Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Skodeng dari dalam masjid - Milik Siapakah 'Gadis' Ini?

Rupanya yang menawan, rupanya yang memikat, sajak dengan lirik bait lagu gadis melayu nanyian Jamal Abdillah.  Ramai 'jejaka' yang tergila-gilakannya.  Aku letih dengan sikap sesetengah jejaka yang tak sabar-sabar nak memilikinya sepenuhnya.  Aku juga letih melihatkan 'kekasihnya' yang seolah-olah tidak berikan perhatian kepadanya.
 
Kau memang cantik.  Jika diberikan masa dan kesempatan.  Aku juga ingin memiliknya.  Tapi apakan daya, sudahlah tidak punya harta, bukan pula berstatus hartawan, manakan mungkin aku dapat memiliknya? Hanya mereka yang berpangkat dan berjawatan sahaja layak mencuri hatinya.  Pengaruh dan kekuasaan yang memisahkan aku dengan jejaka terpilih diluar sana.  Aku masih lagi memerhati dari jauh.
 
Sungguh cantik dan ayu 'gadis' ini.  Sungguh.
 
Ramai orang datang lantas memujimu.  Hatta mereka yang dari tanah asing terpaku melihatkanmu.  Kau sungguh jelita mungkin pada pandangan mereka. Susuk tubuhmu begitu anggun dan menggiurkan.  Itulah sebab mereka datang memujamu.  Wajahmu tak lekang dengan pancaran cahaya untuk pengabdian kenangan dalam hidup orang yang memerhatikanmu.
 
Didalamnya terdapat sejuta harapan dan impian.  Didalamnya juga terdapat belas dan ikhsan.  Didalamnya juga terdapat amanah yang maha berat untuk dipikul.  Sesiapa sahaja yang memilikinya haruslah memikul tanggungjawab dan amanah ini.  Jangankan seperti pepatah melayu berkata, ' Habis madu sepah dibuang'.

Nasihatku cuma satu.  Sesiapa sahaja yang berjaya memiliknya haruslah menjaganya sekali amanah-amanah yang wajib dilaksanakan dan dipikul.

6 Mei ini bakal penentu siapa pemilik 'gadis' ini.
Aku skodeng dari dalam Masjid Putra.huhu


4 comments: