Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terima kasih Abang Ensem - Lu memang ensem!

Sepanjang tahun 2013 ini ada beberapa buah blog yang berikan peluang blogger seperti aku 'parking' di bloglist mereka seperti yang dibuat oleh blogger ciklaili.com dan abangensem.com.  Secara puratanya, aku dapati blog abangensem.com konsisten dalam memberikan traffik kepada blog ini. Walaupun tidaklah banyak berbanding pakcik google, tapi aku tetap bersyukur dan ingin ucapkan terima kasih kerana peluang yang disediakan.

Jika korang perasan, blog abangensem.com memang mesra pembaca dan tak lokek dalam memberikan backlink kepada blogger macam aku.  Contoh pertama adalah aplikasi backlink ke entri anda jika anda komen di entri beliau.  Dan jika anda pengomen tegar, nama anda akan berada di carta pengomen tegar blog beliau yang sekaligus menjadi umpan kepada para pembaca blog beliau untuk tertanya-tanya siapakah anda yang poyo sangat komen semua entri hartanah beliau. hehe..

So, tips untuk anda blogger baru:

1.  Berkawanla dengan blogger seperti abangensem.com.  Tinggalkan komen dan pastinya traffik akan ada singgah ke blog anda.  InsyaAllah.

2.  Cari blog yang mesra pembaca.  Yang sama-sama menolong dalam backlink sesama sendiri.  Contohnya diruangan komen, bloglist dan link-link yang berkaitan.

3.  Selalulah blogwalking ke blog yang tinggi status PRnya. Memang diorang jarang singgah ke blog korang dan aku yang ciput lagi tak berpengaruh ni.  Tapi tempias populariti diorang tu ada jugaklah kena ke korang sket. Gile glemer ke?

4.  Jangan cari pasal dengan diorang yang dah otai-otai ini.  Simple.

5.  Perhati widget-widget yang digunapakai dan praktikel di blog anda.

6.  Kaji cara diorang post entri, bila dan bagaimana, kekerapannya macam mana nak sebagainya.

7.  Tiru je bulat-bulat apa yang diorang buat.  Blueprint tu bukannya hakmilik diorang pun.

8.  Berdoa.  InsyaAllah, semakin banyak entri bermanfaat di blog anda, dan anda tidak hilang 'passion' dalam berblog, your time will come. Aku panggilnya exponential effect

9.  Jangan jadi hamba blog sudah melainkan korang jadikan blogging pekerjaan utama anda.

10.  Jangan mudah putus asa dan harapan.  Jangan terikut-ikut rentak mereka yang lebih laju langkahnya. Ikutlah rentak langkah anda walaupun perlahan. Janji sampai.

Harap bermanfaat.

2 comments:

  1. Yang penting usaha kene konsisten dan tak putus asa. Setuju!

    ReplyDelete