Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Apakah Kita Punya Nilai dan Etika Dalam Diri?

Satu subjek yang diajar semasa kursus di INTAN Bukit Kiara baru-baru ini adalah definasi dan pengertian NILAI dan ETIKA dalam diri manusia.  Apakah itu nilai atau value dalam diri seseorang? Adakah kita punya nilai diri atau tidak.  Definasi mudah seperti ini, jika seorang majikan menilai prestasi pekerja maka penilaian aspek tertentu akan diambil dan dijadikan kayu pengukur adakah pekerjanya tadi bernilai, kurang bernilai atau sangat bernilai?  Maka elok juga kita mengerti maksud nilai yang sebenar agar kita tahu harga diri dan nilai diri kita.
 
Sesungguhnya nilai ini bersifat relatif.  Ianya boleh berubah-ubah.  Setujukah anda jika saya katakan nilai ini adalah sesuatu yang telah diterapkan daripada kita kecil sehingga ianya sudah menjadi sebahagian daripada kita.  Ianya mungkin gabungan beberapa unsur seperti ajaran agama, sosial skills, komunikasi dan juga sikap positif.  Jika dari kecil kita tidak mempunyai nilai yang baik, maka kita boleh menjadi seseorang yang tidak mempunyai nilai yang baik kelak.
 
Daripada nilai ini maka terbentuklah etika diri kita.  Etika ini adalah sesuatu tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang kepada masyarakat.  Jika kita menunjukkan nilai yang tidak baik seperti suka memandu laju, maka jangan salahkan rakyat antarabangsa yang mengatakan masyarakat kita di Malaysia tidak beretika ketika memandu kenderaan.  Dan jangan terkejut jika kita mempunyai nilai dan etika yang baik, secara tidak langsung negara boleh bergerak ke arah yang lebih makmur dengan ekonomi yang lebih cemerlang lebih cepat dari sasaran.
 
Aspek nilai dan etika ini kedengaran macam perkara yang remeh, tetapi ianya sangat penting. Sepenting kita ingin negara ini menjadi sebuah negara maju di masa hadapan. Maka oleh itu, ayuh rakyat Malaysia, carilah, pupuklah nilai yang baik dalam diri sendiri dan keluarga dan jadilah rakyat yang beretika.
 
Kerana dengan etika inilah kita dapat mengurangkan rasuah dan unsur-unsur negatif yang lain.  Bukannya dengan mengadakan perhimpunan yang tiada hala tuju.  Jika berjaya pun perjuangan mereka dalam perhimpunan itu tanpa memperbaiki kelemahan diri manusia, maka akar umbi rasuah itu masih lagi boleh bercambah malah mungkin lebih buruk.

No comments:

Post a Comment