Pages

agoda.com INT Lazada MY

Denggi Kali Kedua

Kali terakhir diserang demam denggi adalah ketika masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.  Ketika itu masih bujang dan duduk menyewa dengan rakan-rakan.  Nyamuk Aedes ni memang tidak mengenal mangsa. Agak-agaknya darah aku ini sodap berlomak sampai kali kedua kena gigit seminggu yang lepas. Memang azab.  Akibat kekurangan bendalir badan, selera makan jatuh, sakit dan sengal sendi. Kualiti hidup terus merudum.

Ingatkan kena demam biasa sahaja.  Lama kelamaan, aku dah dapat agak kali ini memang kena lagi denggi.  Sebab simptomnya aku dah tahu dulu. Tapi sebab ada orang yang kerjanya doktor, maka lebih baik aku pergi jumpa doktor sahkan demam aku ini. Klinik pertama memang kata tiada apa-apa, siap kata gastroentritis. Ntah hape-hape je aku rasa. Aku pun salah jugak, dah tahu doktor kat klinik tu ramai orang reject, aku pergi jugak. Yerla, nak cepat. 

Bila dah hampir seminggu demam tak kebah, aku putuskan juga untuk datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. Alhamdulillah, perkhidmatan yang professional tetapi agak lambat sedikit sebab pesakit pun ramai.  Tapi tak mengapa, janji rawatan yang diberikan lebih tepat. Dan percuma. 'Sah, awak ni kena demam denggi'.  Kata doktor yang cantik manis tu.

'Balik nanti, rehat cukup-cukup, minum air banyak-banyak, makan Panadol dan datang semula untuk ambil darah'.. semak Platelet dan Hemotocrit.

Hmm..hasilnya, vein tangan kanan aku ini dah berlubang-lubang dek kena cucuk dengan staf nurse ngan MA. Ho ho ho..nasibla..

Tapi ada petua kata jika nak cepat sembuh dari demam denggi, minum/makan sup ketam.

Malam tu terus aku ke kedai Thai kat Presint 15 untuk makan Tomyam HatYai yang ada campuran ketam, mussel, ikan, sotong dan udang. Hasilnya memang betul. Kelmarin Platelet level 65 dan semalam dah naik 103.  Tapi masih below normal value iaitu 150 - 400.

Doktor suruh rehat sehari lagi. Hari  ni nak kena ambil darah lagi tengok macam mana.  Harap esok boleh start kerja.

No comments:

Post a Comment