Pages

agoda.com INT Lazada MY

Awek Tenant Yang Nakal (Part 1)

Ok, yang ini memang memeningkan kepala aku.  Tapi ada hikmahnya.  Alkisahnya begini.  Baru-baru ini aku dapat mesej daripada awek penyewa aku yang dengan tergesa-gesanya mahu keluar daripada rumah sewa mereka a.k.a rumah aku.  Mereka menyewa seramai 3 orang kesemuanya dan daripada maklumat dulu, mereka ini adalah banker. Ok fine, itu bukan masalahnya.  Masalahnya adalah apabila mereka kononnya dikatakan tidak boleh tinggal disitu kerana ada isu panas.  


Aku mulalah tak senang duduk, bontot aku pulak yang panas.  Lalu soalan tersebut aku ajukan,

' Kenapa nak keluar? Ada kes apa dengan pihak pengurusan?'

Lalu jawapan-jawapan yang tidak kusangka ini menjengah kotak inbox mesej aku.

' Tiada apa Encik, kami dituduh bawa lelaki masuk ke rumah dan bermalam.  Memangla ada cuma tiada la sampai buat perkara yang tidak senonoh'

Ok, aku dah semakin panas. Suhu kepanasan aku mungkin dah lebih suhu takat didih air.  Cuma aku stabilkan diri dengan zikrullah agar aku tidak terpesong dan dipengaruhi dengan amarah yang akhirnya menjejaskan kesihatan aku. Aku rileks sambil dengar lagu siapa ntah yang liriknya rileks brader, brader rileks..Ntah pape je liriknya tapi aku layan.

Lantas aku lakukan siasatan aku.  Maka temberang mereka akhirnya pecah.  Rupa-rupanya aktiviti bermanja-manja disitu dah menjadi kebiasaan.  Aku tak boleh terima.  Sungguh. Tapi bila aku fikir sejenak, nasib bukan aku yang kantoikan mereka dahulu.  Mereka yang hendak keluar sebab tidak tahan dengan laporan demi amaran yang pihak pengurusan dan jiran-jiran adukan.

Sumpah aku tak tahu perkara ini terjadi.  Aku bukanlah owner yang nak turun selalu jenguk rumah dan aku segan nak jengah sebab yang menyewanya awek bujang. Karang aku pulak yang dilabel bukan-bukan.  Alhamdulillah, Allah bersihkan 'rezeki' aku dengan cara ini.  Walaupun baget akan lari sedikit, tapi untuk tidak berasa ralat dalam hati, why not? 

Lepas ni, apartment tersebut akan aku buka tawaran untuk sewaan.  Ini cerita baru part 1.  Ada kisah sambungannya. (Bagaimana mereka terkantoi)....tunggu.....

8 comments:

  1. elok lah mereka keluar dengan sendiri. rezki sewa yang bro dapat tu munkin akan lebih berkat..
    tak sabar nak tunggu cerita part 2

    ReplyDelete
  2. memang panas ni...heeee, tunggu part 2 pulak. sabar bro.

    ReplyDelete
  3. haha..rilek brader..emm betul tu bro..memang stress kan kalau hari2 nak kena jenguk rumah sewa tu,..kan nanti orang cop skodeng anak dara orang pulak..emmm

    ReplyDelete
  4. Apa nak jadi mereka ni.. Inilah akibat belajar jauh dari saudara mara dan ibu bapa.. Buat macam dunia ni mereka yang punya..

    ReplyDelete
  5. Biasa sgt jumpe kes2 camni...sekarang gadis2 dah berani bawak jantan masuk ke taman2 majoriti melayu...

    tp mmg kena tgk selalu gk bro..bukan masuk rumah, just tanya2 jiran rumah sewa tu...mmg pengalaman utk bro lepas ni...moga makin sukses bro!

    ReplyDelete