Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(Terbaik) Seminar Hartanah PIE2020

Pada Sabtu yang lepas sempat juga aku luangkan masa menambah ilmu pengetahuan terutamanya ilmu dalam bidang hartanah.  Seminar ini adalah anjuran brader INI.  Seminar untuk mencelikkan dan memandaikan anak bangsa Melayu dalam bidang hartanah.
 
Sebelum review positif ini dimulakan, kita mulakan dengan review yang agak negatif.
 
Cikgu sedang mengajar
1.  Agak sukar untuk mencari tempat seminar memandangkan aku bukan familiar dengan area Kajang.  Sesat juga aku dibuatnya.  Bagi bakal para peserta seminar PIE2020 ini, dinasihatkan agar anda lakukan recce terlebih dahulu sebelum datang pada hari sebenar.  Dikhuatiri anda akan lambat sampai seterusnya merugikan anda yang telah membayar RM 390 untuk hadirkan ke seminar ini.  Pada yang ada aplikasi Google Maps, eloklah tu guna untuk mencari lokasi tempat berseminar.
 
2.  Bagi yang telah datang lebih dari sekali pastinya tiada masalah.  Aku pun begitu, lepas ni kalau nak jumpa diorang dah tahu tempatnya.
 
Review positif pula adalah seperti di bawah:
 
1.  Tempat berseminar berkeadaan bersih dan tersusun atur perabot didalamnya.  Memang convenient bagi mereka yang ingin menuntut ilmu.
 
2.  Pengisian seminar ini sangat mantap.  Disampaikan sendiri oleh PIE2020 yang memang otai dalam bidang ini.  Bayangkan mukadimahnya saja lebih 2 jam disebabkan soalan-soalan yang bertalu-talu dari peserta.  Tapi aku tengok dia rileks je tangkis semua soalan tersebut.  Siap mohon para peserta bersabar sebab penerangan kepada salah satu soalan tersebut ada didalam nota kursus yang disediakan.  Terbaik.
 
3.  Dek kerana seminar ini berlangsung hampir satu hari,  cekelat dan air mineral disediakan.  Makan tengah hari yang sempoi dan santai juga memang terbaik pada aku.
 
4.  Topik-topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:
       a)  Perancangan ekonomi diri.  Ada ditunjukkan software yang lengkap analisanya.
       b)  Tips lelong.
       c)  Tips Subsale.
       d)  Tips pinjaman dan insuran yang boleh dipilih.
       e)  Tips lokasi dan website-website agen lelong yang percuma dan lengkap.
 
5.  Perkongsian pengalaman daripada pelabur hartanah shahril sidek juga disediakan.  Shahril sidek berkongsi rahsianya dalam pelaburan hartanah dan kereta sewa.  Memang mind blowing dan mind opening.
 
6.  Layanan semua staf PIE2020 memang bagus. Ruangan surau juga disediakan.  
 
7.  Ada sesi case study tuh yang tak tahan.  Bagus.
 
Rasanya banyak lagi sebab mengapa korang kena belajar dengan PIE2020.  Sebabnya memang dia seorang yang berpengalaman tetapi masih merendah diri.  Info-info yang dikongsikan amat bernilai.  Lebih tinggi daripada jumlah yuran yang dibayar. 
 
Apa-apa pun memang aku recommendkan pada sesiapa yang berminat untuk belajar menjadi pelabur hartanah.
 
p/s:  Katanya seminar kali tersebut adalah yang terakhir tahun ini memandangkan PIE2020 bakal menimang cahaya mata kembar 3 serentak dalam  masa yang terdekat ini.  Gudluck bro!

6 comments:

  1. aisehh.. last seminar dah ke? teringin nak pergi ni.

    ReplyDelete
  2. tak pernah g seminar macma ni........

    tapi elok muda2 pergi seminar... boleh la merancang kan?

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. kalau ada modal banyak sikit mesti best join hartanah ni. boleh buat duit

    ReplyDelete
  4. yup memang menguntungkan sekiranya pandai.

    ReplyDelete