Pages

agoda.com INT Lazada MY

Alhamdulillah...tapi....

Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu aku ucapkan selepas melihat screenshot seperti di bawah.

Tapi..

Baru-baru ini sahaja Ketua Pengarah aku luluskan untuk aku buat kursus yang aku lagi minat pada mulanya iaitu Pharmacy Practice. Agak sukar untuk aku adjust sebenarnya, mula-mula waktu temuduga sebelum dilulus atau tidak untuk sambung belajar tahun ini, aku tak dapat jawab soalan Ketua Pengarah aku. Waktu tu aku selamba cakap aku nak buat Pharmacy Practice instead of Clinical Pharmacy.

'Can you explain to me in 2 sentences, what is pharmacy practice?'

Aku memang kalah badi dengan pegawai-pegawai kanan tentera yang berjawatan dengan pingat bersusun-susun di pakaian seragam mereka.  Aku terlalu hormat dengan pakaian seragam dan pengalaman mereka agaknya.  Aku kelu.  Waktu tu, mulalah penyakit lama aku mula menjelma.. GAGAP..

Tergagap aku nak menjawab soalan cepu emasnya.  Memang aku dah baca apa itu Pharmacy Practice malam sebelum temuduga.  Tapi ia bukanlah semudah nak rumuskannya dalam 2 baris ayat.  Terlalu luas dan banyak aspek dalam Pharmacy Practice.

Kini, nampaknya Allah ingin tunjukkan lagi kuasanya kepada aku supaya aku alert dan lebih alert dengan kehendaknya dan apa jua yang aku akan lakukan semuanya atas kehendaknya.  Sesuatu yang sukar untuk jelaskan kepada Ketua Pengarah menjadi senang bilamana situasi dan keadaan yang kini berlaku menjawab kepadanya tanpa perlu aku sendiri yang jelaskan.

Dan dengan kelulusan Ketua Pengarah untuk aku membuat Pharmacy Practice.  Aku dalam dilema kini. Dilema sebab UiTM masih belum memutuskan siapa pelajar-pelajar sarjananya tahun depan. Minggu ke 3 bulan Julai baru dapat tahu.  Aku kalau boleh tak mahu organisasi aku masuk campur untuk memungkinkan aku masuk ke UiTM dengan mudah.  Biarlah aku masuk atas kelulusan aku walaupun aku first batch Pharmacy UiTM.  Biarlah aku masuk atas kredibiliti aku dan bukannya cable aku dengan dekan atau kawan-kawan aku yang sudah menjadi pensyarah disitu.  Aku respek mereka dan tidak mahu conflict of interest berlaku.  Biarlah aku kembali jadi pelajar yang selalu kena tegur seperti biasa dan seperti dahulu.  Aku suka begitu sebab disitu kelebihan aku akan ada.  Hubungan...

Hubungan dengan manusia.  Perhatian.  Bila kena marah dan kena tegur maknanya apa, tumpuan sedang diberikan kepada aku..

Well easier to say but kita tengok jela macam mana, adakah akan ada perubahan plot cerita dalam kehidupan aku nanti...

To be continue....

p/s : Always be open for any option come.

9 comments:

  1. Good luck bro. Harap-harap dapat masuk bukan berdasarkan kabel, sebabnya kalau dapat masuk nanti, sure akan ada awkward situation bila dah start nanti. Lagipun, takut nanti ada persepsi negatif pulak dari member-member.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro. untuk UiTM kira course baru yer. semoga bro dapat yang bro mintat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Hehe..alhamdulillah..selamat maju jaya bro...caiyok!!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah...selamat maju jaya dan menuju impian nan satu!!

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  5. salam saudara halif,boleh kongsikan cara mohon msc clin. pharm ukm mnggunakan sistem GUEST? sy buntu sebab mengikut website permohonan telah dibuka tetapi di dalam sistem hanya tertera prmohonan master utk school of buisiness.tolong sy

    ReplyDelete
  6. salam saudara halif,boleh kongsikan cara mohon msc clin. pharm ukm mnggunakan sistem GUEST? sy buntu sebab mengikut website permohonan telah dibuka tetapi di dalam sistem hanya tertera prmohonan master utk school of buisiness.tolong sy

    ReplyDelete