Pages

agoda.com INT Lazada MY

Sambil Berlari Buat Pahala

Macam-macam cara untuk beramal sekarang ini. Ada yang buat projek T-shirt dan ada yang  buat contest sambil beramal. Maju sungguh syarikat-syarikat besar dalam menganjurkan acara-acara sebegini.  Tahniah juga diucapkan kerana memikirkan nasib mereka yang kurang bernasib baik.  Walaupun ini mungkin salah satu cara anda mengurangkan pembayaran cukai syarikat kepada kerajaan.  Perbetulkan saya jika telahan saya salah.

Sebab acara ini bakal diadakan di Putrajaya.  Molek sekali untuk menyertainya bersama isteri.  Kesian dekat isteri yang asyik kena duduk rumah bila aku kayuh basikal.  Basikal ada satu jer nak buat macam mana kan? hehehe...  Isteri pula nak join sebab nak dapatkan sijil penyertaan jika ada. Untuk disertakan bersama laporan SKTnya hujung tahun.  Tak tahu pula nak kena dapatkan sijil untuk buktikan kita ini aktif menyertai aktiviti sosial.

Jadi rakan-rakan, jom ramaikan acara Perodua Race For A Cause ini. Bayarannya boleh dilihat di bawah.



p/s : Nak kena beli kasut jogging baru ni sebab aritu Nike Air aku baru disebat oleh makhluk mana ntah. Cis. :P

p/s/s : Join dengan isteri masuk Fun Run cukuplah kut. RM 20 je pun. Badan sihat, keluar peluh.

4 comments:

  1. Kalau tak preggie ni, memang masuk fun run 5km tu... tak mampu nak 'jalan' lagi jauh dari tu... so utk ini, hasben je la masuk....

    good luck ;)

    ReplyDelete
  2. hehe...tq tq..buat come back nampak gaya nyer nih

    ReplyDelete
  3. Sihatkan badan sambil beramal..bagus ni..

    ReplyDelete