Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Permit Portal Berita : Apa pendapat anda?

'Portal Berita Internet Tak Perlu Lesen'
Kredit Gambar : Kosmo!

Tajuk muka depan akhbar Kosmo hari ini. Kerajaan apparently tidak mahu mengikuti langkah kerajaan Singapura yang mengenakan peraturan supaya pemilik portal berita dan laman web memiliki lesen atau permit untuk mengawal dan memantau isi kandungan dan juga aktiviti didalamnya.

Kerajaan Malaysia? Mungkin atas dasar ingin mengekalkan hak dan kebebasan media.  Mengekalkan untuk tidak bertindak seperti di Singapura.

Pendapat.

Rasanya jika justifikasinya tepat dan betul, tidak salah untuk mengenakan permit agar pelapor dan penerbit lebih bertanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan.  Ini lebih baik dan dapat menjamin isi kandungan berita agar ianya tidak berupa fitnah semata-mata dan kredibiliti kesahihan berita boleh terpelihara.  Mungkin ramai yang tidak bersetuju.  Namun, kesan daripada penyebaran berita yang tidak sahih amat besar.  Bukan hanya kepada sosio-ekonomi malah hingga ke politik dan kerohanian seseorang.

Begini.  Jika ada sesuatu undang-undang dapat mengawal dan memelihara kesahihan sesuatu berita, ianya lebih baik dan afdal sebab seperti Rasul junjungan pernah berpesan yang kehidupan di akhir zaman adalah kehidupan yang penuh dengan penipuan dan fitnah.  Dan sure enough, we are living in that times.  Adakah kita mahu menghalalkan berita dan info yang tidak benar, dan menyebarkannya seolah-olah berita itu benar? Apa akan jadi jika semuanya adalah fitnah dan berita itu salah sama sekali?  Siapakah yang ingin menanggung dosanya?

Pada aku.

Lebih baik diadakan peraturan sebegitu seperti di Singapura kerana kesan jangka masa lamanya lebih besar faedahnya daripada tidak diadakan.  Kesan jangkamasa mungkin pendek seperti kurang sokongan daripada pengamal media internet kepada kerajaan.  Kerajaan seolah-olah gagal mengawal perasaan membuak-buak golongan yang menentangnya dan seperti ingin mengambil pendekatan 'selamat' dalam menangani pertanyaan dan isu berkenaan permit terhadap portal berita.

Disiplin.

Disiplinkan diri seseorang manusia itu amat sukar.  Kadang-kadang ianya terbit dari kesedaran sendiri tetapi ada masanya ia perlukan paksaan dan autoriti yang menentukannya.  Cara kerajaan Singapura mentadbir negaranya mungkin tidaklah seperti yang diperlukan oleh istilah demokrasi yang sebenar namun ia lebih baik sebegitu agar kestabilan dapat dikawal dengan lebih baik.

Penutup.

Apa-apa pun, jika semua pihak benar-benar ikhlas dalam melapor atau menyebarkan maklumat dan tiada tingkahlaku untuk mengawal media secara total, mungkin perlaksaan mengenakan permit kepada portal berita boleh diterima baik dan masuk akal.

Tapi ini hanya pendapat aku, apa pula pendapat anda pula?

4 comments:

  1. banyak baik dan buruknya. susah nak bendung benda2 berkaitan teknologi

    ReplyDelete
  2. Tepuk dada tanya niat sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Emm susah jugak nak kata kalau mcm ni..emmm

    ReplyDelete