Pages

agoda.com INT Lazada MY

Teknik Dapat Tenant Kurang Dari 20 minit

Memang puas hati.  Memang tidak menjangkakan sambutan yang sangat hangat.  Selepas sahaja menghantar iklan di portal iklan popular di Malaysia iaitu Mudah.my, terus ada prospek tenant yang telefon.  Jangkamasa? Selang 20 minit selepas iklan di publish di Mudah.my. Lepas ni memang boleh beriklan lagi di Mudah.my.  Patutlah sampai ada yang menjadi agen dropship hanya berurusan dengan portal ini.  



Lalu entri rumah untuk disewa ini tidak menjadi sticky post untuk blog ini.  Ingatkan nak jadikan sticky post untuk seminggu.  Tapi kalau macam ini sambutannya, dibatalkan terus hasrat itu.  Selesai satu masalah. Masalah seterusnya adalah menapis prospek penyewa. Hmm..memang akan ada ujian demi ujian.  Perjalanan hidup sudah sebegitu. Tiada yang lancar selancar air yang mengalir. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada portal Mudah.my yang mempercepatkan urusan mencari penyewa.

Teringat sewaktu mencari rumah di kawasan Putrajaya untuk didiami, melalui portal yang sama menemukan aku dengan penjual yang kini telah menjadi kawan. Sungguh berkuasa tarikannya. Selain Mudah.my, iklan mencari penyewa juga dihantar ke portal iklanlah.com.  Tapi tak pasti samaada telah di publish atau belum oleh admin portal tersebut.

Okla, malam ni nak jumpa dengan bakal penyewa dan bincang bayaran deposit dan penyerahan kunci. Sungguh memudahkan. :)

p/s : Lepas ni boleh la jual majalah-majalah second hand yang berlambak kat umah ni.  Ada yang belum dibuka plastiknya lagi.

9 comments:

  1. kalau info yang diberikan cukup dan memuaskan hati pelanggan, memang tiada masalah untuk mendapat feedback yang cepatkan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan tahniah, memang rezeki bro dengan izinNya. betul-betul mudah ni.

    ReplyDelete
  3. makin banyak yang menyediakan khidmat begini. Apapun tahniah tuan.

    ReplyDelete
  4. Sop pun guna iklan mudah untuk jual barang dan iklan sewa rumah
    market sgt tinggi
    malah sop sendiri guna mudah utk cari barang untuk dibei :)

    ReplyDelete
  5. mudah.my ni simple. walaupun layout macam sedikit berserabut tapi maybe sebab contentnya tu boleh solvekan prob orang, memang jadi platform jual-beli yg bagus

    ReplyDelete
  6. Itula..siapa la owner nye kan?

    ReplyDelete