Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang- Rumahku Syurgaku

Dah macam rumah lelong aku tengok
Semalam sempat juga aku melawat rumah peninggalan arwah ayah yang ada di Sungai Buloh.  Rumah teres 2 tingkat yang menjadi saksi perkembangan hidup aku bermula daripada kanak-kanak ke alam mula remaja.  Hampir 12 tahun rasanya aku menetap disitu sebelum kami sekeluarga berpindah ke Taiping.

Selepas hampir 17 tahun berikutnya, barulah aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sini semula.  Hampir menitik air mata aku bila melihatkan rumah yang banyak berjasa untuk keluarga aku. Terubat rasa rindu yang sekian lama aku pendam.  Setiap dari kita mesti akan ada soft point dalam hati.  Dan pada aku inilah soft point aku yang seringkali menyebabkan aku bermonolog sendirian jika keseorangan.  Aku terkenangkan zaman kanak-kanakku.  Zaman kenakalan aku yang tiada taranya.  Zaman dimana aku hanya hidup dalam dunia aku.  Zaman dimana aku dibalun oleh arwah ayah yang hanya mahukan aku berubah.  Dan hasil didikan arwah itulah aku menjadi diri aku seperti sekarang.
 
173 - Selepas 17 tahun baru aku jejak kaki semula
Dan kini aku kembali ke rumah yang kami sekeluarga menumpang teduh.  Bergenang air mata aku tatkala aku mengorak langkah masuk melepasi pagar. Rumah yang dahulunya aku rasakan amat luas kini hanyalah sederhana sahaja.  Mungkin pandangan mata seorang kanak-kanak dengan dewasa berlainan.  Sudah tentu. Jiran-jiran masih ada.  Kawan-kawan aku masih ada cuma agak kekok dan janggal bila hendak bertegur sapa.  Dahulu aku bukanlah yang paling cerdik, cuma yang paling nakal dan selalu dapat keputusan peperiksaan yang rendah.
Cat Hijau akan diganti dengan cat putih, no hal
 
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.  Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. 
 
Kedatangan aku bukanlah untuk beremosi sepenuhnya sepanjang masa.  Aku cuma hadir untuk melihatkan keadaan rumah yang baru ditinggalkan oleh penyewa yang dibayar oleh KFC. Kontraktor bernama David turut sama hadir untuk menerangkan apa yang akan dibuat olehnya.  Jika melihatkan keadaan rumah yang sangat uzur itu, aku turutkan sahaja cadangannya dengan beberapa sedikit pandangan dan cadangan agar rumah ini terus hidup di tengah pembangunan yang sedang pesat di sini.  
 
Tu dia semak gila kat belakang.
Tutup mata sebentar.  Aku boleh bayangkan ilusi diri aku berlari mengambil baju yang aku campakkan dibawah kereta arwah ayah dan mengambilnya seraya berlari laju ke arah taman permainan.  Baju extra untuk aku pakai selepas mandi lombong.  Senyum sinis.  Hati aku sakit, sebak dan syukur kerana itulah kehidupan.  Hidup mesi diteruskan walaupun pahit.  Aku sangat bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan pada aku.  Mungkin kesedaran yang aku dapat membuatkan aku lebih menghargai kurniaan tuhan yang maha esa.
 
Rumput panjang kasi potong sudah
Cukuplah negara ini aman dan tenteram dalam membesarkan anak-anak aku.  Itu sahaja sudah cukup.  Sesungguhnya, Bandar Baru Sg Buloh (BBSB), kenangan bersamamu sentiasa dihatiku.
 
Cuma harapan aku, kerja-kerja renovasi daripada Mr. David will do her justice.

9 comments:

  1. kalau dah nama rumah tempat kita membesar, even dah buruk tetap ada aura. hahaha!!! macam rumah lama ktorg. sekarang dah sewakan tp mmg suka ke sana. buruk tapi seronok

    ReplyDelete
  2. Itula..tempat jatuh lagikan dikenang

    ReplyDelete
  3. Tentu banyak nostalgia dekat rumah ni...

    ReplyDelete
  4. Yup..memang banyak kenangan pun.

    ReplyDelete
  5. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...kat sini jugala berputik cinta pertama bro kan? Hik3..just kidding...

    ReplyDelete
  6. Lama along x dtg umah ni..haah la tgk rasa mcm kecik..dulu sapu sampah kat luar tu rasa mcm berjam2 nak siap..

    ReplyDelete
  7. Memang tempat tinggal kita dari kecil pasti akan kita teringat. Mesti banyak memori dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula..kenangan yg tak boleg dilupakan

      Delete