Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Civil Servant Reserve Unit (CSRU)

Tempoh hari berkesempatan untuk teman isteri menghantar borang permohonan unit rumah kategori CSRU di Menara Seri Wilayah, Putrajaya.  Sebenarnya info ini pernah diberitahu oleh seorang rakan yang juga otai flipping iaitu saudara INI. Tapi disebabkan terlalu sibuk dan tiada masa hendak membaca pekeliling dan syarat-syarat pemilikan rumah CSRU ini, maka niat tu terbengkalai macam tu saje.  
Semoga diluluskan permohonan
Ketika itu isteri tengah dalam pantang.  So, info-info lanjut masih tak dapat nak diperolehi daripada site government.   Lepas je wife start kerja, perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan CSRU.  Aku katakan padanya untuk dapatkan maklumat lanjut dan syarat-syaratnya dan jika berkelayakkan, apa salahnya untuk mencuba.  Seperti aku, aku nasihatkan padanya untuk ambil semua kelebihan yang ada ditawarkan untuk kakitangan kerajaan.  Dulu aku beli apartment di Taman LTAT Bukit Jalil pun ada diskaun RM 50k below market value khas untuk anggota tentera.  So, jika ada diskaun sebanyak 25% untuk rumah CSRU, apa salahnya mohon.  Rumah yang bakal dibina di Putrajaya akan di simpan untuk kakitangan kerajaan terutamanya yang berkerja dan menetap di Putrajaya.
Cara bagaimana Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan pilih adalah berdasarkan merit tertentu.  Antaranya adalah mengikut pendapatan, jenis rumah dan tempoh berkhidmat.  Oleh itu, jika anda hantar borang permohonan belum tentu akan dipilih.  Reda sahaja.  Tak salah mencuba.  Jika dapat, diskaun 25% daripada harga asall rumah tu memang sangat tinggi dan berbaloi memandangkan suasana Putrajaya yang memang cantik dan kondusif untuk membesarkan anak-anak.  Ditambah pula Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan.  Tak kisah kerajaan mana sekalipun, pasti Putrajaya dijadikan anak emas dari segi kemudahan dan sebagainya.  Ini realiti.  Jika tidak, tidak lah kita dengar keazaman kerajaan yang ada sekarang untuk kekal memerintah dan pihak yang satu lagi teruja untuk menguasai kerajaan.
Itulah indikasi bahawa Putrajaya memang panas dan harga hartanah disini memang sangat melampau tinggi.  Terus terang jika lihatkan gaji dan tanggungan aku sekarang, aku tak mampu nak beli rumah disini jika tanpa diskaun tersebut.  Oleh itu, ada peluang sebegini tidaklah pula aku nak lepaskan.  Kepada korang yang juga teringin nak mencuba nasib bolehlah layari website INI.  Ada rezeki korang, ada la peluang.  Caranya mudah sahaja.
1.  Isi borang seperti yang ada pada website di atas.
2.  Sediakan dokumen seperti yang diminta.
3. Sediakan wang RM 100 dan buat pembayaran di cawangan kewangan Kementerian tersebut di tingkat 3 kalau tak salah aku.
4.  Turun ke tingkat 1 dan serahkan borang korang tu pada petugas di kaunter.
5. Doa-doa je la nasib menyebelahi korang.  Tak lupa juga supaya developer memperbanyakkan lagi projek pembinaan rumah di Putrajaya.

Sekarang ini projek yang akan dibina adalah projek pembinaan rumah penjawat awam yang baru dilancarkan oleh PM tempoh hari.  Rasanya kebanyakkannya adalah apartment dan kondo yang akan dibina oleh pemaju SP Setia.  Mantap tu.
Pilihan rumah ditangan anda. Apartmen berharga sehingga RM 300k, Teres sehingga RM 700k dan Semi D adalah sehingga RM 1.2 juta. Jika dapat diskaun, korang kiralah sendiri.  Tapi persiapkan diri untuk mohon loan. Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Adios!

13 comments:

  1. Thanks atas information ni.. semoga semua orang dapat manfaatnya =)

    ReplyDelete
  2. Semoga ramai yang menyedari kelebihan macam ni..hehe

    ReplyDelete
  3. selamat menohon pada penjawat awam dapat diskaun tinggi, peluang baik ni.

    ReplyDelete
  4. Memang peluang yang baik dan tak boleh nak diketepikan

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah boleh dpt tu....tunggu je

    ReplyDelete
  6. Dia tgk tangga gaji tak masa nk pohon jenis umah...

    ReplyDelete
  7. Pmohonan ni tgk tangga gaji tak selain dr seniority???

    ReplyDelete
  8. Tak. Dia ada sistem merit nanti nak tentukan keputusan

    ReplyDelete
  9. baru nak apply.rasa-rasa terlambat tak?

    www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lambatla. akan datang ada projek lagi. daftar je

      Delete
  10. saya dah tgk website. kat mana ek boring tu. jenuh mencari ni.x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Ini link dia

      http://www.kwpkb.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=320:csru-home-sales&catid=2:uncategorised&lang=en

      Delete