Pages

agoda.com INT Lazada MY

Dah Nasib Badan

Minggu lepas sempat ziarah ibu dan adik di Melaka. 2 kali. Sekali dengan isteri dan anak-anak. Sambil pergi kenduri kahwin sepupu isteri berhampiran pantai Klebang. Kedua ziarah bersendirian ketika ada tugas luar di Kem Terendak. Habis tugas sempatlah singgah sekejap walaupun hanya untuk segelas teh.  Tapi bila dapat tengok ibu dan adik depan mata rasanya lain.

Pendek cerita, waktu balik bersama famili memang akan bawa Odyssey arwah ayah.  Tapi dalam tidak disangka-sangka, rupanya bateri kereta dah nak 'kong'. Nasib waktu tu dah di Putrajaya.  Bateri nak kong tu satu cerita, lagi satu cerita lagi waktu nak panaskan enjin kereta tu, baru perasan tayar pancit. Tertusuk skru.  Haru sungguh la.

So, ambil keputusan untuk tukar tayar spare sebelum bawa ke kedai tayar untuk tampal.  Buka bonet cari jack, takde.  Aku pun bergegas ke kereta Wira aku amik jack Wira tapi nak angkat Odyssey gedabak edisi tahun 1998. Lepas keluarkan tayar yang pancit. Nak masukkan tayar pengganti, tak lepas.  Tak cukup tinggi. Aiseh..penat dah tangan duk pusing-pusing skru jack tu.  Sekali berderup jatuh dengan jack terpelanting dan rim tayar mencium tar. Aiseh buat kali kedua..

Last-last telefon talian hayat.  Zul daripada SnR Worksyop di Presint 15. Aku drive amik dia dengan jack bapak besar.  Aku dah mula risau rim tayar yang dah mencium tar tu.  Nak kena ganti ke pulak tu. Huhu..Dugaan sungguh la. 

Bang, jangan risau. Saya dah betulkan balik rim tu.
Lega. Start enjin Odyssey. Lepas tanpa timbul keraguan.  Alang-alang Zul ni dah ada, aku suruh dia drive Wira aku dan buat servis sebab dah sampai due date dia. Waktu dia drive Wira aku pun drive Odyssey ke kedai tayar Cina kat Presint 15 juga. Aiseh...(kali ketiga)...tetiba enjin tak boleh start.  Taukeh kata bateri kong, aku cakap


Saya baru tukar itu bateri, takpe kasi jump dulu, nanti wa tanya kedai wa tukar itu bateri. Ada waranti ka takde warati lagi.
Taukeh angguk dan caj RM 15 untuk tampal. Aku terus ke SnR maklum yang bateri ni dah kong.  Asyik kong je.  Cek punya cek rupanya alternator lak buat hal, tak recaj semula bateri tu. Lemah.  Aiseh (kali keempat).  Sambil tengok Wira aku diservis, aku tengok Odyssey yang bakal aku tinggalkan lagi untuk tukar jantung baru.


Bang alternator ada 2, satu recon dan satu lagi ori.  Yang Ori RM 1,400.00 dan recon RM 500. 
Ok. Ganti yang ori terus.  Lepas ni takde lagi hiccup macam ni lagi kata aku.  Fuh, melayang lagi duit aku. Dah nasib badan. :P

6 comments:

  1. banyaknya dugaan. semua tue ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. boleh tahan harga sparepart. semoga bro sabar ujianNya. mungkin kah sudah sampai waktu untuk bertukar/bertambah...heee

    ReplyDelete
  3. Biasa la tu bro, dah namanya kereta

    ReplyDelete