Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Terpaksa ucap Alhamdulillah lagi...

Entri ini adalah sambungan dari entri INI.


Percaya atau tidak selepas sahaja entri itu di publish, aku dapat panggilan daripada UiTM mengatakan yang aku kena hadir ke sesi temuduga pada hari tersebut.  Reaksi aku, 'What??!!, saya tak tahu pun ada sesi temuduga hari ini (merujuk semalam)'. Kata akak kerani tu, kalau En. Halif boleh datang petang ini, saya boleh mohon supaya ahli panel tunggu dan masukkan nama En. Halif pada sesi temuduga sebelah petang.

'Tapi saya pun ada hal untuk diuruskan pada petang ini Puan', jawab aku.
'Takpelah, saya datang segera', jawab aku sebelum meletakkan telefon.
Sentiasa Dihatiku

Sebenarnya semalam juga Tabung Haji meminta aku agar passport antarabangsa dan rekod kesihatan aku diserahkan kepada mereka untuk tujuan permohonan visa.  Tapi macam mana ni, kedua-dua perkara pun nak diselesaikan pada petang ini. Urusan di Tabung Haji adalah di Putrajaya manakala urusan temuduga di UiTM Puncak Alam.  Terus aku telefon pejabat Tabung Haji Putrajaya menyatakan agar aku menyerahkan passport dan rekod kesihatan aku di Ibu Pejabat Tabung Haji di Jln. Tun Razak memandangkan pejabat aku berdekatan dan seusai selesai urusan tersebut aku boleh cilok ke MRR2 terus ke Puncak Alam.
During Happy Time 
 Ketika itu, terasa semuanya dipermudahkan.  Sampai je di pejabat Tabung Haji, aku terus ke kaunter khas penyerahan passport dan dokumen kesihatan. Resah juga sebab makan masa hampir 1 jam.  Sebab mungkin aku bakal haji pertama yang hantar passport di Ibu Pejabat Tabung Haji tersebut.  Atas sebab tu, pengurus disitu ambil kesempatan untuk freshie belajar cara nak daftarkan bakal jemaah.  Dalam hati aku, ' Tolonglah cepat, sebab aku ada urusan penting lain juga petang ni'. Jam di tangan menunjukkan pukul 1 tghari.  Temuduga jam 2.30 ptg.  Oh Man....sempat ke sampai. Dah lunch hour kot. Sure jam.. Nak rush ke LATAR pula.

Tepat jam 1 ptg urusan selesai di Tabung Haji.  Terus pecut ke MRR2. Memang sah traffik jam.  Adus...tengok minyak kereta tinggal satu takuk je lagi.  Damn...tawakal jerla.. ada rezeki aku adalah, jika tidak aku pasrah dan berserah je la.  Buat apa aku nak fikir berat-berat.  Nama pun manusia, serahkan semula perkara yang tak dapat nak diuruskan kepada pencipta dan minta petunjuk daripadanya.
Alhamdulillah..semua sudah berjaya

Alhamdulillah, sempat sampai ke UiTM Puncak Alam jam 2.00 ptg.  Lega walaupun minyak kete dah naik tanda merah.  Kalau kena tolak lepas ni pun tolak la, janji sampai dulu.

Sesampai sahaja di Fakulti Farmasi UiTM aku disapa oleh pensyarah yang memang aku kenal, Prof Mansor dan Dr Subashini.  Dengan mesra Prof suruh aku solat dahulu sebelum sesi temuduga dimulakan.  Aku pun solat dan sempat berbual diluar bilik temuduga sebelum sesi rasmi yang perlu speaking.  Bayangkan tadi kat luar kemain rancak berbual dalam BM, masuk bilik terus BI. Hahahaha...no problems.  Memang tunggang langgang.. Hampir semua soalan mereka masih mampu aku jawab walaupun tak buat apa-apa persediaan awal.  That is when i think i gave them my sincerest ever answers in my life.  Sebelum sesi temuduga aku berakhir, Prof dan 4 ahli panel lain tanya aku...' Ada apa-apa lagi yang you nak cakap?'

Aku jawab,

'Actually Prof, I got this dilemma.  It is between my ambition for my career and my responsibility as a son.  My father just passed away in January and his last wish was for me to bring/accompany my mom to perform Hajj this year. And i got all the clearance from Tabung Haji and because the class will start somewhere in September, I doubt that i'll miss my class for about almost 45 days. And being this course is my first choice, i fear i'll be a problem for a faculty to handle later'

And to my surprise...this is what the Prof answer,

'Halif, nevermind. I think you perform your hajj first. Dont think about this, the hajj is more important than anything else.  You must perform with ease. You can register you are a student first then apply for penangguhan. You can start in next year March'...

Waktu tu tiada lain yang aku fikirkan melainkan betapa kekuasaan Allah mengatasi segalanya.  Ya, memang benar amat berat tanggungjawab yang aku perlu tanggung selepas pemergian arwah ayah aku. Banyak yang perlu aku beralah, bersabar dan berdoa memohon petunjuk.  Tapi being me, i'm always do the no 1 priority first before anything else.  I will surrender my future just to bring my mom to perform hajj.  That's it.

But naluri hati aku sumpah pernah terdetik yang kalau boleh, aku juga nak peluang yang satu ini selepas apa yang berlaku dalam suasana kerja aku. But i need a clear sign whether i'm selected for this course?? Lalu soalan ini aku ajukan..

'Prof, I need a clear sign, if UiTM willing to have me as a student, i'm willing to let go the offer from UKM and i'll start as a student in March next year'...

Then, the reply as below,

'Halif, being the first batch of Pharmacy Degree student, we are more welcoming you to alumni once again'

Aku tersenyum. Aku lihat Dr Subash (pensyarah farmasi klinikal aku dulu) juga tersenyum walaupun aku tak mohon jadi pelajar dia. Walaupun senyuman itu bukan petanda aku sudah diterima, but thanks.  Untuk segalanya.  Walaupun secara rasmi aku bukan pelajar UiTM sebab surat rasmi tawaran belum dapat, namun apa yang terbuku dihati aku selama ini aku sudah lepaskan pada ahli panel.  Sekarang, aku hanya berserah kepada Allah untuk tentukan masa depan aku.  Just like before. Sebab sepanjang aku hidup, semua perancangan besar aku selalunya gagal.  Rancangan Dia jua yang sentiasa menjadi kenyataan.  Dan aku, hanya pelakon di pentas teater dunia dengan pengarahan dari Pengarah Agung.  

Persoalannya..  Mampukah aku jadi pelakon/aktor yang juga hebat disisi pengarah aku.

And this is my true story....

2 comments:

  1. so kira dapat masuk uitm la?tahniah bro..semoga dipermudahkan urusan..:-)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Selagi tak dapat surat tawaran xpasti lagi. Berserah sahaja

    ReplyDelete