Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Pencarian Hidayah Islam Dalam Diri

Pernahkah korang terfikir yang hidup ini dirasakan kosong, tiada pengisian dan membosankan? Jujur, aku selalu berasa begitu.  Ketika berseorangan dan sewaktu menghadapi kegagalan. Aku tak pasti apa yang korang rasakan.  Hidup ini sememangnya pelik, subjektif namun spesifik untuk individu itu sendiri.  Subhanallah, disitu sahaja dah boleh nilai keagungan Allah.  Belum lagi perkara yang lain.

Dilahirkan secara otomatik beragama Islam kadangkala membuatkan kita mengabaikan ajarannya. Meletakkan alasan iman yang sentiasa ada pasang surut, naik turun sebagai justifikasi kita melewatkan amalan dan suruhan.  Aku juga ada rasa begitu. Sering.  Astagfirullah.  Kadangkala terfikir alangkah baiknya mereka yang kafir dan kufur sebelumnya dan mendapat hidayah lalu cemerlang menghayati dan menyunjung agama Islam yang luhur ini.  Agama Islam Agama Yang Paling Benar Dan Agung.

Reflek diri sentiasa dan perlu senantiasa.  Kita dikelilingi dengan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.  Dugaan dan ujian-ujian yang mendatang ini menjadi penyebab kita tergelincir daripada jalan yang benar. Aku betul-betul terkesima apabila menonton video dibawah ini.



Alangkah indahnya saudara Ruben Abu Bakr ini yang diberikan hidayah sebegitu rupa.  Lihatlah cahaya kegembiraan yang terpancar dari riak wajahnya sewaktu berkongsi pengalaman tersebut.  Ia sesuatu yang ikhlas, asli dan tiada cela. Walaupun ada sedikit sarkastik, tetapi ia memang betul dan kita sebagai umat Islam patut sedar dan bersedia untuk mengubahnya.  Mungkin itu adalah dugaan umat Islam di akhir zaman ini.  Atau barangkali itulah pandangan bukan islam terhadap islam. 

Peluang mencari hidayah itu sentiasa terbuka.  Hanya kita yang menentukan bila dan bagaimana.  Memang benar lirik kumpulan Raihan yang iman itu bukan sesuatu yang boleh diwarisi.  Aku agak sedikit tewas disitu jika hendak dibandingkan dengan arwah ayah.  Kalaupun aku sudah boleh dikategorikan berjaya dalam hidup, belum tentu aku berjaya di akhirat.  Aku masih bertatih untuk berpeluang masuk ke syurga Allah.  Bukankah itu tujuan utama kita hidup di dunia?

Namun, perkara-perkara yang terjadi disekeliling aku membimbing aku untuk mencari erti hidayah yang sebenar.  Suatu perjalanan suci untuk membersihkan hati dan jiwa aku.  We all have a dark side.  Aku juga tidak terkecuali.  Kadangkala aku memang melakukan dosa dengan Allah.  Astagfirullah.  Walaupun kecil atau besar ia tetap dosa.  Bagaimana pula aku nak tebus nilai diri ini supaya iman menjadi teras diri?  Caranya tiada lain hanyalah bertaubat dan bertaubat.

Ya, memang tahu caranya tapi acapkali bertangguh-tangguh. Allah sengaja menjadikan manusia ini unik tidak seperti para malaikat yang tiada dosa. Hanya patuh dan akur pada suruhanNYA.  Manusia ini perlu sendiri mengawal sikap dan kendiri masing-masing.  Iman itu seumpama komoditi.  Tapi nilainya hanya Allah yang tahu, hanya mereka yang sedar dan berilmu tahu. Iman sekejap naik dan turun. Perlu top up dan kekal.  Tidak boleh seperti touch n go. 

Kadangkala cemburu juga dengan ustaz-ustaz yang tinggi ilmu agamanya.  Ada kelapangan masa mengajar seterusnya mendidik murid-murid tentang ilmu agama.  Perlukah aku berasa sebegitu?  Aku tahu apa yang aku perlu dalam hidup.  Ini adalah dilema aku. Mungkin dilema kamu juga. Masing-masing dari kita ada persepsi dan penilaian sendiri terhadap agama dan iman diri sendiri.

Aku ini Islam. Dan aku ini beriman. Rukun Islam itu 5 dan rukun Iman itu 6. Tapi aku masih belum rasa sempurna dengan Islam yang aku faham. Ada suruhan yang masih belum dapat aku sempurnakan.  Cuba lihat bagaimana saudara Ruben Abu Bakr berkongsi yang dia merasakan seperti ada orang membuka pili dalam diri dan seolah-olah merasakan di flush sehingga bersih selepas sahaja melafaz kalimah syahadah.  Bagaimana rasanya ya? Adakah seperti perasaan lega sesudah solat? Kali pertama aku rasa diri ini bersih adalah selepas qiamullai.  Betul tak? Disaat kita menginsafi kekurangan diri dan benar-benar memohon keampunan.  Ketika air mata mengalir deras dan ketika itulah terasa diri dilahirkan semula.  Tak pasti korang bagaimana.
Credit to : Husammusa.com

Jauh disudut hati.  Bila dilihat carta semak rukun islam dan iman di atas, berapa peratuskah pencapaian kita dalam merealisasikan matlamat dan objektif kita hidup didunia ini sehingga 100%.  Aku sedar Allah bagi kita selang masa hidup.  Ada orang setahun sahaja hidup didunia, ada yang 60 tahun dan berbagai-bagai. Selang masa inilah yang patut kita gunakan untuk memastikan kita capai 100% target sebelum kita menutup mata buat kali yang terakhir.  Di dunia yang fana ini, kita asyik dimomokkan dengan pencapaian dunia.  Key Performance Indicators dalam pengurusan dan perniagaan.  Pelbagai ragam.  Macam-macam rencah yang ada.  Tapi alangkah baiknya kalau kita dapat aplikasikannya dalam menentukan pencapaian pencarian 100% markah hidayah tercapai.  Fikir-fikirkan. Aku ingin capai semua itu seperti pencapaian SKT dan KPI dalam organisasi yang aku wakili.  Anda juga begitukan?
Masih belum sempurna : Jauh lagi perjalanan

Ayuh rakan-rakan.  Kita tentukan yang pencapaian ini dapat dicapai.  InsyaAllah.

p/s : Allah sengaja membuatkan kita melakukan kerja yang sama sehari-hari supaya kita dapat memperbaiki hari ini lebih dari semalam. Agar pengertian hidup itu pasti dan terang.

8 comments:

  1. assalamu'laikum bang :)

    informasinya sangat bagus bang :)
    salam sukses yea bang,, dari tangga sebagai pendatang baru disini :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam w.b.t

    Terima kasih. Salam sukses untuk kamu juga

    ReplyDelete
  3. bagus perkongsian ni. banyak yang kita check diri kita dan semoga kita sentiasa baiki diri setiap masa.

    ReplyDelete
  4. satu perkongsian yang sangat baik & memberi manfaat kepada semua..

    ReplyDelete
  5. artikel yang sangat bagus dan beri impak pada diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. semoga ia adalah impak yg maksima

      Delete