk. sekrg ni tak menentu.

      Delete