Pages

agoda.com INT Lazada MY

Manifesto yang perlu dimanifestasikan

Manifesto ini bermaksud satu deklarasi, penyataan arah atau janji yang kebiasaannya kita akan jumpa semasa pilihanraya.  Jika anda seorang tentera, perkataan ini adalah kebiasaan saja.  Tiada apa-apa yang istimewa.  Sejujurnya, sewaktu PRU 13 yang bakal menjelma ini, dua parti terbesar (gabungan parti-parti komponen) iaitu BN dan PR telah mengeluarkan manifesto untuk meyakinkan rakyat bahasa mereka yang layak disokong oleh rakyat.
Kredit : Yakinmalaysia.my
Sudah baca manifesto kedua-duanya.  Risau rasa di hati.  Melihatkan janji-janji yang tinggi melangit.  Khuatir janji tersebut tidak ditepati.  Tapi daripada logik memang setiap janji itu dapat dipenuhi dengan syarat ketelusan sentiasa dijunjung oleh pemerintah, kakitangan dan golongan perlaksana.  Pada aku, agak menarik dan munasabah manifesto BN dan PR.   Masing-masing ada isu yang ingin di'jual' untuk menarik penyokong.  Ada isu-isu yang sensitif dan ada yang lebih ke arah kemajuan negara.

Baguslah masing-masing ada kesedaran untuk mentadbir negara.  Memang ini juga suatu tuntutan dalam agama.  Jika tiada pentadbir, maka punah dan porak peranda negara terbabit. Ini satu realiti yang tidak boleh dibiar berlaku.  Undilah dengan waras dan pertimbangan yang sebaik-baiknya.  Jangan undi disebabkan emosi dan taksub kepada pemimpin.  Undi itu adalah rahsia.  Bukan bermaksud jika anda menyokong sebelah pihak yang tidak disokong oleh saya, maka anda adalah musuh saya.

Bukan begitu sepatutnya,  ini adalah sebahagian tuntutan amalan kehidupan di dunia.  Yang penting adalah kesan amalan untuk kesenangan di akhirat.  Maka tidak perlulah memaki sesama agama (sedih) dan bangsa (tambah sedih).  Sedangkan mereka yang 'lain' hanya melihat kita bertelagah sesama kita.  Untuk apa? Hanya untuk kedudukan di dunia.  Kembalilah ke jalan yang benar.  Insaf diri.

Bila masa undi, undi lah mengikut kefahaman dan pengharapan anda.  Tidak perlu menghasut bagai.  Undi itu biar anda sorang yang tahu.  Selepas itu, kita adalah bersaudara. bukan ker patutnya begitu?

p/s : Manifesto dalam Versus di TV9 lagi syok kut. :p Gurau
p/s/s : Manifesto itu perlu dimanifestasikan. 

5 comments:

  1. Nak buat menifesto saya tak kisah..janji apa yang disuarakan mesti lah kena tunjuk hasilnya..

    ReplyDelete
  2. sekarang bahang makin terasa. lagi2 buat yang baru nak mengundi kali pertama macam saya. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Berharap menisfesto dapat ditunaikan selepas mendapat mandat daripada rakyat.

    ReplyDelete