Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Terbang RM3k

Di Presint 15. 100% Bumiputera
Kata orang kereta itu liabiliti.  Ia bukannya aset seperti rumah.  Makin lama-lama makin susut nilai. Memang benar apa yang dikata. Bukan hanya nilai servis yang semakin meningkat selari dengan usia kereta tersebut, kadangkala kerosakan yang tidak terjangka yang buatkan pening kepala.

Enjin jenis apa ntah aku pun tak tahu
 Itu yang terjadi. Hari tu bawa kereta ke bengkel untuk check apa kerosakannya.  Sebab enjin cepat mati (padam).  Seperti bateri sudah lama.  Pergi ke patrol pump untuk pam angin tayar, lepas selesai, tak boleh nak start pula.  Gelabah la. Sebab sorang-sorang dan kereta pula besar. Odyssey 1998. Kereta ni memang ada sentimental value.  Tapi banyak yang perlu diperbaiki.  Kereta second hand la katakan.  Kalau jalan jauh memang layan.  Tapi kalau jalan bandar, lebih rela bawa kereta wira cabuk aku je. So, nak dijadikan cerita, lepas periksa sensor, bateri dan enjin. Hampir RM 2k melayang.

Aku ni alergik kedai aksesori ni. Kang ada je yang nak diganti dan ditukar.  Last-last memang benar, aku tukar tinted satu kereta. Amik kau.  Tapi memang puas hati.  Budak melayu kita yang buatkan.  So far, servis yang diberikan memang baik.  Nasihat dan pandangan tu yang priceless untuk  orang-orang yang zero knowledge pasal kereta.  Tahu bawak je. Sebabkan aku dah biasa baiki kereta kat kedai ni, asal rosak je, aku akan kol diorang datang amik kereta.  Macam yang terjadi kat aku waktu di petrol pump Presint 11.  Hmm...nasib ada diorang yang boleh tolong.

My sweet Car
Apa-apa pun, aku puas hati dengan servis yang diberikan.  Soal harga tu aku tak berkira sangat. Asalkan aku puas hati sudah.  Kadang-kadang kalau nak round semua kawasan dan kedai agak membuang masa.  So, aku just stick pada satu kedai je.  Mana nak tahu nanti dapat diskaun. Memang benar pun.  Ada diskaun yang diberikan.  So, pada korang yang duduk Putrajaya boleh la ke kedai ni di Presint 15 jika ada masalah kenderaan.  Berbaloi.

10 comments:

  1. Masreena dulu pun selalu tukar no plate kereta kat kedai ni, pasal monyet hutan selalu patahkan masa parking kat rumah... sampai mamat kedai tu dah cam muka yang sama je datang tukar plat number hehe... Actually kedai aksesori ni mahal sikit tapi memang standard pasal sewa kedai area diplomatik memang mahal-mahal belaka

    ReplyDelete
  2. sekali sekala kereta nak wang besar jugak....he he.
    tapi lepas tu mesti puas hati, semua dah tip top.

    ReplyDelete
  3. Monyet kat kg limau manis, tempat tinggal asal saya before pindah taman

    ReplyDelete
  4. Itula pasal. terkejut bila ckp ada monyet kat PJ ni. sebab xpenah jumpa

    ReplyDelete
  5. siapa ada kereta memang kena standby duit banyak2. huhuhu!!!

    ReplyDelete
  6. pergh, banyak tu melayang. kereta aku pun rosak sekarang ni. masalah enjin dengan meter box. dalam RM2k lebih jugak tu. dah 3 minggu kat bengkel tunggu barang sampai.

    ReplyDelete
  7. Itula bro. nak kena spare duit emergency utk kete

    ReplyDelete