Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Konsep Setia dan Taat di PRU 13

Walaupun ramai yang masih mencemuh meronta parti yang disokong kalah mahupun menang tanpa majoriti besar, kita seharusnya sedar yang tugas kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan telahpun berakhir.  Tugas kita berakhir apabila kertas undi telah dimasukkan ke dalam peti undi.  Jangan pula masih berbahas tentang kesahihan pilihan raya ini kerana semua cerita boleh direka dan ditimbulkan oleh semua pihak dan setiap parti yang bertanding mahupun individu yang ingin menangguk di air yang keruh.
 
Sewaktu hampir waktu pengundian kita asyik dimomokkan dengan betapa penjawat awam adalah mereka yang tidak bersyukur dan tidak taat dan setia apabila menyokong pembangkang.  Benarkah begitu?  Apakah yang kita faham erti taat dan setia? Apa yang aku hendak kongsikan ini adalah sedikit ilmu yang aku timba dari mereka yang lebih bijak pandai dari aku tentang pentadbiran kerajaan.
 
Cuba lihat gambarajah di atas dan baca contoh definasi setia dan taat dalam konotasi seorang isteri kepada suami seperti dibawah:
 
1. Setia - Seorang isteri dianggap setia apabila masih terikat dengan perkahwinannya dengan suami sehinggalah si isteri itu curang atau mencari kekasih lain selain suaminya. 
 
2. Taat - Seorang isteri dianggap taat jika menuruti suruhan suami dan tidak taat sekiranya tidak menuruti suruhan suami.

Contoh:

1.  Si suami baru balik dari kerja dan menyuruh si isteri membuatkan air untuknya lantas si isteri melakukannya tanpa banyak soal.  Ketika ini si isteri adalah taat tetapi tidak pasti kesetiaanya.  Jika si isteri tidak mempunyai lelaki lain dan membuat semua perkara yang disuruh oleh si suami dengan syarat perkara itu dibenarkan, dibolehkan dan tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang, maka si isteri boleh di anggap Setia dan Taat.
 
2.  Lain pula jika si isteri melakukan perkara yang salah seperti melacur untuk suaminya atas arahan dan desakan suami.  Ketika ini si isteri adalah juga setia dan taat kepada suami tetapi BERDOSA kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang Islam.  Dan sekiranya si isteri menolak dari melakukan pelacuran untuk suaminya, maka si isteri di klasifikasikan sebagai Setia tetapi Tidak Taat dan tidak pula berdosa.  Contoh 2 ini adalah kedua-dua isteri tidak mempunyai hubungan dengan lelaki lain atas kerelaan masing-masing. Maka kedua-duanya setia.

Maka rakan-rakan pembaca yang diraikan, tidaklah salah kalian menyokong parti pembangkang sewaktu pilihanraya yang lepas walaupun kalian adalah seorang penjawat awam. Ini kerana undi itu hak anda dan anda di BENAR kan mengundi sesiapa sahaja yang anda ingin pilih. Namun harus diingat, kegagalan kerajaan untuk mentadbir urus dengan baik adalah kegagalan penjawat awam itu sendiri yang gagal mengimplementasikan pendekatan 'good governance' seperti yang diarahkan.  Dan disebabkan kegagalan inilah, persepsi rakyat terhadap effisyensi kerajaan menjunam jatuh.
 
Ayuh penjawat awam sekalian.  Sekiranya anda seorang yang professional, hendaklah anda melaksanakan segala arahan dan perintah yang disuruh dengan sepenuh hati asalkan arahan itu tidak bercanggah dengan Islam. Kita tidak mampu memaksa orang lain setuju dengan penilaian kita terhadap sesuatu kerana nilai itu bersifat subjektif.  
 
Diharapkan agar orang Melayu jangan lagi berbalah tentang isu gaji haram dan tak bersyukur sebab tak sokong kerajaan ataupun sebaliknya, marilah kita lebih mengutamakan pencapaian dan prestasi masing-masing dahulu sebelum menghukum orang membuta tuli sahaja.

Fahamilah makna zalim, adil dan ihsan.  Semoga nilai yang kita hendak pupuk dalam diri adalah nilai-nilai yang positif.  InsyaAllah. :) Jika ada yang nak aku ulas makna zalim, adil dan ihsan dalam konteks pengurusan, insyaAllah akan dikongsikan jika ada yang hendak.

5 comments:

  1. best artikel ni... lain dari yang lain..=)

    ReplyDelete
  2. setia dan taat biar bertempat :)

    ReplyDelete
  3. Itula...tapi jangan pulak rasa bersalah

    ReplyDelete
  4. perkara salah tetap salah walaupun taat. kena berfikir sebelum bertindak....hee

    ReplyDelete